Pages

Tiap-Tiap Malam

Tiap-tiap malam, dia mengharap KFC. Yang yakini, ayam goreng KFC. Cukup lah seketul. Itu pun dia terima. Tak lebih dari itu.

Tiap-tiap malam, dia mengharap.

Kecuali malam isnin.

Alter

Pusing laju-laju lagi, kata Mira.

Mira masih mentah dalam hal pusing-memusing ini. Dia tidak tahu sama ada pusing laju atau pusing perlahan yang sesuai dalam hal ini. Untuk seorang yang masih kecil, pastilah mereka memilih yang lebih laju atau tinggi atau cepat. Seperti tipikal orang lain, pasti memilih yang tertinggi.

Okay Mira. Ibu pusing laju lagi, kata Melah, ibu Mira dan kemudiannya, Melah memusingkan suis kipas siling ke tahap kelajuan 5.

Melah pandang Mira yang sedang ketawa tak berhenti. Hati dia gembira melihat Mira ketawa. Ibu mana yang tak gembira bila melihat anaknya bergembira. Nak-nak lagi melihat anak kecil berumur 5 tahun berpipi gebu, bermata sepet dan berstail rambut bob. Comel yang amat.

Mami, mami. Tengok lah Mira ni. Mira pusing laju, panggil anak kecil itu kepada Melah.

Ye. Mami tengok lah ini, sahut Melah. Tapi, sambung Melah. Lepas ini, turun ye? Esok pulak Mami ikat Mira dekat kipas ye?

Okay. Tapi esok Mami pusing sampai speed enam ye? kata Mira.

Ye, Mira.

Promise?

Promise.

Mami ini fun lah.

Yep. Mami kan seorang fun dan hip.

Kewl!

Reviu Cincai: Inception

Complicated and seriously fun!

Pastikan anda tahu macam mana anda sampai ke panggung atau anda sebenarnya masih bermimpi.

Rating: 4.8/5

p/s: sekarang rasa malas nak update pasal bende lain. Saya tak reti nak tulis pasal kehidupan saya sekarang. Atau pun, menulis cerita. Saya juga tiada idea.

Sukan Kebangsaaan

Apa sukan kebangsaan negara Malaysia?

Orang 1: "Sukma"

Orang 2: "Akedemi Fantasia dengan Mentor"

Jawapan anda?

Yang saya tahu, Korea Selatan ada dua sukan kebangsaan. Salah satunya tergolong dalam sukan eletretronik, atau nama lain nya, Computer Game.

P/s: Saja letak susanan macam ni, ada rasa macam celaka tak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails