Kancil berhijrah ke negeri lain setelah dibuang kerja oleh PakRomzi. PakRomzi berjaya mendapatkan pengawal yang lebih baik daripada Kancil.Pada sebulan pertama Kancil berhibur kerana dibuang kerja dengan cara ber'clubbing', main mahjong, pergi Genting, main tikam, main judi Piala Dunia dan juga main karom.
Setelah puas berhibur, Kancil dapati kewangannya semakin habis. Dan terus habis pada keesokan harinya setelah Kancil membeli Thai Song. Kancil buntu. Dicubanya mintak kerja dimana-mana mapley yang dijumpai. Namun semua kedai mapley tu berkehendakan mereka yang berasal dari India. Kancil bukan berasal dari India. Kancil juga gagal ujian menghafal menu menu lazim seperti TeWoWais, TeWais, MiloWais, NaseyGorengAyam, RotiTulur, dan banyak lagi. Tokey mapley memberi cop 'GAGAL' diatas dahi Kancil.
Berhari hari Kancil kebulur. Hanya mengutip makanan dari tong sampah. Sekali sekala Kancil memecah masuk rumah orang. Kancil memiliki EX-5 atas hasil kerja itu. Dan menggunakan EX-5 itu untuk kegiatan meragut,menyamun,merempit dan mengorat. Kancil merasakan kegiatan sebegini amat seronok untuk dilakukan. Tak seronok bila dikejar polis.
Pada suatu hari, Kancil telah meragut tas tangan awek seekor buaya didepan mata buaya itu sendiri. Dengan perasaan amarah buaya tu mengontek kawan kawan nya, "Derr, lu kumpul budak budak lu, kita kasi ajar sama ini budak Kancil." Kancil membawa hasil kerja ke markas beliau di satu skatepark yang dipenuhi bebudak bermain skate. Sambil sambil menyelongkar, Kancil ketawa keh keh keh atas kejayaan beliau. Puas hati dengan untung lumayan itu, Kancil mula menari shuffle.
"Pang!!"
Tersungkur Kancil yang sedang asyik menari shuffle tadi. Dilihatnya Buaya sedang berdiri megah sambil tangan menyeluk poket baju.
"Lu apehal?" jerit Kancil.
"Derr, lu kebas tas tangan awek gua. Gua pon tak sempat nak rembat duit dalam tu derr. Lu kacau gua punya line. Gua marah. Tak pepasal gua baham awek gua sendiri. Ni semua lu punya pasal la derr." tegas Buaya bernada marah.
Buaya tak mahu cakap banyak dan menghayunkan ekornya sebagai tanda menyerang. Berlaku pertelingkahan Kancil vs Buaya disitu. Segala budak skate yang ada disitu ditembak mati oleh konco konco Buaya. Kancil pula masih bertarung dengan Buaya. Merasakan dirinya tidak dapat memenangi Buaya, Kancil berhelah, "Tengok! Siti Nurhaliza." sambil menunding jari ke arah seekor kera. Buaya menoleh. Kancil meloloskan diri dengan menaiki EX-5 beliau.
Buaya mengejar Kancil dengan menaiki kapal terbang MIG. Dan menjatuhkan bom tepat keatas EX-5 Kancil. Menggelupur Kancil terbakar sambil berlari mencari sungai. Kancil terjun dalam sungai untuk menyelamatkan diri. Dan segera naik semula setelah mengetahui sungai itu adalah markas Buaya. Kancil terkejut setelah mendapati beliau berada disebelah tebing yang tak ada jalan. Kancil harus menyeberang. Tapi di seberang terpacul Buaya sedang menunggu Kancil.
"Lu nak selamat lu datang sini gua nak kasi stalat atas dahi lu." jerit Buaya.
"Okeh gua datang. Tapi camne gua nak seberang sungai ni?" balas Kancil.
"Itu lu punye pasal" Buaya menjerit.
"Okeh. Lu suruh budak budak lu line-up depan gua sampai seberang." Kancil memberi idea dan dipersetujui oleh Buaya.
"Skuad! Jadikan satu barisan dihadapan saya.Gerak!!" Buaya memberi arahan seperti unit beruniform. Berbarislah buaya buaya yang ada.
"Dari kanan, nombor!"arahan Buaya seterusnya.
"Satu! Dua! Tiga! Empat! Lima! Enam! Tujuh! Lapan! Cek satu dua!" balas skuad buaya secara satu persatu.
Kancil menyeberangi sungai itu dengan melompat diatas setiap buaya yang berbaris sambil sebut "Satu dua tiga lekuk. Jantan betina aku ketuk." Sesampainya Kancil dihadapan Buaya, Kancil tunduk posisi cantik dan,
"Sorryuken!!!"
Tepat mengenai rahang Buaya. Buaya tersungkur dengan kiraan sepuluh TKO(Total Knock Out). Kancil melarikan diri setelah mencuri dompet Buaya.
2 comments:
lepas tu taw apa jadi kt buaya tu? dapat sain kontrek. jadi model. 'krokodail'
Agak gengster Kancil tersebut. Selaku seekor kancil yang berwibawa Kancil harus bersifat terbuka dan mengaplikasikan sel-sel otak beliau.
Post a Comment