Pages

Reviu Cincai: Harry Potter and The Half Blood Prince

Kalau kau masuk mengharapkan aksi magik berterusan dalam movie ini. Kau silap. Kau silap kalau kau masuk mengharapkan satu ajaran magik yang berguna untuk kau.

Harry Potter and The Half-Blood Prince adalah satu cerita untuk peminat sahaja. Kalau kau tak tahu apa-apa tentang Harry Potter. Memang kau kata tak best. Dan aku kata best. Sebab?

Aku ikuti filem nya dari nomber 1-6. Aku pernah baca kesemua novelnya. Dan aku suka Ema Watson.

Okeh. Reviu cincai bermula sekarang.

Jalan cerita yang menarik dan betul-betul sama dengan novel nya. Hampir tiada kecacatan dalam storyline. Tapi Sub-plot dalam novel banyak dibuang untuk memuatkan cerita penting untuk cerita 2jam 30 minit. Tapi takpa. Kalau dimuatkan juga, pasti 23jam belum tentu habis. Mungkn la.

Dunia magik yang diimaginasi kan oleh J.K Rowling (Penulis Novel Harry Potter) di cgi kan dengan sempurna. Sama dengan movie yang lepas-lepas.

Harry Potter dan rakan-rakan yang semuanya sudah bermuka matang. Ohh..Comel betul Ema Watson. Tak lupa juga, makwe baru Harry Potter.

Aku sebenarnya tak tahu apa yang mahu direviu, sebab cerita kali ini, lebih kurang sama dalam novel dia yang ke 6 yang aku anggap zaman muram Harry Potter. Ramai orang yang dia sayang mati.

Jadi, kalau kau berdegil jugak mahu menonton, tapi lepas itu kau kata tak best, memang kau silap. Cerita ini lebih baik dari Transformer 2 dari segi cerita.

Oleh itu, sila baca novel dia atau tonton filem lepas-lepas agar kau dapat rasa kemagikan dunia Harry Potter.

Rating: 4/5

p/s: Dengar cerita, Public Enemy best jugak. Anda bagaimana?

6 comments:

Si Aizuddin said...

1.Movie mesti tonton aku this year. Tp tunggu poketkering.

2.Ape? bukanlah, aku bukan daniel radcliffe. Salah org ni

DilOt said...

mmg pun..kalu xminat ..mmg tak bestla jwbnye...tp aku suke muvi harry potter..

amirahsyuhada said...

Public enemy best juga, lakonan sinis Johny Depp. Walaupun jalan cerita agak slow tapi best tak mengantuk. Ya member aku pun kata HP 6 bosan, tapi aku tahu dia sahih bosan sebab tak pernah baca bukunya. Dan kita sebagai peminat tegar filem dan buku2nya, wajib menonton..hehe

Darkk said...

aizu,
dan kau bukan ema watson. Haha.

dilot,
misti minat, baru buleh tengok.

amirahsyuhada,
ah, yeke? Public enemies. esok juga aku pergi tengok. :D

hajime said...

hermione x best...
luna lovegood weh...
luna lovegood!
kawaii...

Darkk said...

jime,

ah, itu..itu..jugak chume....hermione pun buleh tahan. ginny pun aduh..

gua dalam dilema.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails