Pages

Makwe, IPhone 4S

Teman kawan pergi Celcom Cube.

Terjumpa makwe mahu beli Iphone 4S. Aku tegur. "Berapa harga?"

"RM20XX. Sekali dengan data plan dan bagai-bagai." jawab dia.

Oh. Mahal. Kemudian aku pergi tengok handphone yang dipamerkan di atas kaunter pameran. Lepas aku pegang, lepas, jatuh, pegang, lepas, jatuh kesemua handphone. Aku kembali semula ke kaunter pertanyaan dan kebetulan makwe itu masih di situ tapi kali ini dengan muka muram, sambil kira duit.

"Eh. Kenapa muram awak? Patutnya hepi lepas beli iphone 4s?" tanya aku.

Makwe itu tidak menjawab, tetapi terus menangis. Di dada aku. Kemudian aku menenangkan dia dengan mengusap kepalanya. Dalam 3,4 minit. dia mula bersuara.

"Sob.. Sob.. Abang, saya... saya tak cukup umur nak buat postpaid punya line. Bulan 7 ini baru saya cukup umur 18 tahun. Sob Sob. Sedih."

Lepas dengar cerita itu,  aku pergi tumbuk pekerja celcom kat situ. Suruh dia daftar atas nama aku. Dan kami berdua pun gembira bermain iceskating di Sunway Piramid. 

Lalalalala~~

1 comment:

puding roti said...

comelnya pergi tumbuk pekerja selkom. hihihihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails