Pages

Comel Tapi Kesian

Akak Stesen Minyak yang comel tapi saya rasa dia kurang pendengaran. Saya dah jerit "10 ringgit". Dia pulang baki untuk 5 ringgit punya. Saya jadi geram, saya kata lah dekat dia balik, 10 ringgit. Dengan muka marah, dia ambik lagi 5 ringgit dari duit baki tadi. Lepas tu, dia membebel-bebel. Sapa suruh bukak radio kuat-kuat dekat stesen. Ni nak dengar lagu ke nak kerja? Nak dengar lagu baik duduk rumah tak payah kerja. Dari saya lewat 15 minit masuk kelas macam biasa, hari ni saya lewat masuk 24 minit.

Hal ini pun berlaku sama masa saya mahu keluarkan duit dekat mesin ATM semalam. Saya beratur macam biasa pasal masa tu ada dua orang gadis tengah guna mesin ATM. Budak universiti saya lah sebab diaorang pakai baju t-shirt lambang universiti saya. Oh. Dua-dua comel. Tapi yang buat diorang jadi tak comelnya pasal mereka bergurau-gurau depan mesin ATM. Oh. Tuhan. Apa kejadah nak keluarkan duit sampai 20-25 minit. Orang lain keluar kan duit tiga ribu pun tak sampai satu minit. Paling lambat pun, 4 minit mungkin sebab internet ATM selow. Nak je saya hentak kepala diorang kat mesin ATM, lepas tu berlalu pergi. Mujurlah saya ingat kata-kata hikmat seperti, "Jangan kita buat jahat kat orang lain, Biar orang buat jahat kat kita. Dakpe", " Sabar itu Sebahagian dari Iman", "Patience is Virtue" dan "Sound the Horn". Jadi saya batalkan niat saya.

Jadi kesimpulannya. Awak, kalau awak comel mana pun. Tapi perangai tak molek. Saya tak hingin lah.

12 comments:

Anonymous said...

huhu~

chanz said...

kesian gak!

Darkkadabra said...

ain, huhu. :)

chaz, HA HA.

Aishah Nur Hakim said...

ok. kamu comel bila tulis macam ni. kecomelan yang tak tahan

Anonymous said...

aku!aku comel!perangai pn elok!hahahahha..
tbe2..
ok..msti ko da pk aku da tak comey sbb tbe2 nyemak kt cni dan perasan.

lalaallalala~~

=D

Aizuddin Jaafar said...

Randomkan? Comel tapi mengundang. Tak comel tapi mengundang. Aku pilih single.

shax said...

hahaa

jo said...

eleh..gua perangai tak molek pun ramai orang suka..apadehal?

annfrendly said...

oppsss.. harap bersabar ye....

crazy_labelle said...

lg xsuke org yg suke dekat2 time nak kuarkan duit...

farhana said...

yela yela. saya jaga perangai saya. huhu

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

lu rasa lu comel x?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails