Pages

Pop! Berpop!

Pop! Hati berpop! Bila dia kasi hadiah bantal angry bird.

Saya sengih bila dia kata, nah hadiah konvo. Saya sengih lagi. Terima kasih bersengih saya kasi.

Pop! Pop! Hati saya berpop! Dua kali. Bila dia hadiahkan saya buku. Buku yang saya mahu. Buku yang saya idamkan. Pop! Pop! Berpop! Hati saya.

Dia senyum sahaja. Dia berkulit putih. Bermata sepet dan bersemangat waja. Dia kata dulu. Masa kecil-kecil, dia selalu tonton Star Wars. Star Wars episod 1 sampai lah episod 3. Masa dulu-dulu, ayah dia video-tapekan Star Wars episod 1 hingga 3. Dia selalu ulang-ulang tengok walaupun masa dulu, dia tak faham apa sepatah pun bahasa inggris, tak reti baca sarikata bahasa melayu . Dia tengok sahaja. Bila besar, dia tengok lagi. Kali ini, dia buleh membaca sarikata melayu. Dia tengok ulang-ulang. Dan bila lagi besar, dia kata, dia tengok tanpa sarikata dan faham bahasa inggris.

Dia belajar bahasa inggris dengan menonton Star Wars episod 1 hingga 3. Ulang-ulang kali. Itu kata dia.

Eh. Zaman video tape dulu. Mana ada Star Wars episod 1 hingga 3. Saya tegur. Zaman episod 1 hingga 3, zaman vcd. Aku tegur sarkastik.

Eh. Salah. Dia menggelabah. Kemudian dia cucuk pinggang saya. Macam selalu-selalu dia buat kalau dia tersalah cakap. Episod 4 la. Empat hingga enam. A New Hope, The Empires Strike Back, dan lupa satu lagi, dia betulkan.

Haha. Saya gelak kecil. Gelak kecil hasil melihat respon dia dan juga hasil cucukan tadi.

Ewok comel kan? tanya dia.

Comel. Chewbacca pun comel, aku balas. Tapi Ewok bangsa suka berperang.

Dia tarik muka. Kembung pipi. Muka merajuk main-main.

Saya sengih sahaja.

Kemudian dia pandang lagi poster Star Wars Episod 1 yang bakal ditayangkan semula dalam 3D.

Nak tengok... kata dia. Manja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails