Pages

Siri Berbual Dengan Kalendar

"Eh, dah sampai mase ke? Lek ar dlu"

"Eh, tak buleh. Dah nak expired dah ni"

"Ala, lek ar dulu. Minum kopi ke teh tarik ke.."

"Tak buleh la. Dulu masa awal-awal ko tak nak ajak."

"Alah, dulu awal-awal tak biasa lagi. Sekarang dah kacik. Mari la"

"Mintak maaf la geng. Aku kena pergi ni"

"Ala jangan ar pergi dulu. Nanti aku rindu kat ko"

"Tak pe la. Ko mesti tak rindu kat aku nye"

"Pasal apa lak tak rindu?"

"Nanti ko dapat pengganti aku. Mesti ko enjoy dengan dia"

"Tapi ko tak sama dengan pengganti ko"

"Takpe, ko boleh biasakan dengan dia. Jangan bimbang"

"Erm..baiklah. Ko jaga diri okeh. Jangan nakal-nakal."

"Ko gak"

"Selamat Tinggal"

"Selamat Tinggal. Sayonara"

Aku dengan pantas mengoyakkan kertas kalendar yang tertera 31hb Disember 2008. Esok dah masuk tahun baru. 1 Jan 2009. Buat apa untuk tengok yang lama. Usah dikenang tarikh yang bakal pergi. Aku menatap sayu kertas itu. Tanda perpisahan.

Tiba-tiba telinga ku berdesing. Bingit. Kepala Pening. Rasa Nak Pitam.

"DEY TAMBI, APA U BIKIN? U KOYAK KALENDER I. APA U IGT KITA DUA ADA SHARE BELI INI KALENDA KA?" jerit Si Mamak.

"KALO NAK KOYAK PUN, TUNGGU LA ITU PUKUL 12, NI BARU PUKUL 3 PETANG" sambung beliau lagi.

Aku tertunduk malu. Rasa cam tampal balik kalendar mamak tu.

"Err..Teh Tarik Satu"

...

*Aku dah makin malas nak tulis blog. Makin lama makin ngarut. Rasa nak jual je blog ni. Sapa nak beli?

Update Secara Rocket II

Baru sampai di Melaka ada orang Buzz Y!M suh update blog. Sori tukang Buzz. Update Kopi Pasta buleh pakai dok?

Cerita 1

Aminah merenung batang yang menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit...

"Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..

Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti.

Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk "bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."

Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu ...

"cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas" Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.

Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar "Come on baby, lets make it..."..katanya berulang-ulang kali tanpa henti...

Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.

Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam gelap.

Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.

Azam & Resolusi

Tahun baru? Ya. Kita tidak lama lagi akan menyambut tahun yang baru iaitu tahun 2009. Tapi apakah saudara - saudari pembaca sekalian menyedari bahawa hari ini bermulanya tahun baru bagi tahun islam. Ya, mesti la sedar. Sebab hari ini cuti. Haha. Lagi nikmat kalau cuti maal hijrah ini dipanjangkan terus dengan cuti tahun baru. 29, 30, 31, 1 Cuti. Kan lagi menarik. Nak menarik lagi terus bersambung dengan Cuti Tahun Cina yang bakal disambut hujung bulan Januari nanti. Apasal tak sambung terus dengan Cuti Tahun Baru 2010? Diam.

Sebut pasal tahun baru ini, masing-masing ada resolusi masing-masing. Nak berhenti rokok la, nak kawin, simpan duit pegi umrah dan macam-macam lagi. Semuanya arah ke kebaikan. Tak pernah pula dengar "Saya nak jadi perompak yang tak kantoi" apabila ditemuramah Wartawan. Semua nak jadi baik depan media. Haha.

Azam, aku masih ingat lagi berkenal dengan nya. Ketika itu aku masih kecil lagi naif. Apa itu Azam? Aku terpinga-pinga. Adakah azam ini bermaksud mesin tikam putar-putar? Kereta Tamiya 4wd. (Zaman aku audley tak glamer lagi)? Atau pun Mesin Panchinko? Haha..tidak. Azam ini sejenis manusia yang mengaku pensel aku hak milik dia. Aku memang panas hati dengan beliau. Sampai sekarang aku rasa dia ada hutang dengan aku. Eh, budak tu nama Azam ke Amzar ar? Aku rasa Azam Amzar Ahad kot.

Aku tak suka nak berazam dan beresolusi ini. Akibat nya aku tak buat. Sebab terlampau bersemangat membara. Lama-lama bara jadi abu. Hapa tak buat pun layu. Semangat tah ke mana. Azam tah ke mana. Hangat hangat tahi ayam lama-lama bercantun jua. Aku ini jenis yang ikut keadaan. Kalau sesuai keadaan, aku buat la. Kalau tak, tak buat. Contoh termudah, macam blog ini, mula-mula ja aku rajin tulis. Lama kelamaan makin malas. Bukan malas la sebenarnya. Ada komitmen lain. Jadi tumpuan terhadap blog ini makin kurang.

Secara Hiprokirt nya, jika ada orang bertanya apa azam aku. Aku akan menjawab dengan selamba nya, aku nak kurangkan berat badan. Tapi ini memang serius. Mak aku cakap kalau tak kurus, dia malas nak cari jodoh untuk aku. Dem, aku dah la pemalas bab jodoh-jodoh ni. Nak tak nak terpaksa. Azam yang seterusnya? Aku nak ada satu portable gaming console. Apakah itu? Bunyi cam mainan budak-budak. Memang. Memang Khas untuk permainan budak-budak. Budak-budak yang ada duit. Budak-budak tak dak duit memang tak leh main. Apa seronoknya konsol permainan mudah alih ini? Buleh digunakan di waktu pejabat. Itu yang penting.

Secara konklusinya, aku dapat merumuskan bahawa entri aku kali ini bersifat membosankan, mengantuk dan tidak mempunyai apa-apa mesej menyokong slogan "Belia Benci Dadah". Entri ini sekadar memberi idea kepada blogger yang lain yang belum membuat entri pasal Azam Si Pencuri Pensel. Contoh:

"Azam Seorang Azam Si Pencuri Pensel Azam berazam untuk mencuri pensel Azam yang berazam dengan Azam.....(tidak melebihi pembaris panjang 1 meter)"

Akhir kata dari seorang yang bakal menghabiskan cuti, Selamat Menyambut Maal Hijrah dan Tahun Baru 2009.

p/s: sori tak best lak entri kali ini. Penat pulang dari Seoul tak hilang lagi.

Santa Claus

"Tulisan Kreatif dan Inovatif akan berehat selama beberapa hari demi memberi laluan kepada Sambutan Hari Natal."

Seluruh dunia mulai kecoh dengan pembunuhan Santa Claus. Mike yang sedang asyik mendengar lagu, terpinga-pinga dengan berita pembunuhan itu. Di Dalam Benak Fikirannya, hanya satu perkara terlintas; Bagaimana pembunuhan terjadi?

Mike meletakkan headsetnya. Lagu "Aitakatta" dari AKB48 semakin sayup kedengaran. Apakah yang harus dilakukan? Mike bertemenung sekali lagi. Mendongak ke langit. Salji bercucuran jatuh.

Kembali berdiri. Mike mengenakan kembali headset. Menukar lagu. Mencari lagu berentak yang lebih rancak. Supaya dapat menghilangkan kesedihannya.

Berita Pembunuhan Santa Claus. Sana sini. Mereka asyik membincangkannya. Akhbar Tabloid tak henti-henti mengeluarkan berita mengenai dari semasa ke semasa.

Selamat Hari Natal kepada Umat yang menyambutnya. Aku tak Sambut, Aku Sambut Cuti je. Anda Bagaimana?

p/s: saja kasi saspen dan intro panjang-panjang. Amacam? Ada gaya penulis cerita seram tak?

Penjaga Keamanan Dunia

Ah, Tak dak Kaler Hijau. Aku suka yang tuh.

Maskman, kalo nak bertukar mesti ada corak tangan

Sanggup Ponteng Sekolah Semata-mata nak tengoh Flashman

Apa yang berlaku sekiranya anda adalah seorang penjaga keamanan dunia seperti Power Rangers, Flashman, Maskman, Go Go Engine Sentai dan lain-lain. Mesti dunia akan aman bukan? Mesti. Nama pun penjaga keamanan dunia. Jadi, mesti lah menjaga keamanan dunia. Takkan lah menjaga keamanan Bush? Itu penjaga keamanan Bush. Haram. Tapi dia hebat mengelak balingan kasut. Aku mengelarkan elakkan itu, "Elakkan Maut Tanpa Bayang Peringkat Balingan Kasut".

Ah, berbalik kepada penjaga keamanan dunia. Tugas mereka amat berat. Mereka tiap-tiap minggu terpaksa berlawan dengan anasir-anasir luar yang cuba mengugat keamanan dunia. Dalam satu hari juga mereka terpaksa berlawan 2 kali dengan raksasa yang sama. Tak cukup dengan saiz normal, Saiz XXL pun harus ditentang demi kesejahteraan kita bersama.

Mereka pasti penat dengan kerja-kerja seperti begitu. Kita pun tidak lari dengan kepenatan selepas bekerja. Nak-nak lepas makan tengah hari. Pasti lebih syok kalau dapat tidur. Makan Tengah + Tidur = Nikmat Tak Terkata. Adakah Power Ranger a.k.a penjaga keamanan dunia juga seperti kita? Ya, mereka juga manusia. Manusia tetap sama dengan manusia.

Akan Tetapi, Nasihat kepada Power Rangers. "Tukor lu Baju Biasa gok dulu. Buruk beno tidor paka baju keje."

"APAKAH ??!!" ; Hajime mungkin berkata begitu

*Ketika mengadakan perbincangan dan musyawarah bersama Encik Hajime, beliau telah mengeluarkan pendapat tentang gambar di atas. Dada tidak bergerak. Baju bersih. Itu menunjukkan Power Ranger di atas sudah pun meninggal dunia selepas berlawan dengan rakasasa dobi.

*Ini bermakna satu jawatan kosong perlu diisi. Kepada siapa yang berminat untuk menjadi Power Ranger kaler Biru, sila faxkan resume' anda ke nombor yang tertera dibawah ataupun anda boleh emel kepada "hrdeparment [dot] powerrangers [dot] org. Sekian, harap maklum.

Kekayaan & Kemewahan adalah Makanan

"Popertiy"

"Bukan"

"Puberity"

"Bukan"

"Property"

"Hmm..bukan"

"Propestiry?"

"Pun Bukan"

"Ermm...Phopusrity"

"Salah"

"Dah tu?"

"Cari sendiri"

Dem. Nak makan burger Mcd baru pun payah. Yang aku ingat maknanya. Ah, itu pun aku tak berapa pasti. Nanti malu pula kalau tersalah sebut di kaunter nanti. Jatuh maruah aku sebagai jejaka berkaliber lagi berstatus tinggi. Kalau order pakai tunjuk-tunjuk pun segan. Maruah beb. Maruah. Mana nak letak. Ah, maruah letak tepi. Status abaikan. Biar perut kenyang. Tapi takkan semurah itu maruah aku. Dem, apa nak jadi. Jadi lah. Takkan nak masuk kelas BI kut.

"Akak, bagi saya burger "Kekayaan dan kemewahan""

"Pttff...WHAHAHA"

Lepas itu, aku rasa nak minum kopi cap kapal api. Biar terbang ke bulan.

Fakta Cuci Motorsikal

Kenapa Mencuci Motorsikal Lebih Baik Dari Berkhalwat


Kelihatan dua kerusi kereta sedang berdua-duaan. Adakah mereka sedang berkhalwat?


Karnival Cuci Motoriskal di belakang rumah

Berikut adalah 10 Hujah yang dikemukakan
  1. Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.
  2. Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.
  3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin apabila disabunkan.
  4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokoktanpa sesiapa yang tak puas hati.
  5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencucimotor.
  6. Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpaemak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.
  7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.
  8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.
  9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda. Malah diberikan bonus sekiranya mencuci motor majikan sekali.
  10. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.
p/s: hari ini, aku rasa sedeh sangat sebab hiro nakamura dah hilang kuasa dia. why tim kring? why??!!!...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails