Pages

Reviu Buku: Karipap-Karipap Cinta

Kali ini, nak reviu novel pulak. Haish. Dah lama tak baca novel melayu. Hari tu last baca novel melayu pun, "Opera Angkasa" dari Nazri M Annuar. Kali ini, novel baru pun hasil tulisan dari Nazri M Annuar.

Tapi jangan salah sangka. Karipap-Karipap Cinta dan Opera Angkasa adalah dua genre novel yang berbeza. Opera Angkasa membawa tema sains-fiksyen manakala Karipap-Karipap Cinta (KKC) membawa tema cinta antara adam dan hawa.

Yah. Cerita jiwang. Saya baca cerita jiwang. Tapi hey. Bukan sebarang cerita jiwang. Bukan senang nak jumpa buku jiwang yang sangat kelakar. Dalam 8 bab pertama, saya ketawa mengekek. Lama-lama, dalam 2 bab serius sikit dan bab-bab hujung sekali saya kembali ketawa sampai keluar air mata. Jalan cerita yang bersahaja. Yang banyak kaitan dengan realiti hidup kita. Banyak scene-scene yang kelakar bersahaja.

Penulisan dari Nazri M Annuar yang sempoi. Tak guna gaya bahasa sastera yang tinggi sangat. Memang molek dibaca oleh orang sains dan matematik macam saya.

Buku dia pun murah. Dia tulis kat situ, RM15. Tapi saya beli kat kedai Popular, dapat 20% Rebate. Dapat lah murah sikit. Itu pun saya cari satu Melaka. Jumpa kat Popular Gajah Berang.

Dengar cerita buku ni dah masuk kali ke tiga cetakan. Maksudnya, buku ni sangat laku. Macam pisang goreng panas. Kalau nak cari, baik cari cepat. Sebelum buku ini habis lagi. Oh ya. Buku ini juga dikabar-kabarkan akan difilemkan. Tapi seperti biasa, saya susah nak tonton cerita melayu. Melainkan ada Heliza jadi watak utama. Itu pun download dari internet. Nak ke panggung, jangan harap lah.

Nak kasi rating? Saya pun tak tahu. Sebab jalan cerita kita buleh agak ending dia. Tapi flow jalan cerita yang fun. Saya kasi 4 dari 5 bintang.

Beli ya? Tak beli rugi.

p/s: Mahu baca "28 Hari: Jurnal Rock n' Roll" dari Mohd Jayzuan tapi tak berkesempatan nak buat transfer duit secara online. Dengar cerita buku tu fun jugak!

7 comments:

cacah said...

dark.. meh saya hadiahkan buku mohd jay itu untuk awak... sebab nak tengok wayang dah tak sempat ajer...

jo said...

haha...memang best...terbaik dari ladang..aku beli dah lama. takde baca review dekat mana-mana. cuma tertarik dengan perkataan karipap je.

oh farah said...

mmg la mcm nak mati sbnrnya cari buku ni. lagi2 bila salesgirl semua buat muka sengal-sengal ubi je bila sebut perkataan karipap.

Darkkadabra said...

cacah, wow. thanks ya cacah! Hepi. Hepi. Hepi. Joy. Joy. Joy.

Jo, aku memang dah lama nak beli. tapi asyek habis je. Lagi pula, bukan selalu ke kedai buku. :)

Farah, yah. Itu lah pasal. Saya cari buku ni pun. Salesmen buat muka terkejut. Celaka betul.

Aizuddin Jaafar said...

Aku pergi frinjan hari tu. Vovin buat pengakuan yang "28 Hari: Jurnal Rock n' Roll" adalah tulisan dia dan hilangpuncadotcom adalah blog dia. Terbaik!!

fndrocka said...

kau buat kontest lah wehh..sapa menang dapat buku tu.malas pulak nak pi cari akt kedai

Darkkadabra said...

Aizu, kih kih. Celake jugak ye.

Fnd, malas pulak nak buat kontest. Kau buat lah ye?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails