Pages

Kereta Idaman

Malam itu, Sordi tanya kepada aku. Tanda pemecah kebuntuan.

"Apa kau tak pernah impikan sebuah kereta idaman yang menarik, berkuasa tinggi, berchick magnet?"

Tak, aku jawab. Heh, bukan impian aku untuk punya kereta yang mewah berchick magnet. Ada apa pada harga. Yedok? Yang penting keselesaan. Keselamatan. Lepas JPJ. Cukup lah. Tak nak lebih.

Betul ke? , Sordi seakan tidak percaya dengan jawapan ku. Sambil dia tak percaya, dia juga menggulung rokok daun yang baru dibelinya hari itu kebetulan jumpa di pasar malam. Segar dalam ingatan, peristiwa Sordi terkinja-kinja macam kena loteri bila terserempak dengan pakcik jual rokok daun. Mahu dia canang satu Malaysia bawah dia mahu beli rokok daun. Aku di tempat kejadian hanya mampu menggelengkan kepala sambil bertepuk tampar manja dengan anak cun pakcik itu.

Betul ke? Sordi masih mengulangkan soklan yang sama tika aku sudah jauh mengelamun. Nasib ada Sordi. Kalau tak, pasti aku kekal mengelamun. Silap-Silap. Tak pulang ke realiti. Sordi menyalakan pemetik api jenama murahnya. Api merah menyala-nyala di serombong pemetik api , lalu disuakan gulungan daun itu. Terbakarlah gulungan itu dan berkepul-kepullah asap keluar dari mulut Sordi.

Betul. Jawab aku. Lagi.

"Aku tak mahu punya kereta mewah seperti Madza RX9, BMW 9 Series dan lain-lain. Cukup lah dengan sebuah kereta nasional yang kompak, untuk urusan sehari dan mungkin. MUNGKIN. bila aku berkeluarga, aku akan dapatkan kereta nasional pelbagai guna. Demi Keselesaan keluarga yang besar."

Malam makin larut. Sordi tekun mendengar penjelasan aku. Selang seli dengan hembus-sedut-hembus-ketuk tin-hembus-sedut-sedut-ketuk tin-hembus. Nak mati gamaknya. Sedut sampai dua kali. Dalam pulak tu.

"Kau pulak Dee?"

Kali ini giliran aku pula bertanya, tatkala Sordi ingin memulakan pembakaran rokok daunnya yang kedua. Bukan senang aku nak tanya. Aku lagi suka menjawab dari bertanya. Kerna menjawab lagi banyak sel-sel otak bergerak daripada bertanya.

Huuusshh...Asap dihembus, tanda Sordi mahu mulakan kembali perbualan kami.

"Setelah mendengar hujah-hujah kau tadi" Sordi Berhenti. Sekejap.

"Aku mendapati, amatlah sesuai dengar kata-kata kau. Aku bukan lah orang berada. Orang biasa-biasa. Orang kebanyakkan, bukan kesedikitian. Keselesaan itu penting. Keselamatan itu penting. Semua itu aku ambik dari point-point kau."

"Jadi persoalannya; Berapakah harga kereta Proton Kriss sekarang?"

Menyudahkan soklan itu dengan muka yakin, Sordi melepaskan asap rokoknya yang terakhir.

Huuusssh...

Ringkas Padat & Terkini

"Bang, kalau bola betul-betul melayang atas kepala saya. Saya nak buat apa?"

Pang!!

"Tanduk lah bodoh."

Tak sia-sia ajaran aku malam semalam kepada Messi.

Berlawan Dengan Zombie

Apa yang anda lakukan apabila zombie menyerang anda di rumah?

"Saya akan Tanam Pokok..."

"...Pokok Bunga Matahari akan saya gunakan untuk menjana tenaga. Manakala untuk serangan, Saya akan tanam pokok kacang pea. Pertahanan pula, kacang kulit keras. Untuk bahan letupan, saya guna ceri, cili dan cendawan hitam ganas. Ya, cendawan hitam ganas punya letupan paling pawaa... "

"Sekiranya semua gagal, saya masih ada pertahanan terakhir. Iaitu, Mesin Rumput. Dan jika mesin rumput juga gagal. Maknanya, Otak saya telah dimakan oleh Zombie"






Reviu Cincai: Night at the Museum II

Okay. Hari ini, menonton bersama rakan sekolah lama. Tak ramai keluar. Dalam 9 orang. 6 gadis, 3 jejaka (aku masuk dalam 3 jejaka).

Tujuan, tengok movie. Aku mahu tengok Heliza dalam Syurga Cinta. Tapi...Tunggu Raya lah. Apa guna langgan astro mahal-mahal kalau tengok cerita melayu kat panggung. Jadi tengok Night in the Musuem lah. Lagi pun, Tak guna lawan kuasa veto gadis-gadis.

Night at the Musuem 2, ke in the Musuem. Okeh. Aku rasa macam typo je Museum tuh. Aku melayukan la musuem tu. Jadi Muzium. Eh. Musium?. Okay. Muzium.

Cerita mengisahkan watak utama yang cuba menyelamatkan bahan-bahan bersejarah dari dipindahkan. Dan yang menariknya bahan-bahan bersejarah itu, buleh bergerak sendiri di waktu malam. Ada magiknya.

Apa aku fikir, ceritanya biasa. Tapi aku tiba-tiba teruja dengan permulaan konfliknya. Rasa menarik, tapi bila fikir dua kali. Biasa-biasa. Seronok menonton walaupun lawaknya agak cliche. Seperti terlanggar dinding. Tiang. Cam biasa-biasa. Ramai orang ketawa masa itu, aku tidak.

Yang aku ketawa apabila mereka berbalah sesama sendiri. Ya, banyak dialog komikal sinis di situ. Yang aku fikir, tak patut letak dan hanya meleretkan cerita. Tapi berjaya buat aku ketawa. Kalau buleh, aku mahu cari dialog movie ni apabila sudah di"dvdrip"kan dan di"srt"kan.

Apa lagi yang aku mahu cerita. Tonton saja movie ni kalau mahu. Bolehlah untuk luangkan masa.

Aku kasi 3.4/5.0

Aku Dingin Macam Ais

Aku dingin.

Macam Ais.

Ya, Ais yang keras itu. Yang sejuk dalam peti ais itu. Juga sejuk di kawasan tertentu seperti contoh Russia, England, Norway, Japan dan Artantika.

Ya, Macam itu lah aku. Keras, sejuk. Tidak berperasaan.

Sepi, Sendiri.

Ais, kalau diletak di tempat panas. atau hangat. Atau lebih dari 0 darjah celsius. Misal kata, 0.00001 darjah celsius.

Pasti mencair. (Apa ada perkataan mencair?)

Kan?

Aku pun pasti begitu, tunggu suhu 0.00001 darjah celsius untuk mencair. Atau perkataan rasionalnya, self-destruct.

.
.
.
BOOM!!

Musnah.

Fiksyen Semata-Mata


[Notis Pengarang: Gambar dan cerita, kaitannya; fiksyen semata-mata]

"Lu mau mana satu?" Apek sibuk tanya pada aku walhal aku masih menelek senarai harga itu. Kot ye pun Pek, kasi la can aku pilih dulu. Ni tak, datang-datang terus tanya. Penat tak hilang lagi. Aku baru datang dari Kobe. Kobe. Ya. Kobe, Jepun tu.

Garu-garu kepala sekejap. Aku pandang apek tokey. Apek itu hembus asap rokok dia pada muka aku. Celaka. Pedih mata. Dan kemudian aku bertanya;

"Err...Lisa Surihani berapa harga?" - Aku.

"Bayar dengan bulu buleh?" - Aku lagi.

Sikat Baru

Hari ini, aku beli sikat baru. Sikat bulat.

Warna Hitam. Harga RM2.90.

Gembira rasanya. Tak Sabar, tunggu nak guna.

Hai, bilalah rambut-rambut dan bulu-bulu muka aku ini nak tumbuh semula.

Ha-Ha. Celaka.

Kain/Kotak

Esok aku mula nak cukur janggut, potong misai, potong rambut (sampai botak), bulu muka, jambang dan lain-lain rerambut yang ada dekat muka. Kecuali bulu kening dan bulu mata. Gila.

Kemudian, semua-semua bebulu, rerambut aku itu. Aku kumpulkan dan bungkus, letak dalam satu tempat. Aku fikir kain, atau nak lebih stail, atau gorgeous, Letak dalam kotak. Kotak berwarna pink, ada gambar hati bercetak banyak.

Selepas itu, Aku bawa kain/kotak itu. Pergi Gedung Membeli Belah. Dan aku keluarkan satu senarai barang. Bagitahu pada Pekedai yang aku mahukan;

Nikon D60 VR Kit,

Sony PS3,

Samsung 52" Inci LCDTV,

XFX ATI Radeon HD4830 512MB GDDR3 (Yang ini adalah kad grahik PC)

dan juga

Liyana Jasmay.

Untuk harga semua-semua itu, aku bayar dengan kain/kotak yang berisi bebulu, rerambut aku yang aku bawa dari rumah.

"Buleh dok?"

Tanya aku untuk mendapatkan kehalalan urus niaga jual beli.

Selipar, Asrama & Aku

Suasana hingar bingar kedengaran apabila pelajar asrama di sebuah sekolah menamatkan sesi solat maghrib sesi berjemaah pada hari itu. Aku juga merupakan salah seorang pelajar itu. Ah, detik aku. Tiap kali habis je. Budak-budak mesti tak sabar-sabar nak keluar dari surau. Bukan dosa pun duk surua lama-lama. Dapat pahala ada la.

Lalu aku pun duduk, memerhatikan gelagat. Ada yang ketawa. Ada yang tenang. Ada yang tergopoh gapah. Ada yang panik. Panik? Situasi biasa berlaku selepas solat magrib berjemaah di sini. "Mana selipar aku?" kedengaran suara budak kecil. Haha. Itu tandanya selipar yang dibawa sudah di kebas oleh orang. Adat biasa di Asrama.

Rekod kecemerlangan selipar yang baru aku guna adalah 5 minit. Bukak plastik selipar. Pakai keluar. Terlupa kunci. Masuk bilik ambil kunci. Keluar balik dah hilang. Cemerlangkan? Memang Cemerlang. Kalau aku jumpa budak yang kebas itu, memang aku sejatkan dia. Jahat? Ya, memang aku senior yang jahat. Kehilangan selipar sepantas itu sedikit sebanyak mempengaruhi matlamat hidup aku.

Kembali kepada situasi selepas solat magrib tadi. Maka, budak itu terpaksa memakai selipar putus yang di sediakan di surau. Aku tidak kesian. Kerana salah budak itu juga. Kenapa tak di sorokkan selipar nya sedangkan sudah tahu angkara ini mesti berlaku. Sekurang-kurang buat la penanda di selipar seperti menulis nama di selipar, mengerat hujung hadapan selipar ataupun lebih efektif menghauskan tapak selipar itu. Kesan itu sangat efektif kepada pencuri kerana pencuri pasti jatuh terlentak di bilik air.

Aku menggeleng-gelengkan kepala. Bangkit dari situ. Aku mencari selipar ku. Seliparku disimpan selamat di dalam tandas. Dengan gaya, aku menuju ke kelas. Setiap sekolah asrama mempunyai waktu kelas persediaan. Atau pun dipanggil prep. Ada dua sesi. Petang dan Malam. Kebiasaanya aku pergi malam sahaja. Petang aku tidur di surau. Demi untuk mendapat pahala iktikaf.

P/S: Malas Sambung. Cerita diatas aku korek dari draft. Dah lama tulis. Entah apa aku bizi sekarang aku pun tak tahu. Sibuk baca Antologi Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah Tingakatan Empat "Anak Laut" kot.

Katsuya II

Debar Katsuya. Pinggang dia sudah mula retak akibat hentakan sisi tangan ku yang padu. Peluh jantannya mula perlahan mengalir. Tangannya menekan-nekan bahagian pinggang. Sakit, katanya.

Aku pada mulanya tidak percaya dengan kenyataan Katsuya. Tapi, bila dia sudah jatuh, menggelepur. Aku jadi percaya.

Cepat-cepat, aku telefon ambulan. Dan bagitahu operator ambulan suruh datang cepat, kerna ada orang sudah hampir mati dekat sini.

"Katsuya, kau rileks ya. Tak perlu menggelepur bersungguh-sungguh, buat karan je", nasihat aku pada Katsuya. Tapi nasihat aku, siapa nak ikut. Ibarat mencurahkan susu ke dalam kornflakes, Sedap.

30 minit kemudian, Ambulans pun sampai.

16 Mei

Mat Zin kurang Asam lagi dengan Cikgu Rokiah. Kali ini, dia baling pemadam papan hitam yang baru lepas digunakan untuk padam kapur dekat papan hitam. Berdebu baju kurung Cikgu Rokiah. Tapi Cikgu Rokiah masih senyum lagi. Dalam hati dia, tak terdetik unsur-unsur mahu membalas dendam, pecah amanah, mahupun tonto.

"Mat Zin, Meh Sini" Cikgu Rokiah memangil Mat Zin yang ketika itu sedang bergayut di lonteng kelas.

"Mat Zin.. Meh" Mat Zin seperti faham dengan arahan Cikgu Rokiah, datang menghampiri Cikgu Rokiah.

Di wajah Cikgu Rokiah terdapat satu senyuman.

Tanpa disedari, terdapat sebilah pisau di tangan Mat Zin. Mat Zin menghampiri Cikgu Rokiah dan lalu menghanyunkan Pisau itu ke arah Perempuan itu. Dan Pisau itu digunakkan untuk merobek perut Cikgu Rokiah. Darah keluar memancut-mancut, Mat Zin ketawa berdekah. Kemudian, Mat Zin toreh muka Cikgu Rokiah. Lukis dan Tulis "Mat Zin Was Here". Ikut trend masa kini.

Badan Cikgu Rokiah terdampar di lantai. Di sisinya terdapat satu nota kertas yang bertulis:

"Selamat Hari Cikgu. Terima Kasih, Cikgu Kerana Mengajar Saya Teknik Pembunuhan Upahan. Dan saya terpaksa bunuh Cikgu kerana saya telah menerima upah dari seseorang untuk cikgu mati. Yang Benar - Mat Zin"

Berakhirlah sudah riwayat pembunuh upahan terkenal yang bergelar, Rokiah Si Ros Maut.

Salam Dari Neraka


Percubaan pertama aku menyertai pertandingan antara belogger. Entah menang, entah tidak. Tak menang, takpa. Menang, Takpa. Yang penting, kita masuk.

Dan aku mahukan poskad rare Matt Groenin's Life Is Hell.

Siapa anjurkan: Tok Rimau
Kat Mana Belog Dia: http://tokrimau.blogspot.com
Entri Pertandingan Dia Mana: http://tokrimau.blogspot.com/2009/05/poskad-untuk-rebutan.html
Cara pertandingan: Pos entri blog yang anda rasa kelakar dan promo pertandingan dia kat blog sendiri.

"Tok, Saya dah promosi. Poskad bila sampai?" aku mengelap peluh bercucuran jatuh- Melaka panas la pulok.

Poyo Sangat La

Aku rasa nak daftar balik la account mikroblogging site. Terasa cam bagus lak post tajuk dan isi sikit atau tak dak isi dalam setiap entri. Kan?

Nanti aku letak kat sidebar, mudah orang lain baca. Mungkin aku daftar twitter balek. Aku dah daftar twitter balek. Jadi siapa-siapa rasa nak follow. Buleh la follow.

Follow Twitter Darkk Avakadabra: http://twitter.com/DarkkAvakadabra

Edit Untuk Info:

Bagi siapa-siapa tak tahu apa itu twitter. Sila ke site yang sudah aku sediakan link di bawah.

http://jomphp.com/jom-guna-twitter-dan-ikut-jomphp.html

Kasim Selamat

Kasim duduk termenung membaca buku itu. Hati dia tenang bila baca buku itu. Berkumit-kamit dia baca. Sekali-sekali dia merenung ke siling. Kemudian sambung kembali baca buku itu.

Suasana di rumah Kasim, tenang. Abang-abangnya sudah keluar. Mak pergi ke Pasar. Manakala, adeknya Sarifah Ain Zulaika pagi-pagi lagi telah ke sekolah.

Jadi Kasim tinggal seorang bertemankan televisyen, peti ais, dapur, almari baju, katil dan lagi-lagi barangan rumah. Yang menyebabkan sekiranya Kasim berborak, dia dianggap gila atau kurang waras kerana berborak dengan barang-barang rumah.

"Satu Kali Satu, Satu"

"Dua Kali Satu, Dua"

"Tiga Kali Satu, Tiga"

Kasim mula memperdengarkan hafalan sifirnya. Moga esok dia tidak lagi kena baca sifir dekat padang. Kasim Malu. Malu pada Sabariah. Malu pada rakan sekolah yang lain. Dia tidak mahu lagi kena denda dengan Cikgu Matematik, Cikgu Rokiah. Cikgu Rokiah sangat garang.

"Empat Kali Satu...."

Hafalan Kasim terhenti. Seketika. Dan sekali lagi dia mencuba.

"Empat Kali Satu...."

Dan gagal menyudahkan ayat yang sepatutnya dilengkapkan dengan angka yang sepatutnya. Terasa gagal dan kecewa, Kasim kembali duduk atas kerusi.

Kasim duduk termenung membaca buku itu. Hati dia tenang bila baca buku itu. Berkumit-kamit dia baca. Sekali-sekali dia merenung ke siling. Kemudian sambung kembali baca buku itu.

Perubahan Randum.

Dem. Sudah Hilang Link-Link Belog Orang Lain Secara Tidak Sengaja.

Buleh Letak Balek dok?

Malam itu, Jonet Jadi Mangsa

Tapi bukan Jonet yang lakukan. Jonet tak bersalah dalam hal ini. Arman mula pandang pada Jonet. Mata dia terpaku merenung tajam pada Jonet. Seperti ada Api dalam Mata Arman. Jonet mula menyepi. Merenung ke atas. Gaya tingkah lakunya macam orang bersalah.

Tapi Jonet tak bersalah. Jonet tahu. Jonet tak bersalah. Orang lain selalu fitnah dan tabur janji macam-macam pada Jonet. Jonet sudah biasa. Orang biasa selalu buat begitu pada Jonet. Jonet sudah biasa.

Tiba-tiba, Arman meluru pantas ke arah Jonet. Tangan dia sudah berada dalam posisi karate. Dan.. Hiayah!! dan ikuti dengan Aduyai!!

"Kenapa kau pukul aku?" Jonet bersuara dalam sakit. Sambil mengosok-gosok kepala botaknya. Sudah hilang seri kepalanya.

Tika itu, Arman sedang mengurut tangannya digunakan untuk kareta kepala Jonet. Sakit lepas karate masih terasa. Apabila selesai mengurut, Arman mula menggerakkan bibirnya dan peti suaranya mula bekerja,

"Saje.." sambil tersengih.

30 Haribulan Yang Lalu

Ingat tak yang bahawa tiap-tiap 30hb aku bertukar jadi kucing. Aku mahu tontonkan gambar bulan lepas. Masa itu tengah bercuti.

Gembira Sakan aku. Hehe

Mentaliti Seorang Anak

Aku telah mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak aku petang semalam (9/5/09). Sedangkan Hari Ibu adalah Hari Ini (10/5/09).

Persoalannya sekarang, patutkah aku mengucapkan semula Selamat Hari Ibu untuk hari ini atau membiarkannya. Aku terlampau ghairah untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu hingga tak tahu hari sepatutnya.

Adakah aku berdosa?

10,000 GET!!!

Sepi-sepi pagi. Mengasikkan semua untuk melayan mimpi. Disulami dengan Simfoni Dengkur tersendiri. Tapi, tidak bagi Marwan. Marwan tidak boleh tidur lagi.

Dalam kotak otaknya, ada satu perkara yang bermain-main di sana. Perkara penting baginya. Dia meletakkan lengannya diatas dahi. Sekali sekala, dia mengedip-ngedipkan kelompak matanya. Bermain cak-cak dengan lampu.

Kemudian, Marwan bangun berdiri. Perkara yang difikirkan, mesti diselesaikan. Tak buleh ditangguh. Jika terlambat, padah menimpa. Pintu bilik di kuak, dan dia mula...

Kencing berdiri.

"Ahh..Perkara selesai" monolog Marwan sendiri.

AKU MAHU DSLR!!!

Aku Dalam Proses Mencari Kamera DSLR untuk beginner. Jadi minta tolong siapa-siapa rekemenkan model dan brand apa yang berpatutan dalam budget RM1300.

Buleh dok?

Susan Boyle

Dia bermuka biasa, bukan biasa la. Orang kata Kodok. Huduh. Sangat Tak Lawa.

Umur 47 Tahun, Masih Dara. Apa kes. Dengar cerita siap ada Porn Production siap offer nak rakamkan aksi pecah dara dia.

Kenapa Mereka sanggup buat demikian?

Tengok Video lah ek.



P/S: Yatta, hebat juga aku mengecilkan window youtube ni. Tak sangka tapaan aku bermain coding html membuahkan hasil :D

Semi-Final UEFA

Moga Puyol dapat menyepak muka Ronaldo nanti. Man Utd? Aku anti sangat.

Hudup

Tulis entri kat facebook pun seronok juga.

Kira macam unpublished work yang dah dipublish.

*Muka Senyum*

Dulu, Sekarang & Nanti

Dulu, aku pernah cinta Lily. Sayang pada Lily. Dulu aku pernah bawak kereta terbabas masuk semak, semata-semata nak balas SMS Lily. Dulu, Aku pernah jadi secret admirer, kasi teddy bear senyap-senyap untuk Lily. Tapi itu semua Dulu.

Sekarang, cupid-cupid cinta aku telah lari jauh, Terbang entah ke mana. Sekarang, rasa bodoh jadi setia. Sekarang, Lily dan aku masih berkawan, Aku selesa berkawan dengan Lily. Sekarang, perasaan ghairah mahu bercinta sudah tiada. Tapi itu semua Sekarang.

Nanti, mungkin Lily suka pada aku, tapi aku sudah bertunang dengan supermodel entah mana-mana aku kenal. Nanti, mungkin Lily berkahwin dan mempunyai anak perempuan yang comel, sesuai dijodohkan untuk isteri nombor empat aku. Nanti, mungkin Lily bahagia dengan suaminya, tapi aku masih sendiri dan mati menyepi. Tapi itu semua Nanti.

Akan tetapi,

Kita abaikan Dulu dan Nanti. Fokus kepada Sekarang. Yang Dulu kita jadikan sejarah dan Yang Nanti kita jadi kan target. Sekarang aku mahu ucapkan selamat menjalani peperiksaan yang mendatang untuk Lily. Sila jangan salin jawapan sahaja. Baca, dan abaikan malas mu. Gamabatte bak kata Orang Beseroh.

Avakadabra: Hidup Itu Randum

26/10/2008 - 03/05/2009

Sony Vaio P: Kecil Dan Berkuasa

Sony Vaio P: Kecik Tetapi Berkuasa

Mungkin Aku baru tahu bahawa Sony telah mengeluarkan Vaio Terbaru nya digelar Vaio P. P merujuk kepada "Pocket". Ya. Poket. Kecil Sehingga muat masuk Poket belakang. Tak percaya? Buleh Google.

Sangat Kecil. Muat poket belakang tu beb. Senang Nak Cilok.

Tapi apa lah sangat dengan Vaio Kecik Muat Poket belakang. Kalau Sony buleh buat, yang lain pasti boleh buat juga. Tak percaya? Buleh Google.

Laptop gedabak IBM pun boleh buat la. Apatah lagi desktop...

Pasti tak mahu kalah.

Reviu Cincai: The X-Men Origin: Wolverine

Tengok pada hari rabu hari itu. First day screening.

Overall: Cam Sampah. Jalan cerita kucar-kacir. Efek Tiptop.

Tapi awek Wolverine itu sangat Hot.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails