Pages

Nerd Tapi Malas: Apa itu Browser?

Macam biasa, hari ini aku tak buat apa- apa. Plan ingat nak jalan-jalan. Tapi memandangkan semua orang malas nak keluar. Aku pun pusing-pusing dalam rumah macam orang gila. Sekali pusing, okay. Dua kali pusing. Okay lagi. Tiga kali pusing. Pening. Empat. Terbaring.

Pergh. Memang bosan.

Lantas aku buka internet. Bukan bukak internet guna skru driver. Apa ke pelik. Maksud aku, buka internet melalui internet browser. Contoh seperti Mozilla, Internet Explorer, Opera, Lunascape, dan lain-lain. Untuk Buka internet browser pulak, kena ada komputer. Install browser dalam komputer. Kemudian boleh bukak internet.

Lagi pun, tak semestinya kena ada komputer je. Handpon pun buleh. Handpon 3G rasanye. Entah la. Aku tak berapa tahu menahu pasal internet melalui handpon. Model Handpon sendiri pun tak tahu. Apa tah lagi, nak borak-borak tentang handpon. Mintak simpang jauh-jauh.

Walaupun aku tak guna handpon canggih, tapi aku tetap rasa kewl. Sebab aku boleh jawab soklan "What is Browser?" tak macam mak saleh dalam video di bawah.



Tergelak kecil aku tengok video tu. Pakai handpon canggih pun tak tahu apa itu browser. Dan la tu, perkataan browser tu sendiri dari english. Takkan la tak tahu. Kesian. Kurang didikan internet kot.

Jadi,untuk menggelakkan orang Malaysia malu apabila ditanya apa itu browser, aku rela kongsi jawapan nya.

Browser itu adalah ... aplikasi software yang digunapakai untuk melayari laman web di internet. Sekarang ini, terdapat berlambak software broswer yang boleh kita guna, bermacam jenama, bermacam gaya dan yang penting, semua percuma. Kewl kan?


Sekarang aku guna broswer Mozilla Firefox. Ha, yang guna Firefox, tu dah update belum? Sila update Firefox untuk kepuasan maksimum.

Eh, sedar tak sedar kita dah berada di hujung rancangan. Tak sedar betul. Cepat aja masa berlalu, kan Farah? Okay lah semua. Bertemu lagi di minggu hadapan. Di dalam rancangan "Abang Darkk Yang Nerd Tapi Malas". Bye.

p/s: Ada twitter tapi tak follow Darkkavakadabra? Anda memang nak kena tempeleng. Sila berbuat demikian segera untuk menggelakkan catuan air di rumah anda.

12 comments:

paiseh said...

oh. maaf.
gua takde twitter.

Darkk said...

paiseh,
lu memang tempeleng.

helomynameisjaye said...

thanks for highlighting the mistakes.sesetengah orang tk perasan pon.

Si Aizuddin said...

Farah?

Saya dah update Firefox tq

sharamli said...

br0wser tu ape?

ZaritH said...

twitter? best ke?

Darkk said...

Aizudin,
farah tu co-host saya.hehe

cbm,
ahaha. sesetengah orang tahu gune je.

sha,
browser itu pengusha :)

zarith,
twitter, best. banyak info buleh kita dapat.

famia said...

HAHAHAHAHAHAAHA.

astaghfirullahalazim.
maaf untuk semua mat saleh.
dah tergelak secara besar-besaran.

tapi kan.
mereka bukan subject matter expert.
mestilah tak berapa pasti browser itu menatang apa.

sama macam orang Melayu.

Istiqamah.
Mubah.
Ijtihad.
Mufarakah.
Masjid.
Sejadah.
Al-quran.
Sunnah.
Hadith.

Tak ramai juga yang familiar dengan term itu kan.

hehe.

Darkk said...

famia,
adeh.

*duduk takhiyat akhir*

chanz said...

har3~~ hilang stress baca ko nye entri.

Budak Pensel said...

Sepatutnya mat salleh tu tye ape dia web browser..

Sape yang cakap browser tu Firefox pun salah.

Grammar mat salleh tu pun, aduhai.. Patut la ramai jawab salah. sepatutnya web browser.

Ake hampir confius dulu masa sem 3 soalan apa contoh web browser dan search engine..nasib baik betul..

Tulips said...

entry yang menarik :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails