Pages

Reviu Cincai: Ice Age 3: Dawn of The Dinosour

Penulis sudah pun menonton Ice Age 3: Dawn of The Dinosour.

Penulis mahu menceritakan sedikit sahaja, tentang movie kali ini. Nama pun reviu cincai. Cincai membawa maksud ala kadar, simple. Jadi kenapa nak tulis panjang-panjang macam reviu yang lepas kan? Agak Celaka.

Jadi, Apa komen penulis tentang Ice Age 3 ini?

Penulis merasakan cerita ini adalah biasa. Plotnya menggembirakan. Animasi 3D yang mengkagumkan penulis. Scene Kejar-Mengejar yang dibuat kemas, teratur dan tidak kucar-kacir.

Masih memegang tema sahabat, keluarga. Dan mesej yang sama, jangan tinggal kawan-kawan. Agak tak berubah dari filem no 1 hingga yang terbaru. Yang berubah, latar masa, tempat dan juga konflik.

Filem ini mampu menggelakkan para hadirin panggung tanpa lawak lucah. Itu yang penting. Jika mahu layan cerita lawak yang lucah, menghairahkan. Sila tonton Transformer 2. Sila ya.

Apa-apa pun, Filem ini Sesuai untuk tontonan ramai. Famili, anak-anak, sanak saudara. Pakwe, Makwe. Skandal. Adik angkat, abang angkat. Tok cik, Wan, Nenda. Atuk, Pakya, Meklong dan juga Ahmad Hadi Bin Abdul Salam yang entah penulis sendiri pun tak kenal, main letak aja nama sapa-sapa.

Berapa penulis mahu kasi bintang?

3.5/ 5 untuk jalan cerita yang mudah difahami, CGI animasi yang menarik dan tak lupa buleh buat penulis ketawa terbahak-bahak macam orang gila dalam pawangan itu. Owh, part ketawa terbahak-bahak macam orang gila itu, sengaja dilebih-lebihkan. Padahal, ketawa biasa-biasa je.

p/s: Panggung dalam tadi sejuk gila, sampai aku rasa nak deman. Ke sebab aku tengok cerita Ice Age, jadi pihak panggung kena pasang aircond sejuk gila untuk sama dengan tema.

p/s: entah apa aku tulis pun, aku tak tahu.

7 comments:

helomynameisjaye said...

weh ko tgk 3D punya?aku tgk yg biasa je.kick kurang la. the jokes pon agak basi.shud have watch it in 3D instead.

famia said...

Alahai.
Ice Age II pun tak tengok lagi.
Boleh tangkap ke kalau terus skip tengok Ice Age III?

Darkk said...

cbm, tak. tengok biasa je. agree some point of ya.

famia,
takpa. pergi je tengok. tapi mungkin tak paham skit2 la. tapi itu buleh cover balek.

macha_sezs said...

yg 3d ade kat melaka dok?
leh g tgk sesama minggu depan~~

nak?nak?

DilOt said...

belum tgk lg...byk gler movie yg tak dtgk lg...Transformer pun lom...aiisshh,,,

@tune® said...

mau nonton la...

Darkk said...

macha, xde ar. rasenye. nanti tengok hp6 je la. next target.

dilot,
takpa. dahulukan yang penting dulu.

tuner,
tengok2. sila tengok

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails