Pages

Saya Komen Kat Facebook. Lepas tu, Saya Post kat Sini Buat Entri

[Entri ini sebijik saya kopipaste dari komen fesbuk semasa mengajar makwe bermain twitter.]

Twitter ni macam gabungan blog ngan messenger. Lu buleh cerita semua perihal hal kain dalam dan luar lu kat situ dalam 140 huruf/angka untuk sekali hantar. Lu jugak buleh berborak dengan pengikut lu atau orang yang lu ikut.


Kalu lu suka tweet orang tu dan nak kasi tahu pengikut lu tapi malas nak taip balik. Lu buleh retweet.

Mula-mula susah sikit nak cari pengikut kalu tak femes. Tapi takpe. Esok ade #followfriday. Buleh ada orang tolong rekemenkan. Nak suruh, aku malas. Baca tweet orang rajin. Tweet sendiri malas.

Btw, nak borak ngan orang, lu kena tahu id orang tu. Macam contoh, id gua @darkkadabra

Jadinya. Setiap kali nak borak ngan gua, letak lah @darkkadabra tu dalam teks. Ini dalam istilah twitter orang kabor mentions.

Lu buleh jugak letak seberapa banyak mentions dalam twit lu selagi tak melanggar hukum wajib bertwit ni iaitu tak lebih dari 140 abjad/angka.

Banyak lagi bende nak cerita pasal twitter ni. Kalu tak tahu, tanye.

Previu Iphone 5



People will spend 800 bucks for air. Dasar Fanboi.

Reviu Cincai: Hantu Mak Limah Balik Rumah

"Cer cerita! Cer cerita!"

Lalu saya pun memulakan penceritaan saya di blog ini. Ya. Filem Mamat Khalid terbaru, Hantu Mak Limah Balik Rumah. Filem ini bergenre seram tetapi dikuatkan lagi dengan komedi. Ini bukan komedi seram. Tapi cerita seram. Yang kita tahu, cerita seram tak punya logik akal yang betul. Dan kadang-kadang kita juga membuat kelakar di waktu seram. Ada masa serius, ada masa tak serius untuk membuat kelakar. Secara logiknya, cerita seram ini adalah tidak logik.

"Cer cerita! Cer cerita!"

Banyak sangat sebab yang saya nak tulis kenapa saya mahu beri 4 bintang dari 5 bintang untuk cerita ini. Antaranya adalah, close up shot masa berlari dari hantu, Close up shot kemunculan Awie, kout-kout kelakar Zami Ismail dan banyak lagi lah.

Apa-apa pun, baik pergi tengok sekarang. Saya rekemen pecah perut ketawa dan seramnya boleh tahan.

Saya masih lagi ketawa seorang diri mengenangkan shot closeup Awie ketika dia berlari ketakutan. Kihkihkih.

"Panjangnya kopek" kata Zami Ismail kepada hantu kopek.

Kisah 16 Tahun Lalu

Ini adalah kisah benar -lyla.f

Kembali ke tahun 1994. Pada ketika itu, aku adalah seorang kanak-kanak tadika yang 'sangat comel' macam Dottie. Hari itu seperti biasa kami belajar mengeja dan mewarna. Sedang aku khusyuk mewarna dengan penuh semangat, berharap dapat 3 bintang merah dari Miss Kanna, tiba-tiba Letchumi yang duduk dihadapan mengajakku ke tandas. Aku bengang! Kalau teman dia, lambat lah nak dapat 3 bintang merah.

Mahu tak mahu, dengan berat langkah ku gigihkan jua menemani letchumi. Malang sekali, lamalah pulak dia guna tandas. Aku bosan menunggu. Pintu tandas tersebut boleh diselak dari luar, jeng jeng jeng! Ya seperti sangkaan anda, itulah terjadi dan aku blah dari tandas tersebut tanpa perasaan.

Aku pulang ke kelas meneruskan usaha mewarnaku. Tidak lama kemudian, letchumi kembali ke kelas teresak-esak bersama kakak kerani tadika. Kakak tu cakap kat Ms Kanna dia terdengar suara budak nangis dalam tandas, tengok-tengok terkunci dari luar.

Ms Kanna panggil aku dan tanya aku ke yang kunci. Dengan muka tidak bersalah ku katakan tidak. Ms Kanna terdiam tapi dia tetap suruh aku minta maaf kepada letchumi kerana tinggalkan dia keseorangan di tandas. Hari tu dapat 1 bintang je, sedih :((

p/s: Jodoh aku dengan letchumi agak kuat kerana naik darjah satu kami satu sekolah, tapi nasib baik dia kelas sebelah, hoho. Oh Letchumi maafkan daku!!



Agak-agak budak yang 'comel-comel' tapi ala-ala samseng, aku lah tu..haha

Kamilah

Kamilah mahukan yang cantik-cantik. Seperti orang lain. Dia mahukan cincin emas, gelang emas, anting-anting emas, subang emas, permata emas, delima emas. Semualah. yang emas-emas, mahal-mahal dan cantik-cantik. Dan semua itu dia mahukan secara percuma. Disponsor.

Tapi, sayang. Kamilah tak cantik mana, tak putih mana. Kurus kering. Orang kata, plain lah. Biasa-biasa aja. Tipikal perempuan Melayu yang tak glamer, tak jadi perhatian lelaki memandang. Oleh itu Kamilah tak dapat disponsor dari mana-mana lelaki mahupun tokei kedai emas.

Kamilah kecewa. Dia mahu jadi perhatian lelaki. Dia mahu jadi perhatian tokei kemas emas. Lalu, dia toreh dahi dia. Guna garfu tumpul. Sebelum itu dia sterilkan dengan lilin wangi bauan Lavender yang bernilai RM30 sebelum potongan harga 30 persent.

Dia toreh hati-hati. Agar tak kena mata. Takut bila tertoreh mata, mata jadi buta. Bila buta, tak dapat lah Kamilah tengok dahi dia bila lepas toreh nanti. Perlahan-lahan dia toreh. Macam tak rasa sakit saja masa dia toreh tu. Sekali sekali dia tengok cermin supaya tak tersalah toreh.

Dalam masa 34 minit, siap lah sudah penorehan Kamilah. Dia tersenyum puas dan bangga bila tengok cermin. Dia rasa sudah cantik. Memang cantik yang amat bila dia pandang cermin.

Di dahinya, terdapat satu susunan huruf yang membentuk perkataan. Dan huruf-huruf itu adalah;

1. C
2. A
3. N
4. T
5. I
6. K

Memang Kamilah rasa puas lah, bila tengok cermin. Bila masyarakat sekeliling tengok dia, dan kata dia cantik. Kat mana-mana Kamilah jalan. Mesti Kamilah digelar cantik. Jadi perhatian lelaki. Lepas ini, Kamilah fikir, Mudah lah dia dapat barang emas yang cantik-cantik, dan mahal-mahal secara percuma. Kerana Kamilah sudah pun cantik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails