Pages

Hoh. Hujan. Macam mana pergi nak pergi jumpa MrBlind, Pari Pari Syurga. Kansel ke, Macha? Nak saya sambung tidur ke?

Mula-mula, saya tak tahu pun ada Gathering Kecil-Kecilan Versi Melaka ni. Yang saya tahu, ada orang nak belanja makan. Dah lama tak dak orang saya makan, biasa saya yang belanja orang makan. Tapi hal ini oleh dicanang-canang oleh Macha (Ya, sejak berberapa hari ini saya selalu menyebut nama beliau sambil rasa nak muntah pun ada. Tapi kali ini berkaitan jadi terpaksa juga). Jadi saya terpaksa mengambil berat tentang hal ini.

Hoh. Jadi tak datang? Tak datang rugi. Ada suprises ni, kata PariPari Syurga (Kemunculan Baru) di dalam Fesbuk. Berkali-kali. Saya jadi ter-exited macam molekul air pada takat air mendidih. Mana buleh dengar perkataan suprises. Mesti dah terbayang kek harijadi, ada lilin kat atas tu dan ramai-ramai jerit suprises, kemudian menyanyi "Allah selamatkan Kamu".

Lepas hujan reda. Hujan reda saya sampai, saya balas. Pada waktu itu, hujan memang lebat. Makan masa juga nak berhenti. Dan hujan itu, membuatkan Melaka terasa pagi satu hari.

++++

Hujan pun reda. Saya persiapkan diri. Sarung apa yang patut, kasi nampak senonoh. Dan kemudian, turun ke bawah menaiki Motosikal Elektrik Berkuasa Rendah. Dan meluncur perlahan ke sana.

Tibanya di sana, saya mencarut. Celaka. Tak dak Parking. Parking Motor kat mana? Jalan situ, kena block. Jalan sana, kena block. Saya rasa nak lempang je yang jaga jalan-jalan tu. Saya terpaksa ambil langkah drastik. Iaitu, membuat parking sendiri. Macam biasa. Macam selalu buat.

Elok saya parking kat situ, saya nampak kelibat Macha dan di tepi beliau terdapat dua orang mak. Saya kecilkan anak mata saya, kasi zoom lebih jelas. Peh. Itu PariPari Syurga. Berdasarkan gambar beliau di belog dia. Tapi. Siapa sorang lagi? Member dia kot. Biasa lah, perempuan. Nak jumpa, misti bawak kawan. Getus hati kecil saya. Dan saya pun berjalan menghampiri mereka.

"Hi' kata PariPari. "Hi" kata aku, sesudah sampai di sana. Dengan Macha, tak perlu lah berhai-hai. "Yang ini.." sambil dia menunjukkan mak yang satu lagi. "..Kawan akak.." Of kos la kawan akak. Takkan la kawan Macha. "..Nama dia kak Ain.." Oh. Okeh Kakak Ain. "..Dia lah Tasek Merah.." Okeh. Saya terdiam. Buat muka tenang. Tarik nafas panjang-panjang. Tak perlu buat muka teruja. Fokus Darkk. Fokus. Saya syak Macha sudah buat muka teruja bila tahu dia tu Tasek Merah.

[Fakta: Tasik Merah merupakan blogger yang amat pandai mencuit hati dengan setiap entrinya. Sekali dia post entri. Beratus juga komen beliau]

"Oh", saya respon. Muka ketat. Soklan pertama saya tanya kepada Cik Tasek, "Tak bawak buku Romlah?" Ya. Buku Romlah jugak saya cakna. Dan kami pun pung pang pung pang berborak sambil menunggu seorang lagi yang sesat entah ke mana. Yah. Kami menunggu Encik Buta aka MrBlind. Yang turut digembar-gemburkan akan turut menyertai perhimpunan kami ini.

++++

Saya dah lupa macam mana buleh terjumpa dengan MrBlind. Tapi yang saya tahu, kami semua terpaksa meredah hujan dan tanah merah semata-mata untuk menghadap dia.

Anok aku buas ini semua-semua. Dok leh jalang - Mr Blind.

Tapi serius, saya berjumpa dengan anak-anak Mrblind. Tak lupa juga, MrsBlind. Putih melepak juga MrsBlind ini. Anak MrBlind. Kus semangat. Buas gile. Saya tengok pun, saya yang penat. Diorang rilek je main lari-lari, terjun sana. Terjun sini. Apa diorang tak reti penat ke? Tapi meraka comel sampai rasa nak sepak.

Dan kami berborak pungpangpungpang.

Sesi berborak kami berpindah ke Mekdi. Dan disitu, saya dibelanja oleh Cik Tasik dan Cik PariPari. Moga tuhan membalas jasa-jasa mereka.

Apa-apa pun, seronok dapat berjumpa dengan blogger handalan. Dengar cerita, ada lagi gath dekat Putrajaya hujung minggu depan. Tapi saya mungkin tak dapat turut serta, memandangkan duit poket sudah tiada.

Gambar boleh tengok kat belog Macha. Saya terlupa nak pegi beli kamera DSLR.

Perhatian: Driver kat belakang tu. Saya tak kenal, Jangan tanya sapa dia.

14 comments:

pari pari syurga said...

demm~~ muka edi gegar! hahahaha.



romlah dekat ai okehh. hehehe.


driver belakang tu mmg cm dh ready nak amik gmbar dgn kite.. hahahaa.

macha_sezs said...

eh. bukan ke menyebut nama sebenar kak tasik adalah taboo?

Aizuddin Jaafar said...

dslr nikon 70 rm2k nak?

Aizuddin Jaafar said...

seronok wo buat gathering gini

hzrh said...

darkkk!
jom la pegi next week!!!
T__T

Amoi said...

bila mahu jumpe aku dgn chokilala sekali? haha

alif-mikail said...

ah bertuah punya blind.. senyap2.. tumbuk rusuk karang..

hanie said...

pehh..dh mcm artis!

hahaha~~

mrblind said...

hoi..ni nak letak ke tak nak letak gambar gua ni..punya la banyak gambar,yang ni lu pilih..

Darkkadabra said...

pari, ilmu santau dia dah sampai tahap tertinggi. haha. kak, nak romlah. nanti esok lusa, datang ambik. :)

macha, taboo tu bukan gameboard ke?

aizu, free aku nak.

aizu lagi, best woo. :)

hazirah, tak jadi ar. tak cukup duit.

amoi, nanti. lagi pun dekat je. :)

alif, lu tumbuk je laju-laju. kasi muntah.

hanie, artis tak mana la. selebriti semua-semua tu. :)

mrblind, hoh. Gambar drebar tu lagi menarik dari gambar lu. Sebab tu gua pileh yang nie.

tasekM said...

hahaha... aku syak mr blind tu hantu la. tengok la gambar dia. hahaha...

darkk, beratus komen tu sungguh melampau la haih. 100 pun tak pernah ok. hahahaha....




.

tasekM said...

nnti kita pi mkn ptg kt subaidah plak la yek.



.

Amoi said...

ko tinggal kat BBU kan? kalau BBU mmg dkt gler ahh dgn aku.haha.

Darkkadabra said...

amoi, aku duduk ttu. Boleh jugak kalau nak datang ttu. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails