Pages

What A Day

HAHA..I M NO MOOD TO WRITE IN ENGLISH

Kebiasannya aku cuba menulis dalam bahasa inggeris. Tetapi tidak kali ini, mungkin aku malas hendak memikirkan ayat atau term2 dalam bahasa orang putih ini. Haha..

Minggu yang membosankan sedang dijalani. Study Week. Minggu untuk kami semua belajar menantikan paper exam yang bakal jalani minggu hapadan. Aku masih buat dek je. Malas..Malas..Malas..Malas..itu yang aku hadapi sekarang ini. Aku rela menatap monitor PC ku sepanjang hari walaupun tidak tahu apa hendak di"google"kan.

Aku mulakan hari aku dengan bangun pukul 8 pagi. Ah, kelihatan Gossip Girl Season 2 Episode 7 yang aku download semalam sudah siap. Damn, makan satu malam untuk menunggu ianya siap.
Dah la, aku tersalah download episode Heroes. Rugi letrik rumah je tunggu satu hari. Aku terus mencari subtitle untuk Gossip Girl tersebut. Bukan lah aku tak power BI nye. Tapi Mat Saleh ini cakap laju sangat. Aku malas nak dengar satu per satu. Lagi pun, ni bukan nya Listening Test. Lalala..

Selepas mencari dan menjumpai subtitle berkenaan, aku membunuh masa ku dengan Gossip Girl. Ah, kecomelan karakter Blaire membuatkan aku sedikit teruja. Hehe, biasalah..lelaki. Sape la teruja tengok gadis comel cun ni. Kecuali manusia itu gay atau pun takda nafsu. Sudah selasai menonton, aku melihat jam PC ku. Baru pukul 9pagi. Perut sudah berbunyi. Biar lah ia berbunyi rock n roll sekali pun. Akan ku tahan. Kerana wallet ku sudah nipis. Jika makan pagi, tengah hari nak kena makan lagi. Makan malam lagi.

Aku meneruskan aktiviti membunuh masaku dengan membuka friendster. Ya, friendster. Aku ada friedster. Add la aku sementara aku buka keahlian untuk semua. Biasanya aku akan menyusahkan ahli sosial yang lain. OneManga website yang seterusnya. Aku mencari-cari manga apa yang hendak aku khatamkan. Oh ya, sudah lama aku ingin membaca 20th Century Boys tetapi tidak berkesempatan. Hampir sejam lebih juga aku melayari OneManga. Aku menatap lagi jam yang menunjuk pukul 10pagi. Sudah tiba masa untuk mandi dan keluar makan.

Sesudah bersiap, aku keluar makan. Sesudah makan, aku terfikir. Alang-alang dah kuar ini. Pekata aku pegi service skuter ini, lagi pun tayar skuter ini dah lama botak. Agak membahayakan aku dan para penumpang. Lalu aku meluncur laju ke arah kedai motor yang berhampiran Stesen Minyak Petronas Bukit Beruang.

Sampai di sana, aku mengarahkan pomen di sana menukar minyak hitam dan minyak gear sekali. Tidak lupa juga, tayar skuter ku yang botak. Lalu aku duduk dan membuka paper yang sempat aku beli di Stesen Minyak tadi. Sedang aku khusyuk membaca, tiba-tiba:

Pomen: Boss, Tayar ne nak tukar jenama apa?
Aku: Yang dulu tu jenama ape?
Pomen: FTR
Aku: Berapa harge?
Pomen: RM63
Aku: RM60 dah la..
Pomen: Kalo nak murah, ambek jenama Viva la.

Adus, Viva. Sudah serik aku dengan jenama itu. Dulu, aku pakai tak sampai 2 minggu dah rosak.

Aku: Ha, boleh la FTR..

Kan ku teruskan dengan menatap paper kembali. Agak sudah lama aku tidak membaca surat khabar kerana dengan adanya internet, tidak perlu bayar lebih XD

Tiba-tiba aku tersentak kembali, kerana panggilan pomen itu. Adeh..buang karan tul..baru je nak baca berita sukan.

Pomen: Ada apa-apa lagi?

Aku termenung memikirkan apa lagi yang rosak. Ah ya, lampu depan belah kanan. Sudah 3 bulan terbakar. Dan aku biarkan sahaja.

Aku: Ha, lampu depan terbakar. Tukar ah.

Pomen meneruskan kerjanya menukar lampu depan skuter ku. Aku melihat sahaja. Pomen itu bertukus-lumus mencabut lampu itu. Benak dalam fikiran ku, ah...payah juga untuk menukar lampu. Kalau aku la, mesti aku dah malas dah buat.

Aku: Ha, berapa semua sekali?
Pomen: Semua sekali RM99.

HA? aku tergaman. kurang seringgit je lagi nak seratus. Apasal die tak cakap seratus je. Habiskan terus duit yang aku baru cucuk ni.

Aku:RM95 la..
Pomen: Tak boley la boss..u semua pakai yang high grade punya..
Aku:RM96?..
Pomen: Tak boley..ni last cincai..RM97..

Dengan tak berape ikhlas hati nya. Aku terpaksa bersetuju. Kenapa la daya jual beli dan bodek menbodek aku ini tidak sehebat mak aku. Senang aku bawak je mak aku datang. Biar dia deal.

RM97 sudah melayang. Kalau dikira dengan duit makan tadi, aku sudah habiskan RM100 lebih untuk hari ini. Alangkah nikmat nya kalau aku gunakan duit tersebut untuk toup up World of Warcraft. Sudah tentu aku tidak tidur malam lagi. Tapi apakah daya, keselamatan aku dan para penumpang harus aku utamakan. Dan juga harta benda harus lah di jaga. Tanpa skuter ku, tidaklah aku meronda-ronda di Melaka ini.



Nouvo S dalam imaginasi Pengarang

2 comments:

whoami said...

ehhe.. kalu aku aku pakai basa campur jer.. memang pun slalu amek masa lama nk tulis bi dari bm.

Darkk said...

hehe..tu la pasal..
saje nk ubah..
ade terpengaruh ngn rakan-rakan sebaya hhuuu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails