Pages

Makwe, IPhone 4S

Teman kawan pergi Celcom Cube.

Terjumpa makwe mahu beli Iphone 4S. Aku tegur. "Berapa harga?"

"RM20XX. Sekali dengan data plan dan bagai-bagai." jawab dia.

Oh. Mahal. Kemudian aku pergi tengok handphone yang dipamerkan di atas kaunter pameran. Lepas aku pegang, lepas, jatuh, pegang, lepas, jatuh kesemua handphone. Aku kembali semula ke kaunter pertanyaan dan kebetulan makwe itu masih di situ tapi kali ini dengan muka muram, sambil kira duit.

"Eh. Kenapa muram awak? Patutnya hepi lepas beli iphone 4s?" tanya aku.

Makwe itu tidak menjawab, tetapi terus menangis. Di dada aku. Kemudian aku menenangkan dia dengan mengusap kepalanya. Dalam 3,4 minit. dia mula bersuara.

"Sob.. Sob.. Abang, saya... saya tak cukup umur nak buat postpaid punya line. Bulan 7 ini baru saya cukup umur 18 tahun. Sob Sob. Sedih."

Lepas dengar cerita itu,  aku pergi tumbuk pekerja celcom kat situ. Suruh dia daftar atas nama aku. Dan kami berdua pun gembira bermain iceskating di Sunway Piramid. 

Lalalalala~~

Kerusi Kosong

Dan lelaki ini menegur perempuan itu:

Hai. Ada tempat kosong lagi dalam hati awak?

"Hai. Ada."

Boleh saya tumpang duduk?

"Tapi dalam hati saya, ada satu kerusi."

Siapa duduk?

"Tak ada orang. Satu kerusi tanpa nama. Hanya hati saya saja yang pilih orang yang duduk kerusi tu."

Hati awak ada terdetik nama saya?

"Tak. Tak ada."

Rindu Itu Invisible

" i miss you" aku kata. "i miss you like a friend miss a friend's company"

Kami berborak mengenai hati dan perasaan masing-masing. Becerita apa yang tak kena tentang kita. Becerita tentang bulan, bintang, perang galaksi, awan dan Obi-Wan Kenobi. Kami bercerita bertentangan mata. Bila penat bercerita, kami diam dan tunduk ke bawah atau pandang sekitar kawasan. Hinggalah salah seorang memecah kebuntuan sepi. Selalunya aku lah menjadi watak itu. ataupun dia.

"i rasa i ini invisible lah" kata dia. "orang selalu tak perasan i ada di sekitar"

"Huh? Kenapa?" aku kata.

"Entah. Sejak dulu lagi. I selalu rasa i invisible"

"ye ke? orang ramai je perasan you?"

"entah lah. i selalu rasa gitu. i tak femes kot. maybe la."

"Maybe kot" aku setuju. "Tapi takpe. Nanti i reka alat pengesan orang invisible. Bila dia detect orang invisible, dia akan cucuk pinggang, atau lagi power, dia akan geletek orang invisible macam you. Geletek sampai terkencing. okay? okay!"

"jaaahaaat!!" jerit dia dengan muka marah geram.

Dia kata, bila aku sebut I miss you, dia rasa dalam hati dia ada taman. Cuma dalam taman itu, ada satu bunga. 5 kelopak. Dan bila aku tambah i miss you as friend, 1 kelopak gugur. Tapi taman itu masih wujud. Dia kata dia masih hepi bila ada orang rindu dia walaupun 1 kelopak bunga kurang. Dia masih hepi.

Tapi dia tak tahu yang bila dia kata I miss you pada aku. Hutan Tropika terus terwujud dalam hati. Bunga berkembang mekar. Air Terjun mengalir deras lalu membentuk pelangi di kaki air. Rama-rama beterbangan. unggas berbunyi. semua serba-serbi yang perfect macam dalam gambar lukisan, semua ada dalam hati aku. Cuma, bila dia tambah rindu macam kawan. Sekejap saja hutan rimba fantasi dalam hati terbakar. Air terjun kering kontang, monyet-monyet bertempiaran lari, gajah merusuh dan yang pasti, bunga tidak tinggal kelopak. Macam itu lah aku rasa.

"i miss you" aku kata. "i miss you like a friend miss a friend's company" aku tipu. tipu part "a friend's company"

Bidadari

Balik Kuantan dan jumpa bidadari lalu belanja aku makan cheesecake.

Dia buat aku hepi macam dulu walaupun aku tahu aku tak mampu untuk dapat bidadari itu.

April

Oh. Hai April.

Saya ada banyak rancangan untuk kita berdua. Rancangan yang akan ada banyak kesedihan.

Selamat datang April. Selamat datang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails