Pages

Kisah 16 Tahun Lalu

Ini adalah kisah benar -lyla.f

Kembali ke tahun 1994. Pada ketika itu, aku adalah seorang kanak-kanak tadika yang 'sangat comel' macam Dottie. Hari itu seperti biasa kami belajar mengeja dan mewarna. Sedang aku khusyuk mewarna dengan penuh semangat, berharap dapat 3 bintang merah dari Miss Kanna, tiba-tiba Letchumi yang duduk dihadapan mengajakku ke tandas. Aku bengang! Kalau teman dia, lambat lah nak dapat 3 bintang merah.

Mahu tak mahu, dengan berat langkah ku gigihkan jua menemani letchumi. Malang sekali, lamalah pulak dia guna tandas. Aku bosan menunggu. Pintu tandas tersebut boleh diselak dari luar, jeng jeng jeng! Ya seperti sangkaan anda, itulah terjadi dan aku blah dari tandas tersebut tanpa perasaan.

Aku pulang ke kelas meneruskan usaha mewarnaku. Tidak lama kemudian, letchumi kembali ke kelas teresak-esak bersama kakak kerani tadika. Kakak tu cakap kat Ms Kanna dia terdengar suara budak nangis dalam tandas, tengok-tengok terkunci dari luar.

Ms Kanna panggil aku dan tanya aku ke yang kunci. Dengan muka tidak bersalah ku katakan tidak. Ms Kanna terdiam tapi dia tetap suruh aku minta maaf kepada letchumi kerana tinggalkan dia keseorangan di tandas. Hari tu dapat 1 bintang je, sedih :((

p/s: Jodoh aku dengan letchumi agak kuat kerana naik darjah satu kami satu sekolah, tapi nasib baik dia kelas sebelah, hoho. Oh Letchumi maafkan daku!!



Agak-agak budak yang 'comel-comel' tapi ala-ala samseng, aku lah tu..haha

2 comments:

Kaluih said...

What an awesome blog you own! I just can't stop myself from scrolling down.

Well,keep on writing because I'll keep reading!

ain said...

so cute!n interesting..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails