Masa muda-muda dulu, Mimi memang muda. Tapi, kalau nak cerita kan bila umur Mimi masa muda dulu. Mungkin umur Mimi baru masuk 6 tahun.
Mimi baru nak belajar puasa. Hari pertama Mimi puasa 1 hari lebih sebab Nenek tak kasi Mimi makan bila Mimi kata lapar pada pukul 11 pagi dan minta aiskrem. Oleh sebab Nenek tak kasi Mimi makan, Mimi merajuk tak mahu makan sampai bila-bila. Puas nenek pujuk Mimi suruh dia makan bila waktu berbuka. Nenek belikan Mimi askrem. Nenek belikan Mimi air soya. Nenek belikan Mimi, Tora dan Ding Dang. Nenek belikan Mimi macam-macam. Tapi semuanya gagal. Mimi tetap tak mahu makan.
Sampai lah satu tahap, Nenek belikan Mimi ayam goreng. Ya, ayam goreng. Seketul ayam goreng, bahagian peha, atau bahasa omputihnya, drumstick. Drumstick tu warna kuning keemasan. Dan masih lagi panas berasap bila di cubit isinya. Semua gambaran itu boleh dibayangkan seperti di dalam iklan tivi.
Nenek berkata, Mimi. Mimi. Mimi tahu tak, kalau Mimi makan ayam goreng a.k.a drumstick ni. Secara automatik, Mimi akan rasa kenyang.
Mimi tengok Nenek. Lepas tengok Nenek, Mimi tengok drumstick. Lepas tengok drumstick, Mimi tengok Nenek semula dan bertanya, "Selain dari kenyang. Apa lagi drumstick ni buleh buat?"
Nenek jawab, rahsia. Kena makan dulu. Baru tahu apa mujarab drumstick ni.
Okai. balas Mimi. Okai. balas Nenek. Kemudian Nenek senyum dan suapkan Mim drumstick itu.
Keesokkan harinya, Mimi mula berpuasa macam orang lain. Puasa dari awal pagi sampai lah ke senja. Pada umur 6 tahun.
Akhirnya sampai sekarang, Mimi tak tahu apa rahsia makan ayam goreng belah peha atau omputihnya, drumstick. Nenek tak pernah kasi tahu dekat Mimi.