Sedar tak sedar , bulan syawal telah meninggalkan kita. Bulan keramaian, bulan kejayaan. Pasti korang semua tak boleh dah pasni pegi Open House atau dalam bahasa malaysianya rumah terbuka. Tak dapat dah nak makan macam ular sawa pasni. Hehehe..(aku la tu biasa buat).
Eh, ada lagi ke umat manusia bagi duit raya untuk raya ke 20 ke atas? Setakat ni, tak dak lagi aku tengok. Jadi, apa kata korang mengamalkan tradisi beri duit raya pada raya ke 20 dan keatas. Korang leh start bagi kat aku dulu. Dan pasti kan duit raya itu RM10 dan keatas. Nak lebih afdal. Beri duit ikut Hari Raya Ke Berapa. Cam Hari Raya ke 10, korang bagi la RM10, Kalo ke 12 bagi la RM12.. Hahaha..
Aku pun sebenarnya tak perasaan hari ini, hari last raya. Itu pun kebetulan, housemate aku tanya, kenapa aku pakai baju melayu lengkap tanpa bersamping? Secara spotan, aku jawab hari ni last raya Ya, itu lah persoalannya. Kenapa hari ini jugalah tiba aku terasa nak pakai baju melayu? Buang tebiat. Agak nya.
Aku rasa ramai gak yang tak perasan hari ni last raya. Budak IPTA konfirm dah tak ingat raya.Al-Maklum la, sekarang kan musim final. Semua duk pakat layan buku. Komik, Manga, Mangga, Mastika dan lain2 lagi, semua diorang dah tolak tepi. Dah tak de masa nak layan semua tu. Masa ini lah baru sedar pen takde, pembaris hilang, nota tak lengkap. Muka mesti gabra. Dan yang hanya tersengih, tokey joko buku dan alat-alat tulis.
Aku? Hanya mampu tersenyum dan tersengih apa bila diajukkan soalan-soalan seperti berikut:
Ko bile nk stadi?
Ko tak ambek final ke?
Gile kencang ah ko, ko xstadi ke?
Ko drop final ke?
Lebih kurang la camtu soalan-soalan yang aku terima. Bukannya aku tak nak study tapi masalahnya seru tak sampai lagi. Mungkin esok lusa. Mungkin kejap lagi, 2 jam lagi. Sapa tahu? Hehe.
Berbalik kepada pasal raya last ni, apa korang tengah buat? Ada lagi ke orang buat rumah terbuka time2 last ni? Ke ada yang baru niat nak pose sunat 6 tapi tengok-tengok bulan syawal dah abes? Dan macam-macam lagi ada ke?
Komen di alu-alukan
1 comment:
sile2...
Post a Comment