Pages

Mat 2

Mat. Dulu Mat ada dua ekor anak kucing. Warna Hitam. Jalur-jalur warna kelabu. Comel. Sangat comel.

Tapi itu dulu. Sekarang, dua-dua anak kucing itu telah hilang entah ke mana. Mungkin dibawa pindah oleh ibu kucing. Ibu kucing warna hitam. Jalur-jalur kelabu. Comel. Sangat Comel.

Mula tarikh anak-anak kucing itu hilang, Mat jadi rindu. Rindu amat-amat pada anak-anak kucing. Tapi lama-lama, Mat jadi okay. Jadi tak rindu. Jadi biasa-biasa. Lalu Mat teruskan hari-hari biasa Mat. Hari tanpa anak kucing.

Hingga lah suatu pagi, sedang Mat mahu bersiap-siap pergi ke kelas atau lebih tepat lagi, Mat sedang mengikat tali kasut. Mat terpandang kelibat salah satu anak kucing yang dulunya Mat pernah rindu. Anak kucing - warna hitam. Jalur-jalur warna kelabu. Comel. Sangat comel. Dan semakin hebat berjalan. Tak macam dulu-dulu. Macam baru lahir dulu.

Hati Mat jadi tak tenteram. Perasaan Mat jadi gundah. Rindu Mat datang semula.

Akan tetapi, Mat tak pasti samada Mat patut rindu semula akan anak-anak kucing. Warna Hitam. Jalur-jalur warna kelabu. Comel. Sangat comel. Mat takut anak-anak kucing akan lari lagi. Mat konfius dengan perasaan dia.

Jadi apa harus Mat perlu buat, wahai Kak Dang ?

Mat
Budak Tak Reti Menari Shuffle Tapi Salahkan Lantai Tak Rata.

2 comments:

Aizuddin Jaafar said...

Mengikut ramalan Kak Dang, Mat perlulah mencari kucing yang lebih comel dan berguna dari kucing tersebut. Seperti doraemon misalnya.

Sham Hardy said...

buat style aku, kurung je dalam cage kalau tak mau hilang, cuma lepaskan tempat yang ko bole nampak.

memang meyiksa, janji tak hilang.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails