Pages

Mat: Amin

"Ego kau berlaga dengan Ego anak kucing, Mat." kata Amin. "Tapi, ego kau kalah dan aku tahu kau masih rindukan anak kucing tu" sambung dia lagi. Selepas berkata dengan yakin, Amin melompat masuk ke dalam kotak berisi aiskrim Wall's Kedai Runcit Jimat Pat Ali.

Mat yang berada tak jauh dari Amin tidak menegah perbuatan itu. Mat faham benar dengan perlakuan Amin itu. Bukan dia tak kenal Amin. Sudah lama dia berkawan dengan Amin. Masuk ini, sudah 20 tahun Mat kenal Amin. Bila mak Mat bersalinkan Mat, Amin lah yang bidankan.

Tiba-tiba..

"Mat. Aku ambik Conneto satu, ye? Kau bayar." laung Amin dari dalam kotak aiskrim itu.

Mat mengeluh. Kenapa setiap kali Amin melompat masuk kotak aiskrim, mesti dia belanja orang tua itu aiskrem Conneto. Kenapa?

"Ye la. Pak Min. Orang belanja Pak Min. Macam selalu-selalu" sahut Mat.

Amin. Duda. 50 tahun. Tidak merokok. Tetapi suka bersembunyi di tempat-tempat sejuk. Seperti contoh; Peti sejuk.

2 comments:

jo said...

mati beku karang.

Aizuddin Jaafar said...

Aku nak paddlepop satu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails