Pages

Selamat Hari Jadi Saya

Ucapan selamat hari jadi yang paling syahdu saya terima yang hampir buat saya hampir menangis adalah bila mak saya sendiri ucapkan. Peh. Memang rasa terharu sangat-sangat.

Tapi saya tak menangis lah. Tak kewl pulak menangis masa pergi open house. Nanti apa kat tuan rumah.

Tak manis. Cuba bayangkan tengah suap ketupat sambil mata air mata bercucuran. Tak kewl gila lah.

Oh ya. Hari jadi saya dah lepas lama dah. Apa-apa pun terima kasih semua orang yang wish!

Posmen yang lambat.

Selamat Hari UPSR

Hari ini, UPSR. Ada adik gua sorang, ambik. Tapi gua tengok adik gua tu. Rilek semacam. Macam takde apa-apa yang berlaku. Selambe je tengok tivi.

Lalu gua jerkoh suruh stadi. Melompat dia dari sofa terus meluru ke tilam stadi. Lepas itu, gua rampas remote, tukar chenel Nickelodeon. Cari cerita Spongebob.

Sekarang ni, gua tak tahu la semalam dia stadi ke tak. Sebab gua pun semalam, dah on the way pergi jenjelan. Harapnya dia stadi lah kalo dia tak mahu kena jerkoh melalui telefon.

Molek-molek hendaknya.

Raya ke 4

Berdebar juga kalau pergi raya makwe. Tengok mak ayah dia jenis serius, melawak pun dalam gaya serius.

Tapi lagi berdebar kalu mak ayah dia tanya, "Awok nok dok ke anok saya ni?" (Awak nak tak kat anak saya ni?)

Peh. Debau dia. Lain macam. Nak cakap nak, duit tak cukup. Keje takde lain. Nak cakap tak nak, kang melepas pulak. Line makwe open kat orang lain.

Peh. Memang keluh kesah mak esah lah.

Jawapan selamat;

"Sedak jugak kuih ni? Makcik buat ke?"

atau,

"Bilik air mane?" dan kemudian bila keluar, balik cepat-cepat. Kata mak tepon dalam bilik air suruh balik.

Bukan tak gentlemen ke ape. Duit tak bersedia lagi. Kalu dah duit ok, sanggup aje. Pegi rumah makwe tu, sanggup. Pegi rumah makwe ni, sanggup. Kalu 10 pasang makayah makwe tanya, memang kata sanggup je.

Kihkih.

Selamat Hari Raya

Sedar tak sedar hampir sebulan dah kita berpuasa ya?

Saya sedih sangat bila mengenangkan Ramadhan berlalu pergi. Tapi takpe lah. Harap tahun depan saya panjang umur dan kita bertemu lagi ya?

Akhir kata, terima lah lagu raya yang paling saya suka untuk tahun ini.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! MAAF ZAHIR DAN BATIN! DARI SAYA DAN YUNA!

Shopping Raya

Tadi saya pergi shopping raya bersama-sama 3 orang adik lelaki dan juga seorang ayah. Dan saya berjaya membawa pulang;

1. Satu manga alihbahasa melayu "Crayon Shin Chan" jilid 50.

Perasaan saya? Lagi gembira dari dapat baju Adidas original 50 pasang.

Gua Pun Nak Cerita Pasal Iklan Raya TV3 Jugak lah.

Banyak-banyak part gua rasa tak puas hati, part pakcik tu datang naik beca macam santa klous je. Muka pun macam pakcik Santa Klous. Songkok putih ke. Songkok hitam ke. Muka pakcik tu dengan janggut putih dia. Macam Santa Klous. Kenapa tak buat naik tikar terbang je? Misti takde masalah. Gua rasa tang je tu yang mula buat orang pikir bukan-bukan.

Yang part lain, gua okay je. Mesej Sublinal (Entah betul juga eja ke tak) ni memang dari dulu lagi ada. Nak elak dari terkena mesej sublinal tu, jangan tengok iklan. Macam gua. Gua asal iklan je, gua tukar chenel lain. Iklan je gua tukar chenel lain. Nat Geo favourite gua. Discovery Chenel favourite gua. Asian Food Chenel pun favourite gua. Apa guna ada astro berpuluh cenel kalu lu stay satu chenel je. Untuk yang takde astro, kan sekarang ada dekat 6 chenel. Lu pusing la mana-mana tivi yang tak ada iklan. Kalu semua iklan serentak, tutup tivi. Baca buku.

Itu kalu kat kampung.

Kalu gua kat rumah sewa. Gua pun sendiri tak tengok tivi. Gua tengok iklan tu pun kat youtube. Itu pun sebab orang ramai kecoh. Kalu tak memang gua tak tahu apa pun. Gua dah banyak mengatur rancangan tivi gua sendiri. Dengan apa? Dengan download cerita kat internet.

Lu pun buleh kawal rancangan tivi lu sendiri. Lu guna alasan tak reti download walaupun internet kat rumah berkelajuan 1Gigabit per saat (Ya. Bit. Bukan byte. 1 byte sama dengan 8 bit)? Lu adalah pemalas. Sekarang cara-cara nak download file semua berada di hujung jari lu. Maksud gua, lu klik mouse tu. Lagi banyak lu kelik. Lagi banyak lu tahu.

Lu takut tersalah kelik lalu terkena virus? Hah! Biasa la tu. Sebab tu lu kena belajar Ultimate Solution untuk komputer dan laptop ni. Ultimate Solution dia adalah format komputer. Bila dah belajar misti, lu berani nak kelik mana-mana link tanpa risau.

Peh. Tiba-tiba rasa panas hati. Okay lah. Gua stop sini dulu. Tapi secara konklusinya, segala luahan hati gua di atas ada flaw. Kalu takde tivi, macam mana nak ada cerita untuk didownload. Ye dok? Macam mana nak capture tivi series lepas tu upload kat internet kalu takde cerite? Ye dok?

Tapi anggap lah gua membebel kat kawan-kawan yang selalu tanya gua, "Macam mana nak download cerita ni weh?"

Okai? Okai.

Bai.

Perkhidmatan Sempena Syawal!

Anda terliur dengan kehebatan rakan anda men'tag' anda di fesbuk dengan kad raya hasil photoshop sendiri? Anda mahu buat juga tetapi anda tak reti sampai terfikir nak beli kad raya dan hantar sendiri guna posmen?

Hah! Jangan risau. Abang Darkk sedia membantu!

Dengan harga RM565.67, Abang Darkk akan ajar dari A hingga Z dari segi buat kad raya guna photoshop hingga lah tag kawan-kawan lain di fesbuk.

Ya! Daftar segera! Emel kepada Abang Darkk dengan bertajuk, "Wahai Abang Darkk, saya malu tak tag kawan-kawan saya dengan kad raya photoshop. Tolonglah saya" dan kemudian kepilkan sekali bukti pembayaran.

Eh tunggu dulu! Setiap 10 orang pertama akan mendapat VCD Video Ceramah Ustaz Paiseh bertajuk "Kupu-kupu yang liar". Ya. Ustaz Paiseh.. Yo! Terujakan?

Jadi, jangan ketinggalan untuk menjadi hip dan kewl di bulan Syawal. Kalau terlambat menyesal.

Peringatan: Sesi ini hanya dibuka untuk 25 orang makwe sahaja.

"Kau Ni Loser Lah"

Saya mampu berdiam diri bila salah seorang kawan saya cakap saya ini seorang yang loser. Loser dalam konteks dia adalah takde life.

Bila saya tanya, apasal pulak takde life? Dia jawab, dia selalu tengok saya menghabiskan diri di hadapan komputer, bermain games. Dia juga kata saya lebih suka artis-artis jepun menari dalam video klip berbanding pergi tekel makwe sebenar atau kata lainnya, dia kata saya ni tak suka perempuan sebenar. Semua dia kata adalah dari pemerhatian dia.

Saya sengih bila dia kata macam tu. Tapi dia tak tahu, apa rasionalnya saya buat semua aktiviti-aktiviti itu. Apa rasionalnya?

Rasionalnya, saya baru sahaja putus dari perhubungan serius antara dua jantina. Jadi saya memerlukan sesuatu aktiviti yang dapat menghindarkan saya dari berfikir dari kesan putus perhubungan itu. Oleh itu, saya memilih untuk bermain games. Ya. Bermain games adalah salah satu aktiviti saya atau hobi saya dari sejak umur 6,7 tahun lagi. Sekarang saya dah berumur 22 tahun. Ini bermaksud saya telah menghabiskan masa lebih dari satu dekad untuk bermain game. Bermain games adalah passion saya. Soul saya. Saya pernah tak makan selama satu tahun semata-mata nak beli PS2. Mungkin makwe Melayu tipikal kata saya ini asyik main game saja, takde kerja lain. Well, at least saya duduk depan komputer dan tak pergi gatal cari makwe lain. Itu pun jadi salah ke?

Lagi satu, main games juga dapat meningkatkan banyak skill otak. Tak perlu lah saya cerita di sini sebabnya dah berlambak kajian mengenai games ini.

Tapi difikir-fikirkan balik, sampai masa saya mahu berhenti bermain games. Dan fokus kepada mana lebih penting. Mungkin suatu hari nanti. Kumpul 100 jenis komik ke.

Rasional saya tentang tengok video artis jepun nari-nari. Well, kat Malaysia mana ada artis Melayu putih-putih nari-nari. Kalu ada pun, misti kumpulan tu tak lama. Pasal Melayu, biasa lah. Ada dengki. Tengok member sendiri popular sikit dah mula tarik muka. Bila nak berjaya macam Wonder Girl.

Konklusinya, mungkin life saya tak sama dengan life kawan saya. Maybe kawan saya nak tengok saya jadi macam dia. Tiap-tiap masa main SMS. Hari-hari gayut dengan perempuan lain-lain. Keluar dengan perempuan lain-lain tiap-tiap minggu. Tapi maaf. Saya tak buleh. Saya tak banyak duit nak keluar dating tiap-tiap minggu. Henpon pun selalu lupa letak mana untuk main mesej. Dan yang paling penting, takda perempuan yang nak rapat dengan saya pasal saya suka cakap lepas dan suka sacrasm. Lalu perempuan pun cepat sentap, bak kata orang.

Okay lah. Setakat ini saja saya buleh cerita. Saya nak pergi main-main kat tempat lain pulak. Babai!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails