Pages

Selipar, Asrama & Aku

Suasana hingar bingar kedengaran apabila pelajar asrama di sebuah sekolah menamatkan sesi solat maghrib sesi berjemaah pada hari itu. Aku juga merupakan salah seorang pelajar itu. Ah, detik aku. Tiap kali habis je. Budak-budak mesti tak sabar-sabar nak keluar dari surau. Bukan dosa pun duk surua lama-lama. Dapat pahala ada la.

Lalu aku pun duduk, memerhatikan gelagat. Ada yang ketawa. Ada yang tenang. Ada yang tergopoh gapah. Ada yang panik. Panik? Situasi biasa berlaku selepas solat magrib berjemaah di sini. "Mana selipar aku?" kedengaran suara budak kecil. Haha. Itu tandanya selipar yang dibawa sudah di kebas oleh orang. Adat biasa di Asrama.

Rekod kecemerlangan selipar yang baru aku guna adalah 5 minit. Bukak plastik selipar. Pakai keluar. Terlupa kunci. Masuk bilik ambil kunci. Keluar balik dah hilang. Cemerlangkan? Memang Cemerlang. Kalau aku jumpa budak yang kebas itu, memang aku sejatkan dia. Jahat? Ya, memang aku senior yang jahat. Kehilangan selipar sepantas itu sedikit sebanyak mempengaruhi matlamat hidup aku.

Kembali kepada situasi selepas solat magrib tadi. Maka, budak itu terpaksa memakai selipar putus yang di sediakan di surau. Aku tidak kesian. Kerana salah budak itu juga. Kenapa tak di sorokkan selipar nya sedangkan sudah tahu angkara ini mesti berlaku. Sekurang-kurang buat la penanda di selipar seperti menulis nama di selipar, mengerat hujung hadapan selipar ataupun lebih efektif menghauskan tapak selipar itu. Kesan itu sangat efektif kepada pencuri kerana pencuri pasti jatuh terlentak di bilik air.

Aku menggeleng-gelengkan kepala. Bangkit dari situ. Aku mencari selipar ku. Seliparku disimpan selamat di dalam tandas. Dengan gaya, aku menuju ke kelas. Setiap sekolah asrama mempunyai waktu kelas persediaan. Atau pun dipanggil prep. Ada dua sesi. Petang dan Malam. Kebiasaanya aku pergi malam sahaja. Petang aku tidur di surau. Demi untuk mendapat pahala iktikaf.

P/S: Malas Sambung. Cerita diatas aku korek dari draft. Dah lama tulis. Entah apa aku bizi sekarang aku pun tak tahu. Sibuk baca Antologi Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah Tingakatan Empat "Anak Laut" kot.

7 comments:

Budak Pensel said...

aku x suka kerat selipar, aku sorokkan satu lagi belah kat pasu, satu belah lagi kat tempat wudu'...si pencuri akan mencuri sepasang selipar yang lengkap jer
Hahaha

macha_sezs said...

haha.ko tegur aku.
ko pun sama.

ape bizi ntah.

helomynameisjaye said...

aku pon baca buku literature entah form berapa.Little Women.siap ada ilustrasi lagi.mudah dibaca.

@tune® said...

hihi
aku bace asrama tuh asmara...

FarhanaLicious said...

tak yah pakai selipar. sarung dengan plastik je

FADZLAN B. ABDULLAH said...

haha ala hostel korang bkn jauh sgt ngn surau pon kan, kaki ayam sudah
hakhak :P

Tok Rimau said...

sila hantar alamat penuh anda, agar Tok boleh kirim poskad kemenangan. Gunakan subjek: LIFE IS HELL dan hantar ke tokrimau(at)gmail(dot)com.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails