Pages

Kereta Idaman

Malam itu, Sordi tanya kepada aku. Tanda pemecah kebuntuan.

"Apa kau tak pernah impikan sebuah kereta idaman yang menarik, berkuasa tinggi, berchick magnet?"

Tak, aku jawab. Heh, bukan impian aku untuk punya kereta yang mewah berchick magnet. Ada apa pada harga. Yedok? Yang penting keselesaan. Keselamatan. Lepas JPJ. Cukup lah. Tak nak lebih.

Betul ke? , Sordi seakan tidak percaya dengan jawapan ku. Sambil dia tak percaya, dia juga menggulung rokok daun yang baru dibelinya hari itu kebetulan jumpa di pasar malam. Segar dalam ingatan, peristiwa Sordi terkinja-kinja macam kena loteri bila terserempak dengan pakcik jual rokok daun. Mahu dia canang satu Malaysia bawah dia mahu beli rokok daun. Aku di tempat kejadian hanya mampu menggelengkan kepala sambil bertepuk tampar manja dengan anak cun pakcik itu.

Betul ke? Sordi masih mengulangkan soklan yang sama tika aku sudah jauh mengelamun. Nasib ada Sordi. Kalau tak, pasti aku kekal mengelamun. Silap-Silap. Tak pulang ke realiti. Sordi menyalakan pemetik api jenama murahnya. Api merah menyala-nyala di serombong pemetik api , lalu disuakan gulungan daun itu. Terbakarlah gulungan itu dan berkepul-kepullah asap keluar dari mulut Sordi.

Betul. Jawab aku. Lagi.

"Aku tak mahu punya kereta mewah seperti Madza RX9, BMW 9 Series dan lain-lain. Cukup lah dengan sebuah kereta nasional yang kompak, untuk urusan sehari dan mungkin. MUNGKIN. bila aku berkeluarga, aku akan dapatkan kereta nasional pelbagai guna. Demi Keselesaan keluarga yang besar."

Malam makin larut. Sordi tekun mendengar penjelasan aku. Selang seli dengan hembus-sedut-hembus-ketuk tin-hembus-sedut-sedut-ketuk tin-hembus. Nak mati gamaknya. Sedut sampai dua kali. Dalam pulak tu.

"Kau pulak Dee?"

Kali ini giliran aku pula bertanya, tatkala Sordi ingin memulakan pembakaran rokok daunnya yang kedua. Bukan senang aku nak tanya. Aku lagi suka menjawab dari bertanya. Kerna menjawab lagi banyak sel-sel otak bergerak daripada bertanya.

Huuusshh...Asap dihembus, tanda Sordi mahu mulakan kembali perbualan kami.

"Setelah mendengar hujah-hujah kau tadi" Sordi Berhenti. Sekejap.

"Aku mendapati, amatlah sesuai dengar kata-kata kau. Aku bukan lah orang berada. Orang biasa-biasa. Orang kebanyakkan, bukan kesedikitian. Keselesaan itu penting. Keselamatan itu penting. Semua itu aku ambik dari point-point kau."

"Jadi persoalannya; Berapakah harga kereta Proton Kriss sekarang?"

Menyudahkan soklan itu dengan muka yakin, Sordi melepaskan asap rokoknya yang terakhir.

Huuusssh...

6 comments:

arfahadnan said...

proton kriss?

macha_sezs said...

model baru??

Darkk said...

apakah??

pendikar gunung kriang said...

Proton Kriss tu ada logo rokok daun ke?

paiseh said...

honda kriss laa. baru loded2 sket bunyi..

@tune® said...

keris tamingsarikah?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails