Pages

"Kau Ni Loser Lah"

Saya mampu berdiam diri bila salah seorang kawan saya cakap saya ini seorang yang loser. Loser dalam konteks dia adalah takde life.

Bila saya tanya, apasal pulak takde life? Dia jawab, dia selalu tengok saya menghabiskan diri di hadapan komputer, bermain games. Dia juga kata saya lebih suka artis-artis jepun menari dalam video klip berbanding pergi tekel makwe sebenar atau kata lainnya, dia kata saya ni tak suka perempuan sebenar. Semua dia kata adalah dari pemerhatian dia.

Saya sengih bila dia kata macam tu. Tapi dia tak tahu, apa rasionalnya saya buat semua aktiviti-aktiviti itu. Apa rasionalnya?

Rasionalnya, saya baru sahaja putus dari perhubungan serius antara dua jantina. Jadi saya memerlukan sesuatu aktiviti yang dapat menghindarkan saya dari berfikir dari kesan putus perhubungan itu. Oleh itu, saya memilih untuk bermain games. Ya. Bermain games adalah salah satu aktiviti saya atau hobi saya dari sejak umur 6,7 tahun lagi. Sekarang saya dah berumur 22 tahun. Ini bermaksud saya telah menghabiskan masa lebih dari satu dekad untuk bermain game. Bermain games adalah passion saya. Soul saya. Saya pernah tak makan selama satu tahun semata-mata nak beli PS2. Mungkin makwe Melayu tipikal kata saya ini asyik main game saja, takde kerja lain. Well, at least saya duduk depan komputer dan tak pergi gatal cari makwe lain. Itu pun jadi salah ke?

Lagi satu, main games juga dapat meningkatkan banyak skill otak. Tak perlu lah saya cerita di sini sebabnya dah berlambak kajian mengenai games ini.

Tapi difikir-fikirkan balik, sampai masa saya mahu berhenti bermain games. Dan fokus kepada mana lebih penting. Mungkin suatu hari nanti. Kumpul 100 jenis komik ke.

Rasional saya tentang tengok video artis jepun nari-nari. Well, kat Malaysia mana ada artis Melayu putih-putih nari-nari. Kalu ada pun, misti kumpulan tu tak lama. Pasal Melayu, biasa lah. Ada dengki. Tengok member sendiri popular sikit dah mula tarik muka. Bila nak berjaya macam Wonder Girl.

Konklusinya, mungkin life saya tak sama dengan life kawan saya. Maybe kawan saya nak tengok saya jadi macam dia. Tiap-tiap masa main SMS. Hari-hari gayut dengan perempuan lain-lain. Keluar dengan perempuan lain-lain tiap-tiap minggu. Tapi maaf. Saya tak buleh. Saya tak banyak duit nak keluar dating tiap-tiap minggu. Henpon pun selalu lupa letak mana untuk main mesej. Dan yang paling penting, takda perempuan yang nak rapat dengan saya pasal saya suka cakap lepas dan suka sacrasm. Lalu perempuan pun cepat sentap, bak kata orang.

Okay lah. Setakat ini saja saya buleh cerita. Saya nak pergi main-main kat tempat lain pulak. Babai!

10 comments:

crazy_labelle said...

excuse me... nak ngorat bole?

Mohd K. Anuar said...

sokong kau. ^_^

SnowladieS said...

popuan bukan sentap la. touching kot? hahah. baru 22..lek lu . 26 baru la crik , thats not loser LOL

Aizuddin Jaafar said...

Apakah dosanya menjadi seorang gamers? Gamers ROCK!!

hanie said...

nasib baik umur dh agak lebih..kalo tak..


"hai fawwaz..."


hahahah


p/s: dia bkn rusuk kamu yang hilang.. =)

helomynameisjaye said...

mana butang like?

nama pon passion.mana buleh nk let go macam tu je.

Fatin Aliyya said...

relax bro, setiap indi yg tentukan life dier cmni..lntk lah kwn ko tue nk ckp aper pun kn, janji ko epi.dats enuf

:)

Unknown said...

*there there*

kalau nak compare kau yang sekarang dengan kau yang 2-3 tahun dulu, aku rasa kawan ko tu dah terlambat nak tegur.

eh.aku ingat ko kebal benda2 macam ni.

jo said...

janji bila main game ko tak jadi loser..yeah!!!

ombak naga :P said...

kalu post dlm fesbuk boleh gak aku 'like' nko.. hehe!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails