Kasim duduk termenung membaca buku itu. Hati dia tenang bila baca buku itu. Berkumit-kamit dia baca. Sekali-sekali dia merenung ke siling. Kemudian sambung kembali baca buku itu.
Suasana di rumah Kasim, tenang. Abang-abangnya sudah keluar. Mak pergi ke Pasar. Manakala, adeknya Sarifah Ain Zulaika pagi-pagi lagi telah ke sekolah.
Jadi Kasim tinggal seorang bertemankan televisyen, peti ais, dapur, almari baju, katil dan lagi-lagi barangan rumah. Yang menyebabkan sekiranya Kasim berborak, dia dianggap gila atau kurang waras kerana berborak dengan barang-barang rumah.
"Satu Kali Satu, Satu"
"Dua Kali Satu, Dua"
"Tiga Kali Satu, Tiga"
Kasim mula memperdengarkan hafalan sifirnya. Moga esok dia tidak lagi kena baca sifir dekat padang. Kasim Malu. Malu pada Sabariah. Malu pada rakan sekolah yang lain. Dia tidak mahu lagi kena denda dengan Cikgu Matematik, Cikgu Rokiah. Cikgu Rokiah sangat garang.
"Empat Kali Satu...."
Hafalan Kasim terhenti. Seketika. Dan sekali lagi dia mencuba.
"Empat Kali Satu...."
Dan gagal menyudahkan ayat yang sepatutnya dilengkapkan dengan angka yang sepatutnya. Terasa gagal dan kecewa, Kasim kembali duduk atas kerusi.

5 comments:
aku dapat rasakan yg ini pengalaman anda!
demmm.aku tak merana oke.
But you sound so desperate.
jahatnya cikgu rokiah..
bapok susah weh!!!
ketuk pale
paiseh,
dia mengajar suh jadi bagus je.
tuner,
lek..senyum je. :D
Post a Comment