Pages

Same Old Ramadhan

Masih sama. Ramadhan yang masih sama. 7 tahun lepas, berbuka seorang diri untuk ramadhan yang pertama. Kali ini masih lagi berbuka dengan seorang diri. Tak ada perubahan. Makin lama, makin biasa. Cuma kali ini sempat berjumpa famili di malam 1 ramadan sebelum esoknya kembali ke kotaraya demi menunaikan tanggungjawab.

Memang hepi bila dapat makan ramai-ramai. Dapat huha huda dengan famili tercinta. Bersama adik beradik. Ya hepi. Memang hepi.

Berbuka seorang bukan lah tak best. Tapi dari dulu lagi dah aplikasi. Bila ramadhan jauh dari famili ni, satu je benda tak best. Part sebelum berbuka. Rasanya saya dah tulis pasal ini sebelum sebelum ni. Part sebelum berbuka adalah tak best kerana, kalu kita berbuka dengan famili, takpayah lah pening-pening nak makan apa. Sebab mak yang pening, dan saya hanya apa makan apa yang mak masak. Tanpa tolak melainkan dia masak udang.

Bila berbuka sorang ini, susah. Siang itu memang lah kita mengidam nak makan apa. Macam saya tengah hari tadi, nak makan miso sup. Makanan jepun. Nak dekat petang sikit, mengidam nak makan sup daging lepas tengok daging segar dalam cerita runningman. Tapi bila sampai satu bazar ramadhan, saya pusing bazar ramadhan dan balik tanpa membeli apa-apa. Last last, Saya akan berbuka minum air kemudian saya sambung tengok cerita di dalam komputer.

Ramadhan bagi saya, bukan lah bulan makanan. Tapi adalah bulan tidur. Ya. Saya tahu saya salah konsep. Tapi bulan puasa ini lah saya lagi suka tidur dari fikir apa nak makan. Saya juga tak suka part duduk tunggu menghadap makanan bila 4,5 minit lagi nak azan. Adalah tak best perasannya, bila tengok makanan tapi tak dapat jamah. Macam tengok makwe, tapi makwe tu dah nak bertunang. Memang tak best.

Mungkin ramadhan ini ramadhan yang serupa dengan lama. Tapi saya gembira dapat berjumpa ramadhan kali ini. Sekali lagi menunjukkan umur saya masih panjang untuk menempuhi dugaan ini. Bila ada masa lagi, saya akan menulis semula.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails