Pages

Pengalaman Saya Di Besut

Malam-malam atau pagi-pagi, masih belum tidur lagi. Padahal saya penat macam orang penat. Maklumlah, saya baru balik dari Besut. Menghantar adik saya belajar di sana.

Besut, dulu saya ingat kawasan terpencil. Memang hulu sangat-sangat. Tak dak pembangunan. Tapi ternyata saya silap. Ada KFC di sana. Jika ada KFC, bermakna ada pembangunan.

Walaupun hanya ada KFC, di sana turut ada gerai nasi kandar yang dijaga oleh gadis putih melepak, bermata kaca. Ah, cantik...ayam gorengnya. Maaf. Kalau saya jumpa nasik, awek buleh terlepas pandang. Makan nasik lebih seronok dari melihat awek. Selepas makan nasik, baru lah datangnya nikmat melihat awek. Eh, biasanya, lepas makan nasik, datang main game. Kemudian baru lah datangnya melihat awek. Bercampur aduk sekali ayat saya ya? Takpa saya sediakan persamaan untuk budak-budak sains & matematik.Nikmat:

Makan nasik > Main game > Tengok Awek

Saya hanya berani melihat sahaja awek-awek itu. Kerna saya berasa gugup untuk memulakan perbualan dalam loghrat Besut. Saya tak pasti loghrat Besut ini, dari Kelantan atau Terangganu. Tapi lebih kepada Kelantan. Rasanya. Takkan la, saya nak gunakan bahasa Beserah, tempat tinggal saya. Tak Budiman langsung, bak kata orang mat saleh.

Lalu, saya pulang. Dan sampai di Beserah, Kuantan.

Terima kasih kerana sudi membaca entri "macam shial" saya. Semoga kita bertemu lagi di lain masa.


Bidadari

[Mula-mula kau kena bayangkan, satu bidadari yang sangat cantik, yang mukanya. Berupa kucing tempatan yang kiut, misai lentik. mata kuyu. Sedang pose mengatuk. Badannya gebu. Berbulu kelabu. Ekornya panjang, gerak sana-sini. Dan sudah tentu, mesti ada sepasang sayap putih mengepak besar dibelakangnya. - Atau kalau kau sukar bayangkan, cuba ingat kucing yang comel, dan ada kepak burung gagak hitam tapi berwarna putih..Err, Boleh bayangkan? - Narator]

Malam itu hujan. Hujan lebat. Cam selalu-selalu. Tika el Nino sedang melanda. Sejuk melanda. Aku seorang sahaja duduk di ruang tamu. Bermain PS3 pinjam. Orang miskin macam aku ini, mana larat beli PS3 yang mahal dan harganya mampu beri aku makan satu bulan. Kalau aku beli jugak, sarapan PS3 aku la tiap-tiap pagi.

Dan khusyuk bermain. Tiba-tiba, ada satu bunyi ketukan, dua bunyi ketukan, tiga bunyi ketukan, empatlimaenam ketukan, yang bunyinya lebih kurang macam ini;

"Dang, Dang, Dang, Dangdangdang"

Bunyi yang keluar dari hasil pertembungan bukuruas atau penumbuk atau batu atau lain-lain [Eh, mana la aku tahu. Bukan aku buat bunyi itu] dengan kayu pintu rumah aku. Bunyi ketuk yang seperti mendesak aku segera membuka pintu. Suspen erti kata lainnya.

Kemudian, aku menekan punat start. Bangun dari tempat duduk, dan kemudiannya berlari menunjuk ke arah pintu rumah. Bergegas seperti yang dimahukan oleh pengetuk pintu rumah aku itu, yang ketuk pintu macam orang gila ketuk pintu.

Kreeukk...pintu dibuka. Selang masa aku buka kunci dan tolak pintu adalah 3 saat. Dalam masa 3 saat itu lah, aku dapat rasakan seseorang yang bukan aku kenal telah datang malam-malam, mengacau ketenteraman aku. Hati aku mula berbisik, Celaka ler Kaco Memalam. Harap-harap bukan bebudak nak nyanyi Chrimas Carol..Sambil aku menjeling kalendar yang menunjukkan 24 haribulan disember. Kalau betul, sumpah aku kerat jari mereka dan buat perhiasan dalaman.

Kreeukk...

Pintu dikuak habis.

Fungsi Tersembunyi Dalam MacBook Baru

Orang Perancis telah menemui fungsi yang tersembunyi dalam MacBook yang terbaru dan ini betul-betul membuat aku terkejut dan kagum.

Tonton sahaja video dibawah untuk lebih memahami apa yang diperkatakan oleh aku. [Maaf kalau tak faham bahasa perancis, aku pun tak faham jugak]



Reviu Cincai: Transformer: Revenge of The Fallen

Owh ya, surat khabar tipu anda. Transformer keluar 23hb. bukan 24hb seperti yang diwar-warkan. Kerana aku telah menontonnya pada 23hb tepat pukul 9. Okeh, pukul 9 tak tepat sangat. Aku sekarang ada sindrom masuk panggung lambat.

Masuk-masuk je dah start. Apa best ke? Entah. Aku rasa biasa. Team Autobots bawak member-member dia datang Bumi untuk menghapuskan sisa baki Decepticon. Sisa baki Deception ini ada misi baru. Iaitu, Menghidupkan Megatron. Lagi. Tapi bukan arahan StarStream. Tapi The Fallen. Siapa tu? Ketua kepada Megatron. Yang dah hidup beratus-ratus yang boleh buat kita macam WTF??. Ada lagi jahat rupanya. Dan bila last sekali, The Fallen ini mati dulu, dan Megatron cabut lari takut kena hentak dengan Optimus Prime yang kuat gila masa part last. Camna buleh jadi kuat? Tengok Sendiri.

Menonton Transformer: Revenge of the Fallen ini ibarat menonton All In One movie. Mula-Mula Kamu dihidangkan dengan Cerita Transformer, Kemudiannya, Amerika Pie. Seterusnya, Terminator 3. Kembali kepada Transformer balik. Lepas itu, Indiana Jones. dan akhirnya tiba-tiba kau rasa macam kau tengok, cerita perang di Iraq. Desert Storm contohnya ataupun, The Kingdom. Semua scene dalam Transformer: RotF ini akan buat kau teringat sesetengah scene movie. Mungkin Tribute untuk sesetengah Movie. Tapi tak pa. Oh, tak lupa. Kau juga akan dihidangkan dengan slow-mo momentum pergerakan buah dada Megan Fox. Nasihat aku untuk gadis, sila fokus kepada muka hensem (yang aku rasa tak hensem) Sam Wattthsishky. (Aku malas eja betul-betul).

Kadang-kadang aku konpius, Samada aku datang semata-mata nak tengok Transformer atau pun cerita kelakar. Terlampau banyak scene kelakar manusia. Aku tak mahu itu. Aku bayar sebab aku mahu tengok Transformer. Jadi aku mahu lebih banyak scene kelakar transformer. Transformer humanoid. Bermaksud, Meraka macam manusia juga. Ada perasaan. Buleh kelakar, buleh serious. buleh sedih, tapi jangan sampai keluar air mata. Tipu. Tapi sayang, kurang ada dalam movie ini. Malah mereka kurang ditonjolkan. Optimus Prime terutamanya. Lupa kasi tahu. Dia mati masa part tengah-tengah cerita. Kena hentak ramai-ramai dengan Decepticon. Tapi scene dia mati tu, agak sedih. OPTIMUS PRIME BRO!!! Leader Autobots kat Bumi. Mati. Sapa tak sedih. Walau apa pun, hero hidup balek.

Dalam movie, Prime adalah ketua kepada Autobots. Sapa yang ada Prime kat belakang nama dia, dialah ketua. Kalau ikut pemahaman aku. Title Prime itu adalah pangkat. Ada lagi yang tinggi dari pangkat prime. iaitu, Ultra - Ultra Magnus. Mungkin diorang buat universe baru untuk movie. Aku tak tahu la.

Apa-apa pun, Transformer terlampau OverHyped dan Overated. Terlampau banyak flaw dalam storyline. CGI tak kesah sangat. Kewl tetap kewl. Lagi satu, Sam sang hero menjerit macam perempuan, manakala Megan Fox hanya perlaris movie. Tak seksi, kurang orang kot tengok.

Dalam movie ini juga menunjukkan propaganda Amerika - yang merakalah paling kuat sekali dalam dunia. Meraka ada macam-macam senjata yang boleh munsahkan transformer. Siap ada photon cannon lagi tu.

Hmm, aku tak tahu la nak rate berapa untuk movie ini. Sebab..entah la. Mungkin aku kena tengok sekali lagi kot. Aku masuk dengan mentaliti fanboy. Jadi, ratingnya aku boleh kasi 2.5/5

p/s: most of the fanboy rate bawah 2/5 untuk movie ini. Dan rata-rata manusia kat U.S tak suka Micheal Bay. Dah ternyata, memang TF ini overated dan overhyped. Kecoh kuat. tapi tak sampai tahap yang dimahukan.

Info Randum: Gundam Besar Di Waktu Malam Dan Video

Menonton Gundam yang besar di waktu malam membuat aku terasa itu sangat romantik.



Dan juga beberapa keping video untuk tontonan umum. Untuk yang tak dapat pergi ke Jepun, seperti saya. Kalau yang pergi tu, tolong bawak balek pedang dia untuk saya. Saya nak libas pemimpin yang tindas rakyat





Sehiris Kehidupan

Sejak kebelakangan ini, aku suka melayan soundtrack. bukan soundtrack yang ada lirik, tapi lebih kepada melodi. Dan bukan soundtrack movie, tapi lebih kepada soundtrack games.

Zaman kecil aku dulu, aku lebih banyak meluangkan masa untuk bermain games. Jadi, bila dengar runut bunyi daripada games tertentu, secara tiba-tiba..zuuh..aku teringat nostalgia. Teringat detik-detik masa kecil dahulu.

Klasik kan?

Sekarang aku asyik memutarkan soundtrack Street Fighter di komputer aku ini. Untuk berkongsi, aku akan sediakan video dari penaja; youtube.

Lagu tema watak Guile


Versi Lain, Untuk Pencinta Gadis.

Mentaliti Seorang Anak II

Ingatkan anda tentang entri saya yang saya terawal satu hari mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu saya? Kalau tak ingat takpa.

Untuk hari bapa pula, saya terawal 2 minggu. Kami adik beradik dah siap berpakat beli pizza kegemaran ayah saya. Ya, ayah saya suka makan pizza. Dan saya dan adik beradik pula hanya menumpang kesukaannya. Kecuali anak no 2. Ada ke pening makan cendawan. Tak parasit langsung. Eh, cendawan ni jenis simbiosis atau parasit ar?

Selepas berberapa minggu yakni semalam, baru lah kami adik beradik sedar akan keawalan sambutan hari bapa. Kami semau terkejut. Dan hari ini, buat sambutan kecil-kecilan juga. Tapi takdak pizza, selalu makan pizza boleh melemakkan diri.

Itu sahaja repot untuk hari ini. Saya rasa tak berdosa, sebab saya tengok ayah saya tersenyum riang.

Sambil tengok The Lost World: Jurassic Park 2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails