Pages

Pejam Celik

Pejam celik, Pejam Celak, Pakai baju, bukak baju, tengok bulan, tutup mata, mandi manda, main fesbuk, tutup fesbuk, tengok drama, download drama, baca komik, malam sahur, siang berpuasa, bukak posa sini sana, baling sana, baling situ, terngorat sana, dingorat situ.

Sedar-sedar dah nak (dekat) seminggu kita dah nak beraya ya?

Tapi aku tak kesah, Raya. Yang penting hari Sabtu ini aku ada presentation untuk Final Year Project 1. Debar, cuak. Mesti ada. Normal.

Jadi, ada sapa-sapa nak tolong aku baling fakulti aku sampai langit? Biar kansel presentation aku Sabtu ini.

Masuk Pertandingan Bowling

Dalam beberapa bulan yang lepas, aku dan rakan sekelas, dan juga rakan serumah seramai 4 orang telah menyertai pertandingan bowling di bawah anjuran pihak Jawatankuasa Kediaman Luar Universiti. Aku turut serta pun sebab diajak beria-ia oleh rakan serumah dengan alasan, kalau aku tak masuk, dia nak tidur luar. Aku tak buleh tengok orang tidur luar ini, kesian. Hati sensitip.

Aku bukan la terer sangat main bowling. Cukup la sekadar 80-120 pin jatuh satu game. Lagi pun, budak tu ada hutang RM5 dengan aku. Dia nak bayarkan wang penyertaaan, la kononnya.

Lalu, aku pun bermain. Baling-baling, baling-baling. Akhirnya, dapat la jugak tempat ke 5 keseluruhan dari 16 kot tempat. Kurang pasti. Dan memperolehi hamper yang paling kecil yang disediakan penganjur.

Tapi,

Sampai sekarang hamper tu tak terbukak-bukak, duduk aja kat tepi dinding kat ruang tamu. Macam tak terusik langsung. Diabaikan oleh kami. Sepi je dia duduk kat sana. Lalu aku menggelarkannya;

"Hamper yang kesepian"

Bergaduh dengan Belog

Bulan Ramadhan ini, aku kurang menulis sebab rasa terlampau banyak untuk dilakukan dalam masa ini. Seperti Contoh; Membuat status di fesbuk, bermain game berkebun di fesbuk, balas komen gambar di fesbuk, Men'ignore' Bestfrend, BFF, Fan apa jadah request di fesbuk dan lain-lain di fesbuk.

Fakta:

Oh, Ini dia tokey Fesbuk. Mark Zuckerberg, umur 25 tahun, billionaire, muke selenge, CEO, dan pakai sweater dan selipar je pergi kerja. Aku gelar dia, jutawan kemalangan. Sebab pada asal dia nak buat site sosial networking yang diberi nama, "Thefacebook" untuk budak-budak Harvard je. Lepas tu, tah macam mana kolej lain pun buleh nak terlibat sekali. Lepas tu merebak satu Amerika, lepas tu jadi fenomena "Ko ada fesbuk dok?" di seluruh dunia.

Aku paling tertarik dengan idea macam mana dia nak buat fesbuk ini. Punca nya, dia kena tinggal awek. Lepas tu dia kecewa, marah membara. Bengang nak mampus. Jadi, dia pun hack la satu website ini yang digelar Facemash. Website dalaman Hazvard yang membandingkan gambar yang mana hot yang mana tak hot. Dia hack-hack, sampai la dia hack data-data private admin Harvard. Dan akhirnya nya kantoi. Tapi tak kena tindakan. Dari situ lah dia start develop idea-idea dia. Sampai la jadi kegilaan ramai.

Tambahan: Dia kena saman pasal dia ubahsuai website ConnectU (dulu HarvardConnection), modified sini sikit, sana sikit untuk buat facebook. Ciplak idea, Curi coding programming, kononnya dia dituduh. Tapi ada cakap-cakap kawan dia tikam dia dari belakang (Pepatah, Bukan tikam betul-betul). Kira dia dah kaya,baru la ada orang nak claim macam-macam. Entah la. Aku pun tak tahu, sekadar dengar khabar angin. Tapi bende ni dah setel, 65 Juta diberi secara stock saham,kebanyakan 20 Juta diberi tunai. - Terima kasih kepada Sham yang ingatkan pasal ini.

Tambahan Lagi: dengan cerita, dia nak buat movie pasal Mark ini, macam mana dia starting buat facebook. Casting utama dia, O'shia. Alah yang berlaku cerita transformer tu. Muka diorang pun lebih kurang sama kan?

Owh

Owh..

Owh.

Owh..

Owh..

Owh..

Owh..

Owh..

Owh...

Owh..

[Amacam? Berseni tak entri aku kali ini. Hahaha. Nanti, ada masa, aku tulis betul-betul. Hu-hu.]

Sempena Merdeka

Sempena hari ini Hari Kebangasaan kita yang ke 50 ++. (Aku dah lupa kounting dia), aku berhartal di rumah. Duduk rumah, lepak-lepak main game, tengok tivi, layan komik, kacau budak tabligh, tidur sunat, mandi, solat sunat, wajib dan lain-lain.

Di samping itu, aku juga berpuasa. Apa gila bulan ramadhan tak posa. Untuk berbuka nanti, aku telah order makanan melalui talian. Air tebu pun juga melalui talian.

Jadi, ini lah sambutan kemerdekaaan bagi aku. Anda bagaimana?

Post Script: Tak larat nak tulis panjang-panjang.

(Samb)Petang, Spongbob, & Tiga Dot.

Emm. Biar aku cerita lah. Sang Penghempas Handpon berkata. Mungkin dia nampak mata aku sudah renung tajam pada dia dan renungan aku masuk jauh ke dalam mata terus ke hati dan menyocok-nyocok hatinya membuatkan hatinya gentar. Itu mungkin. Siapa tahu tentang hatinya.

Tapi yang aku tahu, Sang Penghempas Handpon, sudah mahu bercerita. Cerita apa? Itu yang kita akan ketahui sebentar sahaja lagi.

"Aku sebenarnya, ada masalah dengan Girlfren aku" Sang Penghempas Hendpon sudah mula mahu bercerita. Tapi suara tersekat-sekat, macam nak nangis. Aku diamkan aja.

"Aku tak tahu samada, Girlfren aku ini masih setia kat aku ke tak. Aku tak tahu, ar. Bila aku tanya dia, dia sayang aku ke tak. Dia macam teragak-teragak, you know, hasitete. "

"Bukan hasitete, tapi hesitate." Sampuk aku untuk betulkan verb matsaleh Sang Penghempas Handpon ini.

Tapi macam penat kan, panggil Badigol ini Sang Penghempas Handpon. Biar aku tukar label dia. Aku labelkan, K. Atau Kamaruddin (Bukan Nama Sebenar).

Okeh sambung;

Eh, apa-apa je lah. Dia bidas. Aku bukan terer sangat BI. Kamaruddin kata lagi.

Dah tak terer, kenapa sebut?. Aku kata.

Kamaruddin mula diam. Makan hati gaya muka dia sekarang. Tapi diamnya sementara sahaja. Kemudian dia mula sambung cerita;

Aku tak paham la, apasal ek? Apasal Girlpren aku jadi macam tu? Dia tanya.

Dia tanya aku macam aku ini detektif pula. Detektif Shorlock Homes. Kalau Sherlock Homes, detektif bahagian Homosid. Aku pula, Sherlock Homes bahagian Cinta-cintun, gerpreng, boypreng. Dia anggap aku tahu macam tahu pasal cinta-cintun, gerpeng, boipreng ni. Padahal aku sifar. Sifar tentang cintan-cintan ni. Mee cintan tahu masak dan makan. Tapi ini lain.

Lagu penutup rancangan kegemaran aku diyakini rancangan Spongebob Squarepants sedang berkumandang. Aku buat gaya berfikir sambil badan aku bergerak-gerak mengikut alunan lagu penutup ini. Sambil bersila. Ada dalam sela masa tiga, empat minit aku duduk bersila sambil ikut rentak lagu penutup itu, tapi itu semua hanya untuk mengaburi mata Kamaruddin yang kononnya mahu aku fikirkan tentang masalah itu. Tapi haram aku tak.

Habis sahaja lagu, aku kata;

"Entah la. Aku pun tak paham dengan pempuan ni." Keluar sudah, ayat cliche. Entah la itu saja yang aku spotan sebut. Banyak terpengaruh drama swasta, cerekarama TV3 dan lain-lain.

"Owh. Jadi, kau ada rokok?" Kamaruddin tanya, berharap sesuatu yang pasti baginya.

"Takda, dah berhenti."

"Owh"

'Owh' yang sayu dari Kamaruddin. Di wajahnya, sayu. Sepi. Seperti musim sepinya takkan berakhir, macam kekal buat selamanya. Harap-harap esok, dia tengok Spongebob bersama aku. Untuk mengurangkan berat masalah nya.

Harap-harap esok.

Petang, Spongbob, & Tiga Dot.

Petang itu.

Petang itu, sedang asyik menonton rancangan kegemaran, iaitu diyakini rancangan Spongebob Squarepants, aku telah diganggu dengan suara-suara rungutan halus dari salah seorang ahli rumah aku. Suara itu pada mulanya halus, kemudiannya kasar, dan mula terjerit-jerit dan diakhiri dengan satu hempasan kuat, iaitu bunyi handpon terhempas ke lantai lalu hancurlah ia bak gelas kaca terhempas ke lantai dan sekiranya terpijak kaca itu, pastinya berdarah kaki dan boleh membuat orang menjadi marah.

Dengar akan hempasan itu, aku pun melaungkan satu suara lantang yang menyuruh sang penghempas itu, mengemas kembali handpon yang dihempaskannya tadi. Dan kemudian aku kembali menonton rancangan Spongebob Squarepants diyakini rancangan kegemaran aku.

Sedang bergelak tawa melihat gelagat sang genius lawak, Patrick, Si Tapak Sulaiman Merah Jambu, aku dihampiri Sang Penghempas handpon tadi.

Aku tersedar akan aura kehadirannya lalu berpaling dan bertanyakan satu soklan mudah iaitu, Apa hal? Apa hal aku tanya kepada Sang Penghempas handpon itu, Apa Hal. Ulang aku lagi. Sang Penghempas handpon seakan-akan berat untuk membuka mulutnya ibarat seperti terkena ulser mulut yang pecah nya digusi, atau belah kiri bibir bawah.

Apa Sal? Aku ubah soklan. Sikit.

Bob, Aku ada Problem la Bob. Sang Penghempas Handpon mula membuka mulut.

Aku yang tekun mendengar ayat pertama darinya, kemudiannya menepuk bahu Sang Penghempas dan berkata, "Wei, Aku bukan Bob"

Eh, Silap. Dia kata. Sori. Dia kata. Lagi.

Suasana menjadi sedikit ceria bila, Si Sponge Kuning Berseluar Petak berketawa macam celaka. Dia sedikit senyum. Dan kembali dalam keadaan posisi mahu bercerita.

Aku. Dia kata. Aku, sebenarnya, ada, malas lah la nak cerita. Tapi nak cerita.

Mata aku menyorot ganas, dan tangan aku sudah berada dalam posisi sedap-sedap tempeleng orang secara tidak sedar setelah mendengar ayat, "Malas lah nak cerita. tapi nak cerita".

[Bersambung]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails