Pages

Mesin Masa Depan Bersaiz Mini

Serius. Bila bosan, aku akan gunakan mesin perentas masa aku untuk merentas zaman-zaman yang lain. Tak perlu lah aku terangkan panjang lebar di mana aku dapat mesin itu kerana hanya memanjangkan cerita ini.

Pada satu hari yang bosan. Aku merentas masa lagi. Tapi kali ini, aku tidak memilihi apa zaman yang aku mahu. Aku biarkan komputer pilihkan untuk aku. Kadang-kadang kita perlu merasa juga apa pilihan orang lain. Keluar dari kotak pemikiran sekali-sekala itu bagus. Tambah pengalaman juga.

Mesin perentas masa aku berupa sebuah kotak peti sejuk saiz jumbo dua pintu. Di hadapan, terdapat LCD sesentuh yang kecil untuk memudahkan aku memilih apa zaman yang aku mahu berserta butang reset. Yang paling aku suka, ianya jimat elektrik. Hanya guna 4V Arus Terus. Dan ianya mudah disimpan. Tak sama dengan Mesin Perentas Masa yang lain. Dah la besar, susah nak simpan, adaptor dia besar rumah. Pakai 240V Arus Ulang Alik pulak tu.

Aku buka pintu mesin perentas masa itu dan mula baring. Hati aku mula rasa gelisah. Harap-harap...[..]

Bersambung

[Saja letak sini untuk memotivasikan untuk sambung]

13 comments:

amoi said...

kesan tengok flash 4wad ke?

kaxx said...

mudah terpengaruh cerita. sebab tu aku tak kasi tengok cerita supernatural. mahu sesat gila.

Darkkadabra said...

Amoi,
Ditulis sebelum kenal flashforward.

Kaxx,
Oh.

Aizuddin Jaafar said...

Aku ada cuba reka mesin perentas masa. Tapi masih belum siap lagi blueprintnya

eyemeroll said...

ahh..
ko buat aku terasa nak tgk cerita doraemon..

Darkkadabra said...

Aizu,
Harap ko tak guna batang mancis sebagai bahan utama buat nya. Takut disaman Sufian Abas kerana menlanggar hakciptanya.

Mirul,
Tengok je lah. Utube kan ada. :)

paiseh said...

gua nak tempah lapan!

cik husna said...

tringt plak novel "the time machine" by H.G. wells =)

Darkkadabra said...

Paiseh,
lu apa yang tak nak lapan. Semua nak lapan. Makwe lapan. Kereta lapan. bini pun lapan bahagia dua.

Husna,
Owh. Pernah terbaca nama H.G wells tu. Nanti saya cari novel tu.

Kasi kretif lagi idea. dan juga tidak sama. :)

hanie said...

makan tahun jgk dia punya sambungan ni..
kan..

:P

Darkkadabra said...

Hanie,
Haha. Itu lah. Makan tahun jugak. Takpa. Kayuh pelan-pelan bak kata orang. Hehe.

Umi Nazrah said...

nak g rompak la mesin tu..this weekend kot :D

Darkkadabra said...

Nazra,
Apa kes datang rompak kasi tahu. Saya sudah stanbai parang la.

Hehe. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails