Pages

Lari, Lari, Terajang

Lari-lari, terajang. Lari, Lari, terajang. Haha. Kini dah tak dak lah. Kalau dulu mungkin ya, bulan ini tidak lagi. Orang kata bulan ini bulan semua setan yang kita tak nampak semua dah kena ikat. Setan manusia macam mana? Tak kena ikat ke? Kalau jumpa sila la tambat mereka di tiang-tiang lampu berhampiran.

Bulan ini, hanya tinggal nafsu saja. Iman lawan Nafsu. Agak-agak berapa kosong Iman kena? Atau berapa point nafsu leading? Atau nafsu kalah teruk? Ha-ha. Tepuk dada. Tanya diri sendiri. Muhasabah. Kalau tanya selera, aku syak kompem berbuka di siang. Ye la, dah lapar. Mula la nafsu nak itu, nak ini. Nak makan kari kepala kambing la, nasik kuah kicap cicah berudu la dan macam-macam lagi.

Malamnya, jangan pula melantak sampai ke subuh. Mentang-mentang siang tak buleh makan. Jadinya, makan 11jam malamnya. Kunyah-kunyah, telan. Makan-makan, telan. Nampak makanan, telan. Tak kunyah. Rakus. Ikut nafsu.

Kurangkan ikut nafsu dibulan posa ini la. Banyakkan beramal. Posa buka makan apa tu tolak tepi, dan fikir berapa rakaat yang kita mahu buat malam nanti. Itu saja. Aku bukan nak berleter, cuma peringatan kepada diri sendiri.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Murbarak.

Mak Mertua

Hari itu aku bermimpi.

Aku bermimpi, aku yang bujang ini sudah berkahwin. Dengan siapa itu, aku pun tak pasti kerana dalam mimpi tu, aku sedang berbual mesra dengan mak mertua aku. Kebetulan memang aku balik ke sana, mengikut isteri balek beraya di kampungnya.

Sedang pungpangpungpang berborak, mak mertua aku yang dalam mimpi itu bertanya;

"Mana Isteri Nombor Dua dengan Nombor Tiga kamu? Tak ajak diorang ikut sekali ke?"

Pergh. Best jugak dapat mak mertua macam ini sporting.

Kenapa Lama Tak Membelog ?

Owh. Hai. Kita bertemu lagi dalam sesi Abang Darkk Membelog. Seperti yang kita tahu, abang Darkk sudah lama tidak membelog kerana kekangan waktu, masa, tenaga dan duit. Bila berkesempatan macam ini, abang Darkk akan memebelog tentang masalah tidak sempat membelog. Jadi tajuk kita hari ini adalah,

Kenapa lama tak memebelog ?

Ya, itu lah tajuknya. Kenapa lama tak memebelog. Seperti yang kita tahu, pebelog tegar akan membelog belognya, setiap hari. Hal ini kerana, mereka suka. Mereka suka belog mereka dibaca dan dikomen. Mereka juga suka isi tulisan belog mereka dibincangkan di mana saja pembaca belog mereka berada. Lagi ramai yang masuk ke belog mereka, lagi meraka suka. Ini semua adalah teori dan pengamatan dari saya sendiri.

Terlampau banyak sebab kenapa pemeblog suka membelog. Ada yang menjadikan belog mereka ini sesi terapi, luahan perasaan. Ada juga yang gedik memeblog, ada yang ikut trend, ikut kawan. "Ko ada belog?", "Takda."; Jadi nya mereka rasa mereka tak kewl. Ada yang memang nak berkongsi ilmu, ada yang berniaga. Dan lain-lain lagi.

Bila mereka suka memebelog, hari-hari mengadap belog. Sudah jadi kebiasaan bagi mereka. Maksudnya mereka akan memebelog satu hari, dan juga hampir-hampir menjadikan belog mereka sebagai homepage.

Oleh itu, sekian saja. Tulisan saya untuk kali ini. Maaf kerna saya sudah katakan tadi, saya kekangan waktu dan tenaga. Jadinya seperuh saja yang buleh saya tulis tentang ini. Jadi renung-renungkan lah, dan selamat berinternet.

Mitos Urban Siri 1

"Dengan meng'approve'kan pelbagai application, ianya akan memperlahankan kelajuan laman fesbuk anda"
- Ada la Orang tu, Malaysia, 2009.
Entah la. Aku pun tak pasti. Yang pasti, aku memang ignore request orang di fesbuk.

Reviu Cincai: G.I Joe: The Rise of Cobra

Entri ini ditaja.

Merujuk perkara di atas, aku ditaja untuk menulis entri ini. Ya lah, maksud ringkas, di belanja. Kalau tak, tak mungkin aku ke pawangan untuk cerita ini. Terima kasih kepada pihak penaja.

Reviu bermula.

Kau mungkin membesar dengan menonton G.I Joe. Atau lebih tepat, aku membesar dengan menonton G.I Joe. Cerita perang-perang, aksi beraksi dan penuh teknologi memang sesuai dipadankan dengan jiwa kanak-kanak yang sedang membesar, serius. Memang sesuai.

G.I Joe adalah kisah dua pihak bertelagah kuasa mengawal dunia. Satu pihak mahu menguasai dunia, satu lagi pihak mahu menghalang pihak yang pertama dari menguasi dunia. Evil vs Good, dengan kata mudah orang Beserah.

Mudahkan tema cerita. Kalau tak dak orang mahu menguasai dunia, memang tak jadi cerita lah kan. Jadi perlunya watak jahat dalam cerita ini. Ceritanya dengan bermula sedikit sejarah, sedikit pemberitahuan, prolog yang menarik. Kemudian terus ke zaman terkini yang menceritakan tentang watak jahat. Ya, sebab itu aku kata penting nya watak jahat dalam cerita ini, keran watak jahat memang penting sehingga perlu diceritakan awal-awal lagi.

Yada Yada, Yada Yada. Jalan cerita sama dengan filem aksi yang lain. Ada romance, ada balas dendam, ada lawak jenaka yang mudah dilupakan, scene tak logik, dan ending biasa. Kuasa Jahat akhirnya jatuh, kalah dengan kekuatan tak seberapa Pihak Baik. Ya, dalam cerita ini, aku lebih kagum dengan orang jahat.

Beralih kepada efek pula, efek tip top. Aksi berlebihan, dan letop-letop yang buat aku bersorak. Masa aksi kejar mengejar orang jahat, aku kagum dengan teknologi penginjak tenaga manusia. Memang suka, tapi kurang dari segi CGI. Kurang sharp. Kurang realistik. Nampak kartun pun ada. Ye lah, nak melompat tapi kaki nampak macam loony toony, Macam Tom & Jerry. Tapi tak semua part lah. Ada certain-certain part. Mungkin korang tak perasan. Tapi aku perasan. *Masuk Muka Sengih*

Apa-apa pun, cerita ini seronok ditonton. At least, tak ada lah mengecewakan. Lagipun aku memang tak terfikir untuk menontonnya di pawangan.

Rating untuk cerita ini: 3.5 dari 5 bintang Avakadabra.

p/s: watak yang aku rasa cool gila, dalam cerita ini adalah Zaltan, Master of Disguise. Lepas bunuh orang, kemudian bersiul-siul lagu "Happy Good Fellas". Kewl kan?

Orang Tua Lama, Orang Tua Baru

Pagi itu, di bahagian dapur rumah ayah saya. Masa itu, saya baru saja sudah selongkar peti sejuk untuk sesi bangun pagi. Togok air masak lebih kurang dan lebihan air mula bercucuran jatuh ke atas dada melalui janggut alim warak saya. Remaja lelaki macam saya ini agak gelojoh sedikit.

Melihat akan perihal air terkena janggut saya, mak saya mula membuka mulut dan bersuara,

"Bila nak potong janggut? Macam pesen orang tua lama je ada janggut."

Saya bidas, "Ini janggut orang warak, orang alim." Dan kemudian cepat-cepat lari keluar dari dapur untuk mengelak dari terkena ayat balasan pedas tahap Spesel dari mak.

Keluar dari dapur, saya terus selesa kan diri di sofa ruang rumah. Dan mula terfikir, jika orang tua lama fesyennya berjanggut. Jadi orang tua baru, apa fesyen mereka?

Jadi.

Hah, Orang tua baru. Sila jawab pertanyaan remaja yang naif ni. Jangan biarkan remaja ini tertanya-tanya. Kelak musnahlah impian suci remaja ini.

Hilang Secara Misteri

Senyap, bukan tanda menghilang.

Diam, bukan tanda merajuk.

Hilang, bukan tanda menyepi.

Mungkin ini kah tanda yang baru?

Ada benda yang lain yang bakal berlaku.

Ada benda baru yang mungkin bersatu.

Mungkin..

Mungkin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails