Pages

Perkhidmatan Sempena Syawal!

Anda terliur dengan kehebatan rakan anda men'tag' anda di fesbuk dengan kad raya hasil photoshop sendiri? Anda mahu buat juga tetapi anda tak reti sampai terfikir nak beli kad raya dan hantar sendiri guna posmen?

Hah! Jangan risau. Abang Darkk sedia membantu!

Dengan harga RM565.67, Abang Darkk akan ajar dari A hingga Z dari segi buat kad raya guna photoshop hingga lah tag kawan-kawan lain di fesbuk.

Ya! Daftar segera! Emel kepada Abang Darkk dengan bertajuk, "Wahai Abang Darkk, saya malu tak tag kawan-kawan saya dengan kad raya photoshop. Tolonglah saya" dan kemudian kepilkan sekali bukti pembayaran.

Eh tunggu dulu! Setiap 10 orang pertama akan mendapat VCD Video Ceramah Ustaz Paiseh bertajuk "Kupu-kupu yang liar". Ya. Ustaz Paiseh.. Yo! Terujakan?

Jadi, jangan ketinggalan untuk menjadi hip dan kewl di bulan Syawal. Kalau terlambat menyesal.

Peringatan: Sesi ini hanya dibuka untuk 25 orang makwe sahaja.

8 comments:

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

kahkahkah. macam cilake

macha_sezs said...

fariq suruh ko buat ke? hahahaha

Marrzie Anna said...

haha. mahal nak mampus.

baik search kat tenet je.

Aizuddin Jaafar said...

Cari duit nak balik kampung ke?

hdyh said...

mahal nye..terpadam niat nk suro ajar.
haha

FarhanaLicious said...

lukih sendiri. lagi kewl.

paiseh said...

gua tarbuiyah lu dulu.. nak..??

Juliana said...

Great blog you have heere

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails