Sepurnama berlalu setelah Kancil berjaya meloloskan diri dari Buaya. Kancil tidak tahu berapa lama beliau mengembara tanpa arah tuju. Hanya pada malam hari, Kancil ditemani bulan purnama. "Dah sepurnama aku bertualang." Kancil bermonolog sendirian. Sambil berjalan Kancil memikirkan banyak perkara, peristiwa dan juga event event yang dialaminya. Biarpun Kancil RSVP sebagai 'Not Attending' tapi event event itu masih menimpa dirinya. Sambil memikirkannya Kancil membuat monolog dalaman. Sekali sekala Kancil termonolog luaran secara kuat, didengari oleh unggas rimba dan unggas rimba pun berlalu pergi sambil berkata "Gila.".
Pada suatu hari, sedang Kancil menumbuk sambal belacan untuk dijadikan santapan bersama ulam pegaga, terdengar olehnya bunyi bising bising disebalik hutan belah sana. "Mungkin Hang Jebat sedang berlatih Tinju Maut Pendekar Laut" Kancil berfikiran positif. Lalu meneruskan proses membuat sambal belacan.
"Zass!!" berbirat belakang badan Kancil. Kancil menjerit terkejut beruk. Seraya melompat kekiri dan kekanan demi mengelak serangan seterus nya. "Keh keh keh." kelihatan dua ekor anjing bersenjatakan golok buatan Majapahit sedang ketawa sakan.
"Cis, begitu biadap sekali tuan hamba berdua melibas belakang badan hamba." Kancil marah.
"Lalala~" Anjing1 membuat muka toya.
"Siapa gerangan tuan hamba berdua? Mengapa berlatih kungfu di belakang badan hamba?" Kancil menanyakan sesuatu.
"Hamba Anjing1 dan ini Anjing2 sahabat handai hamba. Kami dititah kan oleh Paramesuwarat untuk mendapatkan daging kancil untuk santapan. Dan tuan hamba adalah the lucky one." Anjing1 menjawab dengan bersungguh sungguh.
"Siapakah Paramesuwarat? Lawyer? Majistret? Pengarah filem?" Kancil tidak berpuas hati.
"Tu beliau disana sedang berehat dibawah pokok Melaka." jawab Anjing1 sambil menunding jari ke arah Paramesuwarat. Kelihatan Paramesuwarat membuat simbol peace (-_-)v .
"Sudah jangan banyak bunyi. Persiapkan diri tuan hamba." Anjing2 memulakan serangan.
Kancil mengelak setiap libasan golok dari anjing anjing itu. Ternyata ilmu silat yang dipelajari dari Sang Rajuna Tapa, iaitu tok guru silat bagi Hang Tuah lima bersaudara amat berguna. Ya. Kancil adalah rakan seperguruan Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi. Ketika itu mereka berlima hanya berumur 7 tahun. Kancil terlebih dahulu tamat pengajian dan dapat pengikfirafan Anugerah Naib Canselor. Sang Rajuna Tapa memberi pangkat 'Sang' kepada Kancil iaitu pangkat tertinggi dalam ilmu silat itu.
Berbalik kepada scene lawan Kancil. Libasan demi libasan dapat dielakkan. Sekali sekala Kancil mengorek hidung sambil mengelak, menggentel taik hidung menjadi seperti bola dan menjentik tepat kearah mata Anjing2. Menggelupur Anjing2. Anjing1 yang agak kepenatan terjelir lidahnya. Lalu Anjing1 pergi ke arah Paramesuwarat untuk mengadu domba. "Cis, apa guna beta beri makan Pedigree pada tuan hamba kalian. Pergi tuan hamba menangkap kancil disana, buat apa menangis disini?" Paramesuwarat membuat dialog Ibu Mertuaku. Lalu pergilah Anjing1 kesana.
"Second round wahai tuan hamba. Bersedia?" Kancil berseloroh.
"Harimau dihutan dapat kukalahkan, inikan pula kucing dirumah" Anjing1 berkias pantun.
"Cis. Hamba bukan kucing. Tuan hamba butakah? Kalau kail panjang sejengkal, kenapa tak gunakan Rapala?" Kancil membalas pantun.
"Kalau padi katakan padi, tidak aku tertampi tampi." Anjing1 menyahut.
"Air yang tenang jangan sangka tiada Bio Aura." perli Kancil.
"Disebalik batu, udang jangan disangka tiada." jawab Anjing1 seperti Karam Sing Walawey.
Lalu berbalas pantunlah mereka selama yang mungkin sampai tertidur Paramesuwarat dek kerana kelaparan menunggu daging kancil. Setelah tiada pantun lagi yang hendak dibalas, habis belaka buku buku perpustakaan berkenaan pantun melayu diselongkar, Anjing1 tidak teragak agak untuk memulakan serangan. Libas, elak. Libas, elak. Libas, elak. Elak, elak. "Keh keh keh" Anjing1 ketawa melihat Kancil yang mengelak biarpun beliau tidak melibas. Malu diketawakan oleh Anjing1, Kancil mengambil sambal belacan tadi dan menyimbah ke arah Anjing1. Anjing1 berteriak kepedihan. Kancil melarikan diri.Paramesuwarat terjaga dari tidurnya dek kerana jeritan anjing itu. Sambil colek taik mata, Paramesuwarat bertanya kepada Bendahara.
Paramesuwarat : "Bendahara, apakah gerangan pokok yang beta tumpang beradu ini?"
Bendahara : "Ini adalah pokok yang sangat besar dan rendang tuanku."
Paramesuwarat : "Kalau begitu beta namakan negeri ini Negeri Yang Sangat Besar Dan Rendang. Molek?"
Bendahara : "Molek benar tuanku."
Paramesuwarat : " Sangat sukar untuk menyebutnya. Apa tak namakan saja Negeri Beringin Rendang. Molek?"
Bendahara : " Molek juga tuanku tapi bunyinya seperti cerita Nujum Pak Belalang."
Paramesuwarat : "Iya tak iya juga. Kita sekarang dibawah pokok apa?"
Bendahara : "Pokok Melaka tuanku."
Paramesuwarat : "Kalau begitu beta namakan negeri ini Negeri Melaka Tuanku. Tak sedap. Negeri Melaka sudah memadai."
***
Negeri Melaka mendapat nama.
Pangkat asal Tuah lima bersaudara ialah Sang Tuah, Sang Jebat, Sang lekir, Sang Lekiu, dan Sang Kasturi sama seperti Sang Kancil dan Sang Rajuna Tapa. Namun begitu gelaran itu ditukar oleh Sultan Melaka kepada pangkat 'Hang'.
***
"Sedap juga daging kancil" - (Sang Rajuna Tapa, 1800)
5 comments:
nasib baik gua punya evocil.
hybrid evolution dan kancil. apa macam?
ROFL sampai terkentut gua gelak :D
sedap cerita ni
Oh. Celaka jugak cerita budok. Kih kih.
Oh macam tu. Patutlah aku buat esei sejarah masa exam hari tu salah.
Post a Comment