Pages

Bukan Selalu Tak Buleh Tidur

Malam semalam, aku mimpi engkau. Mimpi yang engkau, duduk di atas seekor merak. Warna hijau. Seperti merak-merak tipikal yang lain. Cuma, bezanya. Merak itu bersaiz tiga kali ganda dari merak biasa. Aku panggil dia, merak jumbo.

Engkau duduk bersandar atas merak jumbo tu. Beralaskan pelana. Baru lah selesa. Tak da lah sakit sangat. Engkau perasan aku tengok engkau. Cepat-cepat aku lari balik tiang. Aku sorok kepala. Tapi kantoi jugak. Sebab badan aku bukan sehalus tiang. Badan aku besar, macam dinding hebat negara China.

Engkau senyum. Aku pula, cuba alih renungan mata. Tenung mata merak. Merak balas tenungan aku. Aku dan merak berbalas tenungan. Lama-lama, aku kalah. Hey, kompem lah aku kalah. Sebab angin pada masa tu, kuat sangat. Bercampur pasir lagi terbang.

2 comments:

Si Aizuddin said...

Gunakan eyemo. Melegakan mata yang keresahan.

mamakmuda said...

Fuhhh!!! Merak tuuu... Merak Kayangan kot!! Weh, sape yg ko mksudkn...tn putri kayangan? Ke ko mimpi Mak Andeh ko!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails