Pages

Jimat Cermat Amalan Mulia

Saya sekarang tengah kumpul duit nak beli bahan-bahan nak buat kapal.

Ye!

Sungguh! Saya tak tipu!

Ini kisah benar!

Semalam, Hari Ini dan Esok

Semalam, lepas kelas. Saya sempat tengok seorang pak guard sedang berkareoke di atas pentas yang disediakan untuk calon-calon majlis pewakilan pelajar memberi ucapan manifesto. Ada lah juga saya sing along dengan pak guard tu 2, 3 lagu. Saya rasa pak guard tu kewl gila lah.

Berita tak best. Malam ni saya ada kelas ganti. Rasa macam nak ponteng. Tapi mengenangkan saya baru pegi kelas tu sekali saja sepanjang 5 minggu perkuliahan, saya jadi dilema. Oh Dang Seri apa harus saya buat?

Berita best. Esok saya tak dak kelas, dan Jumaat sepanjang semester memang saya tak dak kelas. Jadi bermakna, esok saya dah buleh enjoy weekend saya. Anda bagaimana?

Dengar cerita juga, esok adalah hari mengundi universiti saya Siap ada cabutan bertuah lagi untuk pengundi pertama, perseratus, peribu, persepuluhribu dan lain-lain lagi angka yang bertuah. Tapi, itu semua tak menjadi halangan bagi saya untuk tidak pergi mengundi. Takut niat mengundi jadi niat nak menang hadiah. Tak manis lah kalau jadi macam tu.

Teori Cikgu Saya

Saya rasa macam saya kena sumpah saja. Tak tahu la apa sumpahan apa, tapi cikgu pernah kata pada saya;

"Awak, soklan susah buleh buat. Soklan senang tak buleh buat pulak"

Pada mulanya, saya biarkan saja. Entah lama kelamaan. Macam menjadi-jadi pulak teori dia. Sampai lah satu ketika saya tadi, sedang membuat satu soklan latihan di dalam kelas. Soklan tak susah mana. Contoh mudah. Saya rasa congak-congak pun buleh siap.

Jadi saya congak dalam otak, 9 bahagi 2. Lepas tu, Bila compare balik jawapan saya dengan rakan sekelas. Saya dapati, jawapan saya salah.

Sejak bila 9 bahagi 2 sama dengan 7?

Saya mula salahkan simbol bahagi yang menyerupai simbol tolak. Dan saya juga menyalahkan teknologi kerana melembabkan otak saya.

Tapi, di sudut yang ceria, saya juga mendapati teori cikgu saya tentang saya makin tidak benar. Saya telah menjadi seorang yang "Soklan susah tak buleh buat, soklan senang pun tak buleh buat"

Comel Tapi Kesian

Akak Stesen Minyak yang comel tapi saya rasa dia kurang pendengaran. Saya dah jerit "10 ringgit". Dia pulang baki untuk 5 ringgit punya. Saya jadi geram, saya kata lah dekat dia balik, 10 ringgit. Dengan muka marah, dia ambik lagi 5 ringgit dari duit baki tadi. Lepas tu, dia membebel-bebel. Sapa suruh bukak radio kuat-kuat dekat stesen. Ni nak dengar lagu ke nak kerja? Nak dengar lagu baik duduk rumah tak payah kerja. Dari saya lewat 15 minit masuk kelas macam biasa, hari ni saya lewat masuk 24 minit.

Hal ini pun berlaku sama masa saya mahu keluarkan duit dekat mesin ATM semalam. Saya beratur macam biasa pasal masa tu ada dua orang gadis tengah guna mesin ATM. Budak universiti saya lah sebab diaorang pakai baju t-shirt lambang universiti saya. Oh. Dua-dua comel. Tapi yang buat diorang jadi tak comelnya pasal mereka bergurau-gurau depan mesin ATM. Oh. Tuhan. Apa kejadah nak keluarkan duit sampai 20-25 minit. Orang lain keluar kan duit tiga ribu pun tak sampai satu minit. Paling lambat pun, 4 minit mungkin sebab internet ATM selow. Nak je saya hentak kepala diorang kat mesin ATM, lepas tu berlalu pergi. Mujurlah saya ingat kata-kata hikmat seperti, "Jangan kita buat jahat kat orang lain, Biar orang buat jahat kat kita. Dakpe", " Sabar itu Sebahagian dari Iman", "Patience is Virtue" dan "Sound the Horn". Jadi saya batalkan niat saya.

Jadi kesimpulannya. Awak, kalau awak comel mana pun. Tapi perangai tak molek. Saya tak hingin lah.

Peringatan untuk Fawwaz

Yang sedang mengalami krisis hidup awal 20-an (dia rasa). Banyak pikir sampai meletup mata. Sipi-sipi nak buta.

Biasa lah, setiap manusia ada turun naik nya. Macam-macam kuiz, test, exam dari Dia beri. Dan kita, macam biasa, kena tempuh semua tu. Kalau kuat, kita lepas. Kalau tak kuat, tak lepas. Dan Tuhan itu maha pengampun. Kalau tak lepas, gagal. Dia maafkan. Kita kena muhasabah balik siapa diri kita dan kenapa kita gagal. Jangan meratapi kegagalan kita. Fikir balik apa silap kita. Mungkin kita kurang ingat dekat Dia. Jadi, jangan alpa.

Dan jangan ingat bila susah saja. Terus ingat Dia sampai bila-bila.

Awan Yang Bikin Hati Muram & Ceria


Diambil dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuantan
Dec 2009

Entri 2 Ayat.

Sepanjang minggu ni, saya rasa macam tak best. Jadi saya berharap Mesin ATM dapat memberikan kabar gembira untuk saya, Khamis nanti.

Mentaliti Makwe Hostel U Saya

Kucar Kacir lah Makwe Hostel U gua. Ingat jalan tu tempat jalan lenggang kangkung ke? Gua langgar kang. Mula lah jatuh cinta. Gua mana ada masa nak bercinta tengah jalan. Masa itu emas. Gua kena rakus mengejar masa. Pasal gua nak pergi menasik. Mood cinta cintun pun tak mari lagi kalau lapar bergelora di perut. Takda masa nak buat dari mata turun ke hati. Hati belakang perut. Bila perut lapar..hati panas.

Padan muka kena jerkoh. Dah la, gua nak keluar pegi ambik gambar passport. Buat masuk ujibakat pengacara AF.

Berimej Budak Baik Sekali Sekala Amatlah Penting Demi Keharmonian Negara

Dah jadi macam ritual atau trend atau habit kalau bila rasa dikecewakan ke, gagal ke, tak berjaya ke. Esoknya, mesti saya pergi gunting rambut. Kononnya, kepala tak berat la lepas tu. Buang stail-stail gagal. Gitu.

Kalau tak ada ciri-ciri frust, mesti saya potong rambut sekali atau dua kali setahun. Tengok atas ayah. Kalau dia guna kuasa veto, suruh potong rambut. Memang kena pergi kedai potong rambut petangnya, atau dia sendiri yang potongkan dan potongan dia memang kelas A terbalek. Tepi tebal, atas botak. Saya sebagai anak yang mithali, tak pernah kena gitu. Adik-adik saya je pernah. Saya tak nakal, dengar cakap dan hanya biadap dengan orang tua macam Paiseh.

Jadi Hari ni, saya ke kedai gunting rambut. Untuk potong rambut kasi pendek. Kasi smart sikit nanti. Mana la tahu ada makwe ajak pergi dating. Tak dak lah kucar kacir nak smart-smart. Tapi biasanya, tak da makwe pun nak ajak saya dating. Kalau ada pun, hanyalah berlaku seribu tahun sekali. Tak macam Macha. Dengar cerita jadual weekend dia untuk 2010 hingga 2013 sudah penuh padat dengan aktiviti berdating. 2014 pun ada 2,3 kosong lagi.

Sampai di sana, di kedai gunting rambut.

Saya kata pada Bhai Potong Rambut, "Kasi potong pendek"

Bhai Potong Rambut kata, "Wokeh. Buang semua ka? Sudah mahu jadi budak baik ka?"

"Potong semua lah. Jadi budak baik pulak. Bosan lah orang asyik salah anggap saya ni Faizal Tahir je" balas saya sambil saya membetulkan seat kerusi. Kasi selesa sikit bila nak berdengkur.

"Itu lah pasal. Saya mula-mula ingat u Faizal Tahir juga ada mari datang kedai saya" kata Bhai Potong Rambut lalu dia sambung tanya lagi;

"Pendek macam mana? Spike? Biasa?"

Saya,"Apa beza Spike dengan Biasa?"

Dia, "Kalau Biasa, Pendek Biasa lah. Normal human being punya stail. Kalau itu Spike, itu cacak-cacak punya stail. Spike pun buleh kasi modify jadi itu Mohawk."

Saya, sedikit teperanjat. "Mohawk? Apa nerakakah itu?"

Dia, "Oh. Itu. Cacak-cacak tengah saja."

Saya,"Yang macam Ultraman tu ke?"

Dia,"Ya lah"

Saya, "Yang macam Paiseh buat tu ke?"

Dia,"Yalah"

Sepi.

Tiba-tiba, saya jadi marah lepas dia cakap macam tu. Cepat-cepat saya bangun dari kerusi, capai pisau cukur atas meja dan letak mata pisau atas leher Bhai Potong Rambut. Itu semua berlaku dalam masa 3 saat.

"Lu. Kalau nak selamat. Jangan mohowkkan rambut gua" saya warning dengan nada sopan.

*************

Habis Potong Rambut, Saya Hulur Not Merah bernilai RM10. Dia ambil dan pulang baki dua keping not biru RM1. Mujurlah tiada apa-apa yang bahaya berlaku sepanjang pemotongan rambut itu. Mungkin dia dah paham dengan warning saya.

Bahang Panas Petang dan juga Efek Bangun Tidur Siang Buleh Buat Saya Menulis Dialog Jiwang

"Saya suka awak."

"Mengada"

"Awak suka saya?"

"..."

"Awak suka saya?"

"Ye lah! YO!"

Memoir Siang Sabtu

Siang tadi, waktu sedang lepak-lepak dengar taklimat dari Penasihat Akedemik.

"Kau bila nak update blog?" tanya Macha. Muka dia serius. Mata merah. Hidung kembang kempis. Macam marah. Padahal dia baru je lepas gelak-gelak dengan makwe.

"Pukul 3.10 pagi Ahad" aku jawab sambil sedut laju air kotak Teh Kundur jenama Rex. Sadap jugak. Rasa penuh dengan vitamin. Lepas tu, aku buang kotak tu dalam tong sampah. Macha sambung bergelak sakan dengan makwe dan aku sambung borak dengan kerusi. Orang tak hensem mana ada makwe nak ajak gelak.

Dalam beberapa 2 jam, taklimat pun habis. Aku cepat-cepat belah dari dewan tu, pergi ke tempat makan tengah hari. Aku harap ada nasi minyak. Lagi pun, masa taklimat tadi aku dah terasa nak makan nasi minyak. Siap rancang lagi nak crash kat mana-mana kenduri kahwin semata-mata nak makan nasi minyak.

Dan Tuhan masih sayangkan aku. Dapat juga makan Nasi Minyak.

Eh.. Ke tadi Nasi Tomato?

Benih Pokok Boleh Tersebar Jauh Dari Induknya

Dalam entri yang lepas, aku rasa aku telah buat kesalahan tatabahasa.

Mana ada "Petang yang lepas" kan?

Ke ada?

Entah lah. Aku pun tak pasti. Kena check balik. Perhatian kepada Cikgu Bahasa Melayu. Sila ambil berat tentang hal ni.

Oh. Kejap. Bapak aku Cikgu Bahasa Melayu. Tapi dah lama pencen. Dan aku sebagai anak dia sepatutnya haruslah peka tentang ini. Tatabahasa ni.

Hmm. Biarlah. Kadang-kadang kuah pun buleh tumpah dalam sirap bandung.

Penggunaan "Bahasa yang Mereka Rasa Kewl" Sebenarnya Boleh Mengubah Bangsa Seseorang

Petang yang lepas.

"Ko kat mana? Sorang ?" aku via SMS

"Kt Mamak. Ak sorg jew" dia via SMS

Jadi, aku faham SMS dia. Dia berada di Mamak dan dia juga seorang yahudi. (Jew/Jewish bermaksud Yahudi)

Sejak bila tukar bangsa aku pun tak tahu. Dah malu nak mengaku jadi melayu lah kot.

204SB+ @1325PP

Oh. Rasa macam baru je update. Rupanya dah lama. Agak-agak dalam tiga hari ya? Tapi itu lah. Bizi sikit dengan hidup.

Biasalah, Full Time Gamer. Part Time Student. Half Time Lover.

Okay. Back to work.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails