Pages

Kisah Betul : Sang Kancil dan Monyet

Pada suatu hari, Kancil sedang berkawal di sebuah ladang milik PakRomzi. PakRomzi adalah seorang pengusaha ladang yang berjaya dan juga kaya raya seperti jutawan Dubai. Namun begitu beliau tidak pernah membeli nombor plet kereta dengan harga juta-juta. Segala duitnya berhabis untuk memajukan kebunnya yang mempunyai pelbagai jenis tanaman termasuk pokok ajaib yang boleh berbuah sehari sekali.Hanya dengan satu klik, serta merta PakRomzi mendapat hasil jualan. Sehubungan dengan itu, setiap hari muka PakRomzi akan terpapar di HarianMetroid.

Kancil yang sedang berkawal itu tiba tiba disapa oleh Monyet.

Monyet : "Wasap dud?"
Kancil : "Wasap brasap dud.Dari mana?"
Monyet : "Dari rumah.Lapar dan segera keluar untuk mencari makanan."
Kancil : "So?"
Monyet : "Aku rembat sikit buah kat kebun ni okeh?"

Kancil berdiam diri. Monyet menunggu jawapan dari Kancil.8 minit berselang, Kancil masih berdiam diri. Monyet menampar Kancil kerana sudah bosan menunggu.

Kancil : "Sori dud. Tertido pulak. Apa tadi cakap?"

Lalu Kancil terperosok ke perdu pokok nangka dek kerana di'silambam'kan oleh Monyet.Monyet beritahu Kancil niatnya dan ingin menikmati buah jambu bol.Kancil yang bijak pandai seperti SangKancil tu secara tiba tiba timbul niat ingin mengenakan Monyet. Lalu ditunjukkan pokok cili kepada Monyet.Monyet kurang percaya akan Kancil kerana selalu ditipu semasa bermain daun terup.

Monyet : "Tu bukan ke pokok cili?"
Kancil : "Eh,bukan la.Pokok jambu bol la tu."

Oleh kerana lapar yang teramat, Monyet segera menuju ke pokok cili dan mengambil beberapa cili. Kancil yang tersenyum sinis segera berkata kepada Monyet "Jangan Monyet! Jangan!"Monyet tidak menghiraukan Kancil lalu makan cili cili tersebut. Dan menjerit kepedasan.Kancil ketawa guling guling melihat gelagat Monyet. Monyet berlari balik rumah untuk mengambil ubat gigi Kolgate demi menghilangkan pedas.

Beberapa minit kemudian Monyet menghantar SMS kepada Kancil,"Chilaka kau!"

2 comments:

Aizuddin Jaafar said...

Oh patutlah. Aku tertanya-tanya dari dulu lagi kenapa monyet tak suka makan cili. Walhal kawan aku yang serupa macam monyet tu suka je makan cili.

Anonymous said...

mmg cilakak citer ni! remake version ke haper ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails