Pages

Berimej Budak Baik Sekali Sekala Amatlah Penting Demi Keharmonian Negara

Dah jadi macam ritual atau trend atau habit kalau bila rasa dikecewakan ke, gagal ke, tak berjaya ke. Esoknya, mesti saya pergi gunting rambut. Kononnya, kepala tak berat la lepas tu. Buang stail-stail gagal. Gitu.

Kalau tak ada ciri-ciri frust, mesti saya potong rambut sekali atau dua kali setahun. Tengok atas ayah. Kalau dia guna kuasa veto, suruh potong rambut. Memang kena pergi kedai potong rambut petangnya, atau dia sendiri yang potongkan dan potongan dia memang kelas A terbalek. Tepi tebal, atas botak. Saya sebagai anak yang mithali, tak pernah kena gitu. Adik-adik saya je pernah. Saya tak nakal, dengar cakap dan hanya biadap dengan orang tua macam Paiseh.

Jadi Hari ni, saya ke kedai gunting rambut. Untuk potong rambut kasi pendek. Kasi smart sikit nanti. Mana la tahu ada makwe ajak pergi dating. Tak dak lah kucar kacir nak smart-smart. Tapi biasanya, tak da makwe pun nak ajak saya dating. Kalau ada pun, hanyalah berlaku seribu tahun sekali. Tak macam Macha. Dengar cerita jadual weekend dia untuk 2010 hingga 2013 sudah penuh padat dengan aktiviti berdating. 2014 pun ada 2,3 kosong lagi.

Sampai di sana, di kedai gunting rambut.

Saya kata pada Bhai Potong Rambut, "Kasi potong pendek"

Bhai Potong Rambut kata, "Wokeh. Buang semua ka? Sudah mahu jadi budak baik ka?"

"Potong semua lah. Jadi budak baik pulak. Bosan lah orang asyik salah anggap saya ni Faizal Tahir je" balas saya sambil saya membetulkan seat kerusi. Kasi selesa sikit bila nak berdengkur.

"Itu lah pasal. Saya mula-mula ingat u Faizal Tahir juga ada mari datang kedai saya" kata Bhai Potong Rambut lalu dia sambung tanya lagi;

"Pendek macam mana? Spike? Biasa?"

Saya,"Apa beza Spike dengan Biasa?"

Dia, "Kalau Biasa, Pendek Biasa lah. Normal human being punya stail. Kalau itu Spike, itu cacak-cacak punya stail. Spike pun buleh kasi modify jadi itu Mohawk."

Saya, sedikit teperanjat. "Mohawk? Apa nerakakah itu?"

Dia, "Oh. Itu. Cacak-cacak tengah saja."

Saya,"Yang macam Ultraman tu ke?"

Dia,"Ya lah"

Saya, "Yang macam Paiseh buat tu ke?"

Dia,"Yalah"

Sepi.

Tiba-tiba, saya jadi marah lepas dia cakap macam tu. Cepat-cepat saya bangun dari kerusi, capai pisau cukur atas meja dan letak mata pisau atas leher Bhai Potong Rambut. Itu semua berlaku dalam masa 3 saat.

"Lu. Kalau nak selamat. Jangan mohowkkan rambut gua" saya warning dengan nada sopan.

*************

Habis Potong Rambut, Saya Hulur Not Merah bernilai RM10. Dia ambil dan pulang baki dua keping not biru RM1. Mujurlah tiada apa-apa yang bahaya berlaku sepanjang pemotongan rambut itu. Mungkin dia dah paham dengan warning saya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails