Pages

Petang, Spongbob, & Tiga Dot.

Petang itu.

Petang itu, sedang asyik menonton rancangan kegemaran, iaitu diyakini rancangan Spongebob Squarepants, aku telah diganggu dengan suara-suara rungutan halus dari salah seorang ahli rumah aku. Suara itu pada mulanya halus, kemudiannya kasar, dan mula terjerit-jerit dan diakhiri dengan satu hempasan kuat, iaitu bunyi handpon terhempas ke lantai lalu hancurlah ia bak gelas kaca terhempas ke lantai dan sekiranya terpijak kaca itu, pastinya berdarah kaki dan boleh membuat orang menjadi marah.

Dengar akan hempasan itu, aku pun melaungkan satu suara lantang yang menyuruh sang penghempas itu, mengemas kembali handpon yang dihempaskannya tadi. Dan kemudian aku kembali menonton rancangan Spongebob Squarepants diyakini rancangan kegemaran aku.

Sedang bergelak tawa melihat gelagat sang genius lawak, Patrick, Si Tapak Sulaiman Merah Jambu, aku dihampiri Sang Penghempas handpon tadi.

Aku tersedar akan aura kehadirannya lalu berpaling dan bertanyakan satu soklan mudah iaitu, Apa hal? Apa hal aku tanya kepada Sang Penghempas handpon itu, Apa Hal. Ulang aku lagi. Sang Penghempas handpon seakan-akan berat untuk membuka mulutnya ibarat seperti terkena ulser mulut yang pecah nya digusi, atau belah kiri bibir bawah.

Apa Sal? Aku ubah soklan. Sikit.

Bob, Aku ada Problem la Bob. Sang Penghempas Handpon mula membuka mulut.

Aku yang tekun mendengar ayat pertama darinya, kemudiannya menepuk bahu Sang Penghempas dan berkata, "Wei, Aku bukan Bob"

Eh, Silap. Dia kata. Sori. Dia kata. Lagi.

Suasana menjadi sedikit ceria bila, Si Sponge Kuning Berseluar Petak berketawa macam celaka. Dia sedikit senyum. Dan kembali dalam keadaan posisi mahu bercerita.

Aku. Dia kata. Aku, sebenarnya, ada, malas lah la nak cerita. Tapi nak cerita.

Mata aku menyorot ganas, dan tangan aku sudah berada dalam posisi sedap-sedap tempeleng orang secara tidak sedar setelah mendengar ayat, "Malas lah nak cerita. tapi nak cerita".

[Bersambung]

4 comments:

Si Aizuddin said...

tempeleng dulu. baru tanya

macha_sezs said...

kenapa perlu hempas talipon?

ini siriusss

tasikmerah said...

bersambung ni yg hangin nih... he he.



.

kaxx said...

sedih gak cerita ni.
tak sampai hati aku kat handpon tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails