Pages

Review Cincai: Dua Alam

Terus terang aku kata. Siapa tak pergi tengok cerita ini memang rugi. Dengan jalan cerita yang superb, barisan pelakon yang mantap, bunyi latar yang sangat kaw, penggunaan cgi yang sama taraf dengan filem omputih (lebih hebat dari Cicakman), cinematografi yang kreatif dan aksi-aksi ghairah yang tak di tapis. Cerita ini memang sesuai untuk semua penggemar filem. Berikut adalam review dua alam aku.

Cerita ini mengisahkan seekor kucing, Sam yang terjumpa teko ajaib. Kerana kuriositinya dia telah cuba menggosok teko tersebut akibat terpengaruh dengan cerita dongeng Aladdin. Namun kerana Sam tak punyai tapak tangan maka dia hanya boleh mencakar saja teko ajaib tersebut. Dek kerna kegagalan menggosok tersebut dia hanya boleh mengintai ke dalam lubang teko ajaib tersebut dan disitulah dia nampak Nora Danish sedang berkemban didalamnya. review dua alam

Sam yang ghairah tadi menjadi tak tentu arah apabila Nora Danish menjeling ke arahnya. Dan Sam secara tak sengaja telah tertebalikkan teko itu hingga menyebabkan penutupnya terbuka. Nora Danish berterima kasih pada Sam lantas mengurniakan Sam pangkat Dato' Sri Tan Sri berserta sebuah telepon bimbit Blueberry. Namun Sam yang tak bersyukur meminta lebih dari itu. Dia minta mahu berkahwin empat dengan artis-artis negara yang melatop seperti Rozita Chef Wan, Fasha Sandal, Mayat Karin, dan juga Adibah Nur (Macam Saiful Apek dalam 4Madu).
review dua alamreview dua alamreview dua alamreview dua alam
Nora Danish yang jeles dek kerna Sam tak mencalonkannya telah mengamuk lantas menyumpah Sam menjadi katak. Maka terpaksalah Sam menyara perut dengan serangga dan hidup dua alam.

Saya bagi rate filem ni 9.13/10.

6 comments:

topo said...

bersemangat waja aku dtg nak baca.. =.="

Aizuddin Jaafar said...

Kahkahkah! Nakal betul.

chanz said...

ooooo ini rupanya 2 alam lol!

atenzone said...

sengal giler. cheh. T_T

syamim said...

terbaek la ko nye komen... hahaha..

FarhanaLicious said...

nak kene tengok nih!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails