Pages

Saudagar Kematian

Ada rama-rama merah, berdarah. Hampir mati.

Hinggap atas bahu. Kemudian, duduk bertimpuh di situ.

Aku kesian. Tapi dia mula bisik pada telinga.

Dia bisik, bang. kalau saya mati. abang awetkan saya. letak dalam frame. lepas tu jual rm5 satu. kalau tourist, abang mark up sampai rm40. cincai jual rm60. lepas tu abang tipu lah sikit-sikit. kata rama-rama yang mati ni. rama-rama dari afrika. sangat rare. lepas keluar kakun, buleh hidup 3 jam je. lepas tu mati.

okay bang? dia bisik lagi.

ok. aku kata. Tapi kau rama-rama pesen apa?

Saya rama-rama setem. Jawab dia. Dan kemudiannya dia pun mati ditepuk aku.

2 comments:

Liliyuli said...

cuba cari rama-rama pesen pelekat..hehehe

Si Aizuddin said...

Pembunuh. Henshin menjadi saudagar. Harga setem dah naik. Boleh buka bisnes setem ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails