Pages

Kamilah

Kamilah mahukan yang cantik-cantik. Seperti orang lain. Dia mahukan cincin emas, gelang emas, anting-anting emas, subang emas, permata emas, delima emas. Semualah. yang emas-emas, mahal-mahal dan cantik-cantik. Dan semua itu dia mahukan secara percuma. Disponsor.

Tapi, sayang. Kamilah tak cantik mana, tak putih mana. Kurus kering. Orang kata, plain lah. Biasa-biasa aja. Tipikal perempuan Melayu yang tak glamer, tak jadi perhatian lelaki memandang. Oleh itu Kamilah tak dapat disponsor dari mana-mana lelaki mahupun tokei kedai emas.

Kamilah kecewa. Dia mahu jadi perhatian lelaki. Dia mahu jadi perhatian tokei kemas emas. Lalu, dia toreh dahi dia. Guna garfu tumpul. Sebelum itu dia sterilkan dengan lilin wangi bauan Lavender yang bernilai RM30 sebelum potongan harga 30 persent.

Dia toreh hati-hati. Agar tak kena mata. Takut bila tertoreh mata, mata jadi buta. Bila buta, tak dapat lah Kamilah tengok dahi dia bila lepas toreh nanti. Perlahan-lahan dia toreh. Macam tak rasa sakit saja masa dia toreh tu. Sekali sekali dia tengok cermin supaya tak tersalah toreh.

Dalam masa 34 minit, siap lah sudah penorehan Kamilah. Dia tersenyum puas dan bangga bila tengok cermin. Dia rasa sudah cantik. Memang cantik yang amat bila dia pandang cermin.

Di dahinya, terdapat satu susunan huruf yang membentuk perkataan. Dan huruf-huruf itu adalah;

1. C
2. A
3. N
4. T
5. I
6. K

Memang Kamilah rasa puas lah, bila tengok cermin. Bila masyarakat sekeliling tengok dia, dan kata dia cantik. Kat mana-mana Kamilah jalan. Mesti Kamilah digelar cantik. Jadi perhatian lelaki. Lepas ini, Kamilah fikir, Mudah lah dia dapat barang emas yang cantik-cantik, dan mahal-mahal secara percuma. Kerana Kamilah sudah pun cantik.

3 comments:

eyemeroll said...

Aku suka idea toreh perkataan cantik tu. Haha

Eyra Empire said...

haiyohh kamilah. kalau nadzirah??

xde entry sal nadzirah ke or nad album? ngee~

zizou said...

ganjil kamilah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails