Sori sebab lama tak update. Sekarang tengah bizi nak kumpul duit beli rak buku untuk projek akan datang. Siapa-siapa buleh lah rekemenkan kat saya rak buku yang bagus, murah, dan tahan lama ek?
Kisah Betul : Sang Kancil dan Buaya
Kancil berhijrah ke negeri lain setelah dibuang kerja oleh PakRomzi. PakRomzi berjaya mendapatkan pengawal yang lebih baik daripada Kancil.Pada sebulan pertama Kancil berhibur kerana dibuang kerja dengan cara ber'clubbing', main mahjong, pergi Genting, main tikam, main judi Piala Dunia dan juga main karom.
Setelah puas berhibur, Kancil dapati kewangannya semakin habis. Dan terus habis pada keesokan harinya setelah Kancil membeli Thai Song. Kancil buntu. Dicubanya mintak kerja dimana-mana mapley yang dijumpai. Namun semua kedai mapley tu berkehendakan mereka yang berasal dari India. Kancil bukan berasal dari India. Kancil juga gagal ujian menghafal menu menu lazim seperti TeWoWais, TeWais, MiloWais, NaseyGorengAyam, RotiTulur, dan banyak lagi. Tokey mapley memberi cop 'GAGAL' diatas dahi Kancil.
Berhari hari Kancil kebulur. Hanya mengutip makanan dari tong sampah. Sekali sekala Kancil memecah masuk rumah orang. Kancil memiliki EX-5 atas hasil kerja itu. Dan menggunakan EX-5 itu untuk kegiatan meragut,menyamun,merempit dan mengorat. Kancil merasakan kegiatan sebegini amat seronok untuk dilakukan. Tak seronok bila dikejar polis.
Pada suatu hari, Kancil telah meragut tas tangan awek seekor buaya didepan mata buaya itu sendiri. Dengan perasaan amarah buaya tu mengontek kawan kawan nya, "Derr, lu kumpul budak budak lu, kita kasi ajar sama ini budak Kancil." Kancil membawa hasil kerja ke markas beliau di satu skatepark yang dipenuhi bebudak bermain skate. Sambil sambil menyelongkar, Kancil ketawa keh keh keh atas kejayaan beliau. Puas hati dengan untung lumayan itu, Kancil mula menari shuffle.
"Pang!!"
Tersungkur Kancil yang sedang asyik menari shuffle tadi. Dilihatnya Buaya sedang berdiri megah sambil tangan menyeluk poket baju.
"Lu apehal?" jerit Kancil.
"Derr, lu kebas tas tangan awek gua. Gua pon tak sempat nak rembat duit dalam tu derr. Lu kacau gua punya line. Gua marah. Tak pepasal gua baham awek gua sendiri. Ni semua lu punya pasal la derr." tegas Buaya bernada marah.
Buaya tak mahu cakap banyak dan menghayunkan ekornya sebagai tanda menyerang. Berlaku pertelingkahan Kancil vs Buaya disitu. Segala budak skate yang ada disitu ditembak mati oleh konco konco Buaya. Kancil pula masih bertarung dengan Buaya. Merasakan dirinya tidak dapat memenangi Buaya, Kancil berhelah, "Tengok! Siti Nurhaliza." sambil menunding jari ke arah seekor kera. Buaya menoleh. Kancil meloloskan diri dengan menaiki EX-5 beliau.
Buaya mengejar Kancil dengan menaiki kapal terbang MIG. Dan menjatuhkan bom tepat keatas EX-5 Kancil. Menggelupur Kancil terbakar sambil berlari mencari sungai. Kancil terjun dalam sungai untuk menyelamatkan diri. Dan segera naik semula setelah mengetahui sungai itu adalah markas Buaya. Kancil terkejut setelah mendapati beliau berada disebelah tebing yang tak ada jalan. Kancil harus menyeberang. Tapi di seberang terpacul Buaya sedang menunggu Kancil.
"Lu nak selamat lu datang sini gua nak kasi stalat atas dahi lu." jerit Buaya.
"Okeh gua datang. Tapi camne gua nak seberang sungai ni?" balas Kancil.
"Itu lu punye pasal" Buaya menjerit.
"Okeh. Lu suruh budak budak lu line-up depan gua sampai seberang." Kancil memberi idea dan dipersetujui oleh Buaya.
"Skuad! Jadikan satu barisan dihadapan saya.Gerak!!" Buaya memberi arahan seperti unit beruniform. Berbarislah buaya buaya yang ada.
"Dari kanan, nombor!"arahan Buaya seterusnya.
"Satu! Dua! Tiga! Empat! Lima! Enam! Tujuh! Lapan! Cek satu dua!" balas skuad buaya secara satu persatu.
Kancil menyeberangi sungai itu dengan melompat diatas setiap buaya yang berbaris sambil sebut "Satu dua tiga lekuk. Jantan betina aku ketuk." Sesampainya Kancil dihadapan Buaya, Kancil tunduk posisi cantik dan,
"Sorryuken!!!"
Tepat mengenai rahang Buaya. Buaya tersungkur dengan kiraan sepuluh TKO(Total Knock Out). Kancil melarikan diri setelah mencuri dompet Buaya.
Penulis Jemputan
"Kisah Betul: Sang Kancil dan Monyet" di bawah bukan lah hasil nukilan saya. Tapi saya jemput penulis jemputan untuk menulis kat sini. Sila beri tepukan untuk;
Red Nema - http://www.keperemrednema.blogspot.com/
Untuk atas jasa beliau menulis entri di sini, saya ingat saya nak beri hadiah misteri lah.
Nanti-nanti lah saya update blog lagi, bizi yang amat number satu.
p/s: Paiseh selalu petik nama gua, nama adik dia (baca: Macha) tak petik pulak. Tanda dia sayang gua lebih ni.
Kisah Betul : Sang Kancil dan Monyet
Pada suatu hari, Kancil sedang berkawal di sebuah ladang milik PakRomzi. PakRomzi adalah seorang pengusaha ladang yang berjaya dan juga kaya raya seperti jutawan Dubai. Namun begitu beliau tidak pernah membeli nombor plet kereta dengan harga juta-juta. Segala duitnya berhabis untuk memajukan kebunnya yang mempunyai pelbagai jenis tanaman termasuk pokok ajaib yang boleh berbuah sehari sekali.Hanya dengan satu klik, serta merta PakRomzi mendapat hasil jualan. Sehubungan dengan itu, setiap hari muka PakRomzi akan terpapar di HarianMetroid.
Kancil yang sedang berkawal itu tiba tiba disapa oleh Monyet.
Monyet : "Wasap dud?"
Kancil : "Wasap brasap dud.Dari mana?"
Monyet : "Dari rumah.Lapar dan segera keluar untuk mencari makanan."
Kancil : "So?"
Monyet : "Aku rembat sikit buah kat kebun ni okeh?"
Kancil : "Wasap brasap dud.Dari mana?"
Monyet : "Dari rumah.Lapar dan segera keluar untuk mencari makanan."
Kancil : "So?"
Monyet : "Aku rembat sikit buah kat kebun ni okeh?"
Kancil berdiam diri. Monyet menunggu jawapan dari Kancil.8 minit berselang, Kancil masih berdiam diri. Monyet menampar Kancil kerana sudah bosan menunggu.
Kancil : "Sori dud. Tertido pulak. Apa tadi cakap?"
Lalu Kancil terperosok ke perdu pokok nangka dek kerana di'silambam'kan oleh Monyet.Monyet beritahu Kancil niatnya dan ingin menikmati buah jambu bol.Kancil yang bijak pandai seperti SangKancil tu secara tiba tiba timbul niat ingin mengenakan Monyet. Lalu ditunjukkan pokok cili kepada Monyet.Monyet kurang percaya akan Kancil kerana selalu ditipu semasa bermain daun terup.
Monyet : "Tu bukan ke pokok cili?"
Kancil : "Eh,bukan la.Pokok jambu bol la tu."
Kancil : "Eh,bukan la.Pokok jambu bol la tu."
Oleh kerana lapar yang teramat, Monyet segera menuju ke pokok cili dan mengambil beberapa cili. Kancil yang tersenyum sinis segera berkata kepada Monyet "Jangan Monyet! Jangan!"Monyet tidak menghiraukan Kancil lalu makan cili cili tersebut. Dan menjerit kepedasan.Kancil ketawa guling guling melihat gelagat Monyet. Monyet berlari balik rumah untuk mengambil ubat gigi Kolgate demi menghilangkan pedas.
Beberapa minit kemudian Monyet menghantar SMS kepada Kancil,"Chilaka kau!"
Beberapa minit kemudian Monyet menghantar SMS kepada Kancil,"Chilaka kau!"
Bukan Selalu Tak Buleh Tidur
Malam semalam, aku mimpi engkau. Mimpi yang engkau, duduk di atas seekor merak. Warna hijau. Seperti merak-merak tipikal yang lain. Cuma, bezanya. Merak itu bersaiz tiga kali ganda dari merak biasa. Aku panggil dia, merak jumbo.
Engkau duduk bersandar atas merak jumbo tu. Beralaskan pelana. Baru lah selesa. Tak da lah sakit sangat. Engkau perasan aku tengok engkau. Cepat-cepat aku lari balik tiang. Aku sorok kepala. Tapi kantoi jugak. Sebab badan aku bukan sehalus tiang. Badan aku besar, macam dinding hebat negara China.
Engkau senyum. Aku pula, cuba alih renungan mata. Tenung mata merak. Merak balas tenungan aku. Aku dan merak berbalas tenungan. Lama-lama, aku kalah. Hey, kompem lah aku kalah. Sebab angin pada masa tu, kuat sangat. Bercampur pasir lagi terbang.
Engkau duduk bersandar atas merak jumbo tu. Beralaskan pelana. Baru lah selesa. Tak da lah sakit sangat. Engkau perasan aku tengok engkau. Cepat-cepat aku lari balik tiang. Aku sorok kepala. Tapi kantoi jugak. Sebab badan aku bukan sehalus tiang. Badan aku besar, macam dinding hebat negara China.
Engkau senyum. Aku pula, cuba alih renungan mata. Tenung mata merak. Merak balas tenungan aku. Aku dan merak berbalas tenungan. Lama-lama, aku kalah. Hey, kompem lah aku kalah. Sebab angin pada masa tu, kuat sangat. Bercampur pasir lagi terbang.
Reviu Cincai: Kick-Ass
Wow. Saya malas nak tulis banyak-banyak. Atau kasi spoiler banyak-banyak.
Senang cerita. Saya kasi satu dialog yang saya suka dalam cerita ni.
"What are you? A green condom?"
Serius, cerita ni fun. Sangat fun. Dan blood bath dia menarik. Bukan biasa punya blood bath.
Budak kecik, tembak headshot dari jarak dekat? Awesome!
Sudah lah. Pergi lah tengok sendiri. Saya kasi bintang;
4.5/ 5 bintang (lebih 0.3 dari Iroman 2 sebab dia betul-betul fun dari Iroman 2)
Sebenarnya banyak lagi aspek buat saya suka cerita ni. Tapi saya tak suka menaip guna laptop. Jadi saya cerita lebih kurang saja kat entri ni. Kalau berkesempatan, saya terangkan pasal apa saya suka cerita ni.
Senang cerita. Saya kasi satu dialog yang saya suka dalam cerita ni.
"What are you? A green condom?"
Serius, cerita ni fun. Sangat fun. Dan blood bath dia menarik. Bukan biasa punya blood bath.
Budak kecik, tembak headshot dari jarak dekat? Awesome!
Sudah lah. Pergi lah tengok sendiri. Saya kasi bintang;
4.5/ 5 bintang (lebih 0.3 dari Iroman 2 sebab dia betul-betul fun dari Iroman 2)
Sebenarnya banyak lagi aspek buat saya suka cerita ni. Tapi saya tak suka menaip guna laptop. Jadi saya cerita lebih kurang saja kat entri ni. Kalau berkesempatan, saya terangkan pasal apa saya suka cerita ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)