Pages

RamadhanRandom

Tahun lepas, tiap-tiap hari ramadhan saya dapat sms "Selamat berbuka". Hari-hari berbuka minum air tebu. Kalau tak dapat, saya bergaduh dengan pakcik tebu. Selalunya, saya menang.

Tahun ini, saya tak dapat apa-apa. Air tebu pun dah jarang beli. Berbuka minum air rebina je. Itu pun adik saya bancuh. Saya mana reti bancuh air rebina jadi sedap. Saya bancuh jadi best je. Saya tak mahu bancuh best-best. Takut nanti mak rindu saya. Dia tak kasi saya balik Melaka pulak. Bergaduh dengan pakcik tebu pun dah jarang. Kalau bergaduh, misti saya kalah. Saya banyak mendiamkan diri. Saya ini seorang yang pendiam dan pemalu. Dan juga naif. Entah. Mungkin semua ini krisis hidup awal remaja.

Pegi bazaar ramadhan pun tak beli apa-apa. Tapi lebih baik jangan beli. Pasal misti tak sedap. Perut bila dah lapar, nampak mata semua sedap. Nafsu kata beli. Perut kata boleh lagi. Walahal, di tangan ada 10 jenis nasik, 10 jenis masakan ayam, 10 jenis kuih yang setiap jenis dibeli RM10 dan 10 jenis air; Oren, Fresh Oren, Sanquick, Mederinda, Tropika, Smashing Orange dan lain lain lagi. Bulan puasa bukan lah bukan pesta makanan.

Okai lah. Saya nak berhuha-huha di tempat lain pulak. Penat jugak nak perah idea tulis blog ni. Gila randum saya tulis entri sejak akhir-akhir ni.

Bai.

7 comments:

jo said...

jadi, apakah kesimpulannya?

ombak naga :P said...

try buat rebina bandung.. ;)

Darkkadabra said...

Jo,
Takde kesimpulan.

Ombak naga ryu,
tak reti. mabuk tak?

cacah said...

tulis macam ni pun penat ke? heheh.

ombak naga :P said...

darky.. belum lagi.. nak try hari nie.. doakan aku selamat.. ;)

Dottie With Dots said...

Entri randum yang bagus

SUXX said...

tulis apa yg kita suka baru tak penat, kalau kita tulis benda yg diluar kemampuan kita atau niat menulis utk org lain mmg penat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails