Pages

Kain/Kotak

Esok aku mula nak cukur janggut, potong misai, potong rambut (sampai botak), bulu muka, jambang dan lain-lain rerambut yang ada dekat muka. Kecuali bulu kening dan bulu mata. Gila.

Kemudian, semua-semua bebulu, rerambut aku itu. Aku kumpulkan dan bungkus, letak dalam satu tempat. Aku fikir kain, atau nak lebih stail, atau gorgeous, Letak dalam kotak. Kotak berwarna pink, ada gambar hati bercetak banyak.

Selepas itu, Aku bawa kain/kotak itu. Pergi Gedung Membeli Belah. Dan aku keluarkan satu senarai barang. Bagitahu pada Pekedai yang aku mahukan;

Nikon D60 VR Kit,

Sony PS3,

Samsung 52" Inci LCDTV,

XFX ATI Radeon HD4830 512MB GDDR3 (Yang ini adalah kad grahik PC)

dan juga

Liyana Jasmay.

Untuk harga semua-semua itu, aku bayar dengan kain/kotak yang berisi bebulu, rerambut aku yang aku bawa dari rumah.

"Buleh dok?"

Tanya aku untuk mendapatkan kehalalan urus niaga jual beli.

9 comments:

paiseh said...

hoh..!!
zaman barter pun xde urusniaga lagu ni gua syak..!

Budak Pensel said...

Kalau x mampu, amik Canon pun ok..cuma kit dia mahal skit dari Nikon..tapi body senang dapat, coz murah.

XFX tu bukan NVIDIA ker?

BudAk hijAu said...

ceh!

liyana jasmay...?
die nk dtg umh aku esok..
nk jmpa dtg r...

mrblind said...

peh..desperate sangat ni brader..jangan lupa letak bulu kaki sekali..

@tune® said...

buleh!!
bulu jer??

gud lak

farhanaLicious said...

bulu takde nilai rasa nya. kalau timbang, harga tak tinggi. sama macam emas.

Darkk said...

XFX ada dua-dua. ATI ngn NVidia.

mr blind, kaki gua tak berbulu sangat. jadi sayang nak jual.

budak hijo, ah..yeke? esok ade date ngn lisa la pulok.

macha_sezs said...

mau kene sedas dua senapang tokey kedai tu.

H-n-f said...

mana boleh liyana jasmay.. die, dia aku pnye ah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails