Pages

Welcome Back, Ramadan

"Welcome Back Ramadan. Welcome back" kata Mimi sambil dia tenung langit malam kelam lama-lama. Dia ketap gigi menahan sedih. Kerana Ramadan memang sentiasa ditunggu-tunggunya.

Kemudian selepas itu, dia sambung kembali kerja iaitu; mengira berapa banyak liter minyak tanah yang diperlukan. Mimi memang perlukan minyak tanah. Katanya nak hidupkan suasana malam tujuh likur. Tapi Mimi tak mahu buat tipikal tradisi bakar pelita. Dia mahu ubah tradisi. Dia mahu ubah tradisi, katanya. Sempena malam tujuh likur, katanya. Era baru, katanya.

Malam tujuh likur tahun ini pastinya havoc. PASTI. HAVOC.

Dia mahu mulakan dengan membakar rumah Pak Semah tepi sawah, malam pertama. Kemudian diikuti dengan rumah Tok Yah, malam kedua. Rumah Aji. Malam ketiga. Malam seterusnya, Mimi belum sempat rancang. Dia bizi dengan tempahan kuih-muih raya yang dia ambil bulan lepas. Tapi yang pasti, Mimi sudah merancang rumah Mimi dibakar pada malam terakhir.

"PASTI HAVOC!!" jerit Mimi sekuat hati dan kemudiannya, menyuruh anaknya Man beli Majerin dan cokelat papan. Dah abis, katanya. Macam mana nak buat Almond London, kalu takde cokelat.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails