Pages

Tahukah Awak

Tahukah awak yang saya sayang awak.

Ye. Saya tahu awak tahu.

Tapi saya tak tahu adakah awak sayang saya juga.

Same Old Ramadhan

Masih sama. Ramadhan yang masih sama. 7 tahun lepas, berbuka seorang diri untuk ramadhan yang pertama. Kali ini masih lagi berbuka dengan seorang diri. Tak ada perubahan. Makin lama, makin biasa. Cuma kali ini sempat berjumpa famili di malam 1 ramadan sebelum esoknya kembali ke kotaraya demi menunaikan tanggungjawab.

Memang hepi bila dapat makan ramai-ramai. Dapat huha huda dengan famili tercinta. Bersama adik beradik. Ya hepi. Memang hepi.

Berbuka seorang bukan lah tak best. Tapi dari dulu lagi dah aplikasi. Bila ramadhan jauh dari famili ni, satu je benda tak best. Part sebelum berbuka. Rasanya saya dah tulis pasal ini sebelum sebelum ni. Part sebelum berbuka adalah tak best kerana, kalu kita berbuka dengan famili, takpayah lah pening-pening nak makan apa. Sebab mak yang pening, dan saya hanya apa makan apa yang mak masak. Tanpa tolak melainkan dia masak udang.

Bila berbuka sorang ini, susah. Siang itu memang lah kita mengidam nak makan apa. Macam saya tengah hari tadi, nak makan miso sup. Makanan jepun. Nak dekat petang sikit, mengidam nak makan sup daging lepas tengok daging segar dalam cerita runningman. Tapi bila sampai satu bazar ramadhan, saya pusing bazar ramadhan dan balik tanpa membeli apa-apa. Last last, Saya akan berbuka minum air kemudian saya sambung tengok cerita di dalam komputer.

Ramadhan bagi saya, bukan lah bulan makanan. Tapi adalah bulan tidur. Ya. Saya tahu saya salah konsep. Tapi bulan puasa ini lah saya lagi suka tidur dari fikir apa nak makan. Saya juga tak suka part duduk tunggu menghadap makanan bila 4,5 minit lagi nak azan. Adalah tak best perasannya, bila tengok makanan tapi tak dapat jamah. Macam tengok makwe, tapi makwe tu dah nak bertunang. Memang tak best.

Mungkin ramadhan ini ramadhan yang serupa dengan lama. Tapi saya gembira dapat berjumpa ramadhan kali ini. Sekali lagi menunjukkan umur saya masih panjang untuk menempuhi dugaan ini. Bila ada masa lagi, saya akan menulis semula.



Review Cincai: Dark Knight Rises

Oh tuhan. 10 of 5 stars.
Nanti update lagi. Baru keluar panggung.
--------------------------------------------


"Bro, kita datang satu geng. Boleh tak bro tukar tempat supaya kami duduk satu baris rapat-rapat? Senang kami berhuha huha dalam panggung semasa The Dark Knight Rises ditayangkan." kata seorang berambut panjang yang gayanya macam lagak pelajar IPT. Dia datang rapat kat gua lepas gua tolak tawaran yang pertama.

"Kamon bro." dia ulang. Gua merenung lama-lama ke arah kerusi kosong. Gua berlakon merenung sebenarnya. Berlakon sebab gua dah tahu jawapan dia. Not in my watch. Lama sela dua-tiga minit. Gua geleng kepala. Gua geleng sebab gua tak mahu seat paling padu yang gua beli melalui online dirampas macam tu sahaja. Beli Online bermaksud 50 sen lebih mahal dari tiket lu orang yang beratur. Dan gua memang saja bayar 50 sen lebih untuk skip part beratur beli tiket.

Lepas tu, lepas dia tengok gua geleng. Dua tiga kali. Dia blah. Dia kembali duduk berkepit dengan makwe dia dan geng dia lagi satu duduk jauh antara jarak 3 kerusi. 3 kerusi yang gua order online untuk adik adik gua.

Sebenarnya kalau cerita lain, cerita yang memang gua tak de aim nak tengok. Gua kasi. Cuma ini The Dark Knight Rises. Bayangkan, kalu gua kasi tukar. diorang duduk rapat dan mereka berhuha dalam panggung dia akan menyebabkan konsentrasi kita yang menonton bertukar tak berapa best.

Lagi pula, seat tu paling tengah yang gua order.

Apa apa pun, gua kasi The Dark Knight Rises 10 out of 5 stars. Dengan selamba menjatuhkan The Amazing Spiderman yang berada di atas di dalam carta 2012 best movie gua

Sedikit fakta TDKR:

- Catwoman yang paling hot pernah dilakonkan. Anne Hathaway.
- The Bat adalah hodoh tetapi motor batman bila buat sharp corner adalah melanggar kejuteraan fizik.
- Watak John Blake adalah interesting.
- Soundtrack TDKR adalah teruja. Setiap syot dan komposisi adalah indah.
- filem kedua, bila habis je. gua tepuk tangan. Filem pertama adalah Dark Knight.

10 juta dan 1juta

Dulu cari sejuta alasan untuk elak jatuh cinta. akhirnya tetap jatuh cinta.

Cuma jatuh cintanya terlambat dan cinta si dia dimilik orang lain.

Sekarang perlu cari 10 juta alasan lain untuk tidak jatuh cinta lagi dengan si dia.

Tetapi itu bukan perkara mudah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails