Pages

Hey Kamu

Cuba panjat gunung itu. Kemudian, petik awan dan makan.

Apa rasa awan itu?

"Rasa strawberi"

Reviu Cincai: Toy Story 3 (3D)

Oh. Dah tengok. Di sebalik 3D yang mengecewakan. Semuanya adalah terbaik!

4.8 dari 5 bintang.

Secara peribadinya, menonton 3d tidaklah sehebat yang disangka. 3D hanya berbaloi untuk menonton cerita pendek sebelum bermulanya cerita Toy Story. Di situ, kita akan nampak efek 3dnya. Ya. Seperti sedia maklum, Pixar selalu buat cerita pendek di awal-awal cerita betul. Cerita yang bertajuk Day & Night adalah sangat menarik. Menceritakan dua angin yang bergaduh menunjukkan betapa mana satu best. Antara siang atau malam.

Itu aje yang 3D. Masuk Toy Story kurang 3D.

Sekarang kita masuk ke cerita Toy Story.

Kali ini mengisahkan Andy yang sudah masuk umur 17 tahun dan akan ke kolej. Mainan-mainan semua berasakan sedih kerana Andy sudah tidak bermain dengan mereka lagi. Mereka juga merasakan mereka bakal dijual atau pun didermakan kepada yang memerlukan. Tapi Woody, si mainan cowboy tidak merasakan begitu. Dia rasa Andy tak kan jual atau dermakan mereka semua. Mainan-mainan akan disimpan oleh Andy dan mungkin akan digunakan kembali sekiranya Andy mempunyai anak kelak.

Sehingga lah suatu hari mak Andy menyuruh Andy mengemas bilik kerana hari Andy pergi ke kolej hampir tiba. Di sini, twist plot sudah pun bermula. Apa yang akan berlaku? Adakan Andy akan ke kolej dengan membawa mainan? (Pasti tak kewl) Atau pun mainan semua akan dijual atau didermakan? Lihat kesudahan di pawangan yang berdekatan.

Sedikit point-point menarik bagi saya dalam cerita ini:
  • Banyak mainan Andy dah dijual.
  • Banyak watak mainan baru yang digantikan.
  • Buzz Lightyear dalam bahasa Sepanyol sangat kelakar.
  • Jangan sangka Teddy Bear itu baik. Teddy Bear tu jahat. Bad Teddy Bear is Bad!
  • Andy umur 17 kacak.
  • Banyak sentimental value dalam cerita ni. Kalau tak, masakan gua menangis part akhir tu.
  • Kepala bayi berpusing 360 darjah sangat menakutkan.
  • Kemunculan istimewa! Totoro. Terbaik lah!
Pergi lah tengok. Antara movie terbaik tahun ni. Tak menang award gua tak tahu la.

Rotten Tomatoes kasi rating 100% setakat ni. (Semasa entri ini ditulis)

Akhir kata, Pixar bunuh jiwa saya dengan dunia mainannya.

Esok-Esok Kita Buat Lagi Fun


Budak sekolah lama. Ada yang makin cun. Dem.

Kempen Piala Dunia 2010

Malaysia kalu masuk pun, gua tak harap diorang buleh lepas peringkat kumpulan. Tapi kalu lepas, mirikal lah. Pemain Malaysia tak tahan presure. Kalu kalah, salahkan orang lain. Heh.

Gua , Argentina.

Pasal kelayakan diorang goyah. Tak perlu sokong team power sangat. Bosan jugak kalu takde kalah ye dok? Kalau Menang je, makin sombong. Tak pratis. Kalu kalah, ada jugak pratisnya.

Pilihan ke dua, Sepanyol.

Ha? Apa? Kenapa tak pilih Portugal? Owh. Gua anti penjajah. Sebab itu gua tak suka jugak team England.

Malam ini, kick-off Piala Dunia. Jadinya, gua harap ada Shakira datang bergelek di padang. Baru lah sportmanship. Tak gitu?

Reviu Cincai: The Karate Kid (2010)

Jangan tertipu dengan tajuk. Tiada langsung karate yang dipamerkan. Semuanya kungfu. Walaupun semuanya kungfu, tiada satu kamera angle pun menunjukkan mee kungfu. Yang ada, mee instant!

Saya malas nak tulis panjang-panjang. Cerita yang tipikal. Tapi macam biasa, olahan cerita yang kurang biasa. Mengisah seorang budak yang terpaksa pindah dari Detroit ke China kerana mak dia terpaksa bekerja di sana. Ayah dia dah mati. Kesian. Di sana, dia menghadapi masalah untuk blend in dengan kengkawan China. Selalu kena buli tapi dia balas buli balik. Watak hero yang balance. Buleh buli dan buleh kena buli. Saya suka dengan watak hero ini. Anak Will Smith. Terer berlakun. Macam ayah dia.

Sepanjang dia duduk di sana, dia tak dak kawan dan selalu kena buli. Hal ini membawa dia bertemu dengan Jackie Chan. Jackie Chan pulak aadwawelaskejaosdkjoc.as.d..Saya malas nak tulis lah. Cerita dia best jugak. Tak de lah rasa membazir. Menghiburkan.

Senang cerita, saya kasi 4 dari 5 bintang. Yo!

Oh. Nak tengok Jackie Chan bosan-bosan pukul budak? Tengok lah cerita ni.

Reviu Buku: Karipap-Karipap Cinta

Kali ini, nak reviu novel pulak. Haish. Dah lama tak baca novel melayu. Hari tu last baca novel melayu pun, "Opera Angkasa" dari Nazri M Annuar. Kali ini, novel baru pun hasil tulisan dari Nazri M Annuar.

Tapi jangan salah sangka. Karipap-Karipap Cinta dan Opera Angkasa adalah dua genre novel yang berbeza. Opera Angkasa membawa tema sains-fiksyen manakala Karipap-Karipap Cinta (KKC) membawa tema cinta antara adam dan hawa.

Yah. Cerita jiwang. Saya baca cerita jiwang. Tapi hey. Bukan sebarang cerita jiwang. Bukan senang nak jumpa buku jiwang yang sangat kelakar. Dalam 8 bab pertama, saya ketawa mengekek. Lama-lama, dalam 2 bab serius sikit dan bab-bab hujung sekali saya kembali ketawa sampai keluar air mata. Jalan cerita yang bersahaja. Yang banyak kaitan dengan realiti hidup kita. Banyak scene-scene yang kelakar bersahaja.

Penulisan dari Nazri M Annuar yang sempoi. Tak guna gaya bahasa sastera yang tinggi sangat. Memang molek dibaca oleh orang sains dan matematik macam saya.

Buku dia pun murah. Dia tulis kat situ, RM15. Tapi saya beli kat kedai Popular, dapat 20% Rebate. Dapat lah murah sikit. Itu pun saya cari satu Melaka. Jumpa kat Popular Gajah Berang.

Dengar cerita buku ni dah masuk kali ke tiga cetakan. Maksudnya, buku ni sangat laku. Macam pisang goreng panas. Kalau nak cari, baik cari cepat. Sebelum buku ini habis lagi. Oh ya. Buku ini juga dikabar-kabarkan akan difilemkan. Tapi seperti biasa, saya susah nak tonton cerita melayu. Melainkan ada Heliza jadi watak utama. Itu pun download dari internet. Nak ke panggung, jangan harap lah.

Nak kasi rating? Saya pun tak tahu. Sebab jalan cerita kita buleh agak ending dia. Tapi flow jalan cerita yang fun. Saya kasi 4 dari 5 bintang.

Beli ya? Tak beli rugi.

p/s: Mahu baca "28 Hari: Jurnal Rock n' Roll" dari Mohd Jayzuan tapi tak berkesempatan nak buat transfer duit secara online. Dengar cerita buku tu fun jugak!

Reviu Cincai: Prince of Persia: Sand of Time.

Pendek je.

Menghiburkan Tapi Jalan cerita tak okay sangat. Menghiburkan sebab banyak aksi stunt yang pusing-pusing pecah kepala.

Jalan cerita buleh la. Kadang-kadang rasa macam what the f. Sebab sebenar rasa jalan cerita macam what the f, adalah saya pernah main game Prince of Persia. Dan biasanya adaptasi dari games ke movie ada sedikit kureng.

Efek CGI yang mencapai standard muvie-muvie CGI sekarang.

Dan tema warna cerita ini adalah warna pasir. Cokelat keemasan.

Kasi bintang;

3.8/5.0 bintang.

Kalu nak tengok pergi tengok. Kalau tak mahu tengok, jangan tengok.

Trend Minggu-Minggu Ni Aja

Hari ini, kita boikot barang yahudi. Esok, gaji. Kita ke Mekdi. Main facebook di PC.

Mula konvoi kita tak tahu. Lepas kena serang, baru kita tahu ada konvoi dan kita pakat ramai-ramai bising di fesbuk. Grup sana sini. Tukar gambar profile segala. Tanda usaha kita menyokong di depan pc. Tak payah berdiri sana-sini. Tak payah terjerit sana-sini.

Walau apa-apa pun, usaha yang bagus. Tapi bermusim. Lepas musim ni habis, kita sambung musim af8 lagi yah? Letak videoklip sharir af8 tu lagi.

Oh. Kejap. Lepas ini, musim bola sepak sedunia.

Kisah Betul : Sang Kancil dan Anjing Anjing

Sepurnama berlalu setelah Kancil berjaya meloloskan diri dari Buaya. Kancil tidak tahu berapa lama beliau mengembara tanpa arah tuju. Hanya pada malam hari, Kancil ditemani bulan purnama. "Dah sepurnama aku bertualang." Kancil bermonolog sendirian. Sambil berjalan Kancil memikirkan banyak perkara, peristiwa dan juga event event yang dialaminya. Biarpun Kancil RSVP sebagai 'Not Attending' tapi event event itu masih menimpa dirinya. Sambil memikirkannya Kancil membuat monolog dalaman. Sekali sekala Kancil termonolog luaran secara kuat, didengari oleh unggas rimba dan unggas rimba pun berlalu pergi sambil berkata "Gila.".

Pada suatu hari, sedang Kancil menumbuk sambal belacan untuk dijadikan santapan bersama ulam pegaga, terdengar olehnya bunyi bising bising disebalik hutan belah sana. "Mungkin Hang Jebat sedang berlatih Tinju Maut Pendekar Laut" Kancil berfikiran positif. Lalu meneruskan proses membuat sambal belacan.

"Zass!!" berbirat belakang badan Kancil. Kancil menjerit terkejut beruk. Seraya melompat kekiri dan kekanan demi mengelak serangan seterus nya. "Keh keh keh." kelihatan dua ekor anjing bersenjatakan golok buatan Majapahit sedang ketawa sakan.

"Cis, begitu biadap sekali tuan hamba berdua melibas belakang badan hamba." Kancil marah.
"Lalala~" Anjing1 membuat muka toya.
"Siapa gerangan tuan hamba berdua? Mengapa berlatih kungfu di belakang badan hamba?" Kancil menanyakan sesuatu.
"Hamba Anjing1 dan ini Anjing2 sahabat handai hamba. Kami dititah kan oleh Paramesuwarat untuk mendapatkan daging kancil untuk santapan. Dan tuan hamba adalah the lucky one." Anjing1 menjawab dengan bersungguh sungguh.
"Siapakah Paramesuwarat? Lawyer? Majistret? Pengarah filem?" Kancil tidak berpuas hati.
"Tu beliau disana sedang berehat dibawah pokok Melaka." jawab Anjing1 sambil menunding jari ke arah Paramesuwarat. Kelihatan Paramesuwarat membuat simbol peace (-_-)v .
"Sudah jangan banyak bunyi. Persiapkan diri tuan hamba." Anjing2 memulakan serangan.

Kancil mengelak setiap libasan golok dari anjing anjing itu. Ternyata ilmu silat yang dipelajari dari Sang Rajuna Tapa, iaitu tok guru silat bagi Hang Tuah lima bersaudara amat berguna. Ya. Kancil adalah rakan seperguruan Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi. Ketika itu mereka berlima hanya berumur 7 tahun. Kancil terlebih dahulu tamat pengajian dan dapat pengikfirafan Anugerah Naib Canselor. Sang Rajuna Tapa memberi pangkat 'Sang' kepada Kancil iaitu pangkat tertinggi dalam ilmu silat itu.

Berbalik kepada scene lawan Kancil. Libasan demi libasan dapat dielakkan. Sekali sekala Kancil mengorek hidung sambil mengelak, menggentel taik hidung menjadi seperti bola dan menjentik tepat kearah mata Anjing2. Menggelupur Anjing2. Anjing1 yang agak kepenatan terjelir lidahnya. Lalu Anjing1 pergi ke arah Paramesuwarat untuk mengadu domba. "Cis, apa guna beta beri makan Pedigree pada tuan hamba kalian. Pergi tuan hamba menangkap kancil disana, buat apa menangis disini?" Paramesuwarat membuat dialog Ibu Mertuaku. Lalu pergilah Anjing1 kesana.

"Second round wahai tuan hamba. Bersedia?" Kancil berseloroh.
"Harimau dihutan dapat kukalahkan, inikan pula kucing dirumah" Anjing1 berkias pantun.
"Cis. Hamba bukan kucing. Tuan hamba butakah? Kalau kail panjang sejengkal, kenapa tak gunakan Rapala?" Kancil membalas pantun.
"Kalau padi katakan padi, tidak aku tertampi tampi." Anjing1 menyahut.
"Air yang tenang jangan sangka tiada Bio Aura." perli Kancil.
"Disebalik batu, udang jangan disangka tiada." jawab Anjing1 seperti Karam Sing Walawey.

Lalu berbalas pantunlah mereka selama yang mungkin sampai tertidur Paramesuwarat dek kerana kelaparan menunggu daging kancil. Setelah tiada pantun lagi yang hendak dibalas, habis belaka buku buku perpustakaan berkenaan pantun melayu diselongkar, Anjing1 tidak teragak agak untuk memulakan serangan. Libas, elak. Libas, elak. Libas, elak. Elak, elak. "Keh keh keh" Anjing1 ketawa melihat Kancil yang mengelak biarpun beliau tidak melibas. Malu diketawakan oleh Anjing1, Kancil mengambil sambal belacan tadi dan menyimbah ke arah Anjing1. Anjing1 berteriak kepedihan. Kancil melarikan diri.Paramesuwarat terjaga dari tidurnya dek kerana jeritan anjing itu. Sambil colek taik mata, Paramesuwarat bertanya kepada Bendahara. 

Paramesuwarat : "Bendahara, apakah gerangan pokok yang beta tumpang beradu ini?"
Bendahara : "Ini adalah pokok yang sangat besar dan rendang tuanku."
Paramesuwarat : "Kalau begitu beta namakan negeri ini Negeri Yang Sangat Besar Dan Rendang. Molek?"
Bendahara : "Molek benar tuanku."
Paramesuwarat : " Sangat sukar untuk menyebutnya. Apa tak namakan saja Negeri Beringin Rendang. Molek?"
Bendahara : " Molek juga tuanku tapi bunyinya seperti cerita Nujum Pak Belalang."
Paramesuwarat : "Iya tak iya juga. Kita sekarang dibawah pokok apa?"
Bendahara : "Pokok Melaka tuanku."
Paramesuwarat : "Kalau begitu beta namakan negeri ini Negeri Melaka Tuanku. Tak sedap. Negeri Melaka sudah memadai."

***

Negeri Melaka mendapat nama.
Pangkat asal Tuah lima bersaudara ialah Sang Tuah, Sang Jebat, Sang lekir, Sang Lekiu, dan Sang Kasturi sama seperti Sang Kancil dan Sang Rajuna Tapa. Namun begitu gelaran itu ditukar oleh Sultan Melaka kepada pangkat 'Hang'.

***

"Sedap juga daging kancil" - (Sang Rajuna Tapa, 1800) 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails