Berbekalkan Roti Krim Double Creme Apple & Cream High5, aku menulis entri kali ini. Ah mengapa aku kekurangan idea untuk menulis secara tiba-tiba. Tadi dalam toilet, bukan main lagi idea mencurah-curah. Mungkin gerangan tuan empunya hanphone berkamera sudah tidur, jadi nya aku membatalkan niat aku untuk memperlihatkan koleksi kad magic the gathering aku. Boleh saja aku mengunakan hanphone beliau tetapi aku tidak tahu di mana kabel usbnya.
Mata masih cerah. Hendak saja aku berasap tetapi angin dalam badan tidak lagi hilang. Aku marah betul dengan penyakit angin ku ini. Bila kembung di perut, ku urut-urut. Angin tu pindah ke belakang. Bila urut di belakang, angin itu pindah ke bahu. Hendak saja ku urut ke dubur. Biar pindah ke bawah lalu keluar bersama luncai dan labu-labu nya. Tapi malang, tanganku bukan la plastik Giant. Boleh dibentuk, digumpal.
Aku mula membuka website berita online. Mencari idea untuk menyudahkan entri kali ini. Ah, terjumpa satu link yang menarik hati. Ada kaitan dengan kawan aku.
*gambar ini dicilok oleh bernama darkk*
Gambar di atas merujuk kepada jenis-jenis kotak rokok yang bakal diguna pakai tahun hadapan. 40% bahagian depan kotak akan memaparkan gambar kengerian akibat merokok. Dan di belakang kotak, 60%.
Wah, ini sudah bagus. Ini boleh menimbulkan rasa ngeri kepada perokok-perokok di Malaysia. Tapi tak tahu la kalau memang mereka ini mempunyai idea yang lain pula. Seperti menyuruh auntie kedai membalut kotak rokok dengan surat khabar atau pun hanya membeli rokok dan kotak xyah, bungkus buat pegi mekah..(ayat member aku..pe bende la kaitan bungkus dengan pegi mekah). Bagi aku, kotak rokok tahun hadapan memang mengerikan. Memang aku tak pegi belinya pasni. Suh kawan beli, pastu pau. Haha..
Haha..pinjam "Apakah?" dari Mahaguru Hajime. Jangan marah ye.
Sedar tak sedar , bulan syawal telah meninggalkan kita. Bulan keramaian, bulan kejayaan. Pasti korang semua tak boleh dah pasni pegi Open House atau dalam bahasa malaysianya rumah terbuka. Tak dapat dah nak makan macam ular sawa pasni. Hehehe..(aku la tu biasa buat).
*sesi mengceduk makanan di salah satu rumah terbuka*
Eh, ada lagi ke umat manusia bagi duit raya untuk raya ke 20 ke atas? Setakat ni, tak dak lagi aku tengok. Jadi, apa kata korang mengamalkan tradisi beri duit raya pada raya ke 20 dan keatas. Korang leh start bagi kat aku dulu.Dan pasti kan duit raya itu RM10 dan keatas. Nak lebih afdal. Beri duit ikut Hari Raya Ke Berapa. Cam Hari Raya ke 10, korang bagi la RM10, Kalo ke 12 bagi la RM12.. Hahaha..
Aku pun sebenarnya tak perasaan hari ini, hari last raya. Itu pun kebetulan,housemateaku tanya,kenapa aku pakai baju melayu lengkap tanpa bersamping? Secara spotan, aku jawab hari ni last rayaYa, itu lah persoalannya. Kenapa hari ini jugalah tiba aku terasa nak pakai baju melayu? Buang tebiat. Agak nya.
*gambar baju melayu dan awek itu sebagai hiasan sahaja*
Aku rasa ramai gak yang tak perasan hari ni last raya. Budak IPTA konfirm dah tak ingat raya.Al-Maklum la, sekarang kan musim final.Semua duk pakat layan buku. Komik, Manga, Mangga, Mastika dan lain2 lagi, semua diorang dah tolak tepi.Dah tak de masa nak layan semua tu. Masa ini lah baru sedar pen takde, pembaris hilang, nota tak lengkap. Muka mesti gabra. Dan yang hanya tersengih, tokey joko buku dan alat-alat tulis.
Aku? Hanya mampu tersenyum dan tersengih apa bila diajukkan soalan-soalan seperti berikut:
Ko bile nk stadi? Ko tak ambek final ke? Gile kencang ah ko, ko xstadi ke? Ko drop final ke?
Lebih kurang la camtu soalan-soalan yang aku terima. Bukannya aku tak nak study tapi masalahnya seru tak sampai lagi. Mungkin esok lusa. Mungkin kejap lagi, 2 jam lagi. Sapa tahu? Hehe.
*adakah ini seru yang aku cari ataupun ini adalah tanda seru?*
Berbalik kepada pasal raya last ni, apa korang tengah buat? Ada lagi ke orang buat rumah terbuka time2 last ni? Ke ada yang baru niat nak pose sunat 6 tapi tengok-tengok bulan syawal dah abes? Dan macam-macam lagi ada ke?
World of Warcraft surpasses 11 million suscribers worldwide
IRVINE, Calif. - October 28, 2008 - Blizzard Entertainment, Inc. announced today that the subscribership for World of Warcraft®, its award-winning massively multiplayer online role-playing game (MMORPG), now exceeds 11 million players worldwide. This milestone was reached as the beta test for Wrath of the Lich King®, World of Warcraft's second expansion, nears completion. Wrath of the Lich King will launch in several regions around the world starting on November 13.
"It's been very rewarding to see gamers around the world continue to show such strong support for World of Warcraft," said Mike Morhaime, CEO and cofounder of Blizzard Entertainment®. “We remain fully committed to responding to that enthusiasm with a high-quality, constantly evolving game experience.
Since debuting in North America on November 23, 2004, World of Warcraft has become the most popular MMORPG around the world. It was the bestselling PC game of 2005 and 2006 worldwide, and finished behind only World of Warcraft: The Burning Crusade®, the first expansion pack for the game, in 2007.* In addition to being the bestselling PC game of 2007 in both North America and Europe, The Burning Crusade holds the record for fastest-selling PC game of all time, with nearly 2.4 million copies sold in its first 24 hours of availability and approximately 3.5 million in its first month.
World of Warcraft was recently launched in Russia and Latin America, and is currently available in eight languages. In addition to North America and Europe, the game is played in mainland China, Korea, Australia, New Zealand, Singapore, Thailand, Malaysia, Chile, Argentina, and the regions of Taiwan, Hong Kong, and Macau.
To keep pace with the continued growth of World of Warcraft as well as development on other Blizzard Entertainment games, the company is currently hiring for numerous open positions. More information on available career opportunities at Blizzard Entertainment can be found at www.blizzard.com/jobs.
For further information on World of Warcraft, The Burning Crusade, and Wrath of the Lich King, please visit the official website at www.worldofwarcraft.com.
Customizationatau pun dalam bahasa Melayu yang aku rasa kan maksud dia adalah pengubahansuaian mengikut citarasa sendiri, mengubah apa yang default mengikut citarasa masing-masing. Hehe..entah la. Aku pun main tibai je.
Akibat kebosanan di malam ini, aku telah mengubah sesuatu yang aku rasa kan sudah lama tidak diubah. Kerana dek kebosanan, aku mengubah. Apa yang aku ubah?.. Pasti kalian tertanya-tanya. Sabar semua. Kita akan go thourgh semua. Usah Bimbang. Aduh..mengapa aku berbahasa baku? dan mengapa aku mengulang ayat yang membawa maksud yang sama.Geli sungguh aku membaca semua ini. Sungguh pun aku yang menaipnya. Aku tetap berasa geli. Geli hingga rasa hendak mengeletek orang.
Ah..sudah..okay..XD
Kita akan pergi kepada pengubahsuaian pertama yang aku lakukan pada malam ini iaitu aku telah mengubah suai desktop PC Morning Musume aku kepada yang sesuatu lebih abstrak (aku rase abstrak la..).
*theme beruang naik ke atas*
Ha.ini lah pengubahsuaian yang telah aku lakukan. Aku telah menukar wallie Ai Takahashi aku kepada beruang yang terbang. Cute tak?..Aku rase tak sebab cuba perhatikan bakul yang sangkut dekat kaki beruang tu. Ada sebakul tengkorak. Menakutkan kan?kan?kan? Ya..di sebabkan itu lah aku memilih wallie ini sebagai theme desktop aku.
Kurang icon atau shorcut dalam desktop aku? Pebarang shorcut kalau sudah pa~waakeyboard shortcut. Setakat nak bukak My Computer. Hanya tekan Ctrl + e sudah jadi. Hehe, sebenarnya aku ada shorcut yang lain. Cuba perhatikan di taskbar, berhampiran jam. Di situ lah aku sorok kan shorcut-shorcut yang lain.
Taskbar di atas menunjukkan aku ingin menjadi lain dari yang lain. Korang xbosan ke taskbar kat bawah? Aku da..Sejak darjah 2 lagi aku jumpa taskbar kat bawah. So, aku membawa kelainan kepada PC aku ni. Aku juga mengunakan taskbar classic supaya kena dengan theme. Rase nostalgia sket.
Hehe..aku juga telah mengubah suai blog aku ini. Cuba perhatikan di sidebar. Sudah ku tambahkan beberapa item yang menarik. Link-link kegemaran ku, sedikit susun atur dan yang paling ketara sekali adalah shoutbox. Lepas ini, korang boleh la shout kat situ. Bosan-bosan boleh jenguk-jenguk blog aku. Mana tahu boleh bertemu jodoh ke dalam shoutbox..wahaha..
Mungkin aku akan ubai suai lagi blog ini supaya jadi lebih interaktif. Jadi, selalu-selalu lah menjenguk ruang ini.
Kebiasannya aku cuba menulis dalam bahasa inggeris. Tetapi tidak kali ini, mungkin aku malas hendak memikirkan ayat atau term2 dalam bahasa orang putih ini. Haha..
Minggu yang membosankan sedang dijalani. Study Week. Minggu untuk kami semua belajar menantikan paper exam yang bakal jalani minggu hapadan. Aku masih buat dek je. Malas..Malas..Malas..Malas..itu yang aku hadapi sekarang ini. Aku rela menatap monitor PC ku sepanjang hari walaupun tidak tahu apa hendak di"google"kan.
Aku mulakan hari aku dengan bangun pukul 8 pagi. Ah, kelihatan Gossip Girl Season 2 Episode 7 yang aku download semalam sudah siap. Damn, makan satu malam untuk menunggu ianya siap. Dah la, aku tersalah download episode Heroes. Rugi letrik rumah je tunggu satu hari. Aku terus mencari subtitle untuk Gossip Girl tersebut. Bukan lah aku tak power BI nye. Tapi Mat Saleh ini cakap laju sangat. Aku malas nak dengar satu per satu. Lagi pun, ni bukan nya Listening Test. Lalala..
Selepas mencari dan menjumpai subtitle berkenaan, aku membunuh masa ku dengan Gossip Girl. Ah, kecomelan karakter Blaire membuatkan aku sedikit teruja. Hehe, biasalah..lelaki. Sape la teruja tengok gadis comel cun ni. Kecuali manusia itu gay atau pun takda nafsu. Sudah selasai menonton, aku melihat jam PC ku. Baru pukul 9pagi. Perut sudah berbunyi. Biar lah ia berbunyi rock n roll sekali pun. Akan ku tahan. Kerana wallet ku sudah nipis. Jika makan pagi, tengah hari nak kena makan lagi. Makan malam lagi.
Aku meneruskan aktiviti membunuh masaku dengan membuka friendster. Ya, friendster. Aku ada friedster. Add la aku sementara aku buka keahlian untuk semua. Biasanya aku akan menyusahkan ahli sosial yang lain. OneManga website yang seterusnya. Aku mencari-cari manga apa yang hendak aku khatamkan. Oh ya, sudah lama aku ingin membaca 20th Century Boys tetapi tidak berkesempatan. Hampir sejam lebih juga aku melayari OneManga. Aku menatap lagi jam yang menunjuk pukul 10pagi. Sudah tiba masa untuk mandi dan keluar makan.
Sesudah bersiap, aku keluar makan. Sesudah makan, aku terfikir. Alang-alang dah kuar ini. Pekata aku pegi service skuter ini, lagi pun tayar skuter ini dah lama botak. Agak membahayakan aku dan para penumpang. Lalu aku meluncur laju ke arah kedai motor yang berhampiran Stesen Minyak Petronas Bukit Beruang.
Sampai di sana, aku mengarahkan pomen di sana menukar minyak hitam dan minyak gear sekali. Tidak lupa juga, tayar skuter ku yang botak. Lalu aku duduk dan membuka paper yang sempat aku beli di Stesen Minyak tadi. Sedang aku khusyuk membaca, tiba-tiba:
Adus, Viva. Sudah serik aku dengan jenama itu. Dulu, aku pakai tak sampai 2 minggu dah rosak.
Aku: Ha, boleh la FTR..
Kan ku teruskan dengan menatap paper kembali. Agak sudah lama aku tidak membaca surat khabar kerana dengan adanya internet, tidak perlu bayar lebih XD
Tiba-tiba aku tersentak kembali, kerana panggilan pomen itu. Adeh..buang karan tul..baru je nak baca berita sukan.
Pomen: Ada apa-apa lagi?
Aku termenung memikirkan apa lagi yang rosak. Ah ya, lampu depan belah kanan. Sudah 3 bulan terbakar. Dan aku biarkan sahaja.
Aku: Ha, lampu depan terbakar. Tukar ah.
Pomen meneruskan kerjanya menukar lampu depan skuter ku. Aku melihat sahaja. Pomen itu bertukus-lumus mencabut lampu itu. Benak dalam fikiran ku, ah...payah juga untuk menukar lampu. Kalau aku la, mesti aku dah malas dah buat.
Aku: Ha, berapa semua sekali? Pomen: Semua sekali RM99.
HA? aku tergaman. kurang seringgit je lagi nak seratus. Apasal die tak cakap seratus je. Habiskan terus duit yang aku baru cucuk ni.
Aku:RM95 la.. Pomen: Tak boley la boss..u semua pakai yang high grade punya.. Aku:RM96?.. Pomen: Tak boley..ni last cincai..RM97..
Dengan tak berape ikhlas hati nya. Aku terpaksa bersetuju. Kenapa la daya jual beli dan bodek menbodek aku ini tidak sehebat mak aku. Senang aku bawak je mak aku datang. Biar dia deal.
RM97 sudah melayang. Kalau dikira dengan duit makan tadi, aku sudah habiskan RM100 lebih untuk hari ini. Alangkah nikmat nya kalau aku gunakan duit tersebut untuk toup up World of Warcraft. Sudah tentu aku tidak tidur malam lagi. Tapi apakah daya, keselamatan aku dan para penumpang harus aku utamakan. Dan juga harta benda harus lah di jaga. Tanpa skuter ku, tidaklah aku meronda-ronda di Melaka ini.