Pages

Tangan Kanan Sakit

Tangan kanan aku sakit. Mungkin aku tersalah tidur letak tangan atas kepala atau hari ini aku menaip laju sangat sampai tangan kram. 

 "U.. nanti bila majlis tunang i. Nanti datang laa.. okay?" dia ajak.

"Harapan laaa nak datang" aku balas. 

Dia tanya kenapa? Aku kasi alasan yang munasabah. Contohnya, hari itu bulan tengah mengambang dan aku tak benarkan keluar rumah demi keselamatan manusia sejagat. 

Tangan aku masih lagi sakit. Urut urut sendiri, angin bruppp... keluar ikut mulut. Peh. 

Sampai rumah, aku pandang gitar dude. Aku angkat dan strumming random. Main saja-saja. Cuba main lagu "Laguku" oleh Bob? Ke entah apa ke namanya orang tu. Tengok tutorial gitar dari penyanyi tu. Sepatah haram aku tak faham. 

 Kemudian dude kata, tengok la video utube. Belah favourite. Aku dah favourite video gitar. Bawah video tu ada link ke website dia. 

Aku tekan. Aku start belajar dari A major. Dua tiga kali susun jari dan strumming kod A major, aku belajar C major. Susun jari untuk C major. Aku strumming dua tiga kali, aku patah balik kod A major. Kemudian C major semula. Gilir gilir. Aku takut nanti lupa. Sampai letih. Hari ini aku belajar dua kod saja. Cukup la untuk newbie.

Dude tepuk tangan kasi semangat. Dia ambik gitar daripada aku kemudian main lagu "Oh Yeah Raya!" dari Yuna. Badan aku rasa belengas dan aku perlu mandi. 

(Padahal aku buka video Yuna - Oh Yeah Raya lepas aku tengok video tutorial gitar. Tapi masa dude strumming gitar macam kena je dengan lagu tu) 

Aku capai tuala. Aku masih lagi rasa tangan aku sakit. Masa greng! greng! gitar, sakit tu macam dah hilang. Aku urut urut tangan lagi. Brupp brupp.. angin keluar. 

Aku harap tangan ini esok kembali ok untuk buat kerja. 

Cuma aku tak expect yang hati ini boleh ok dalam masa esok, lusa atau minggu depan.

2 comments:

Qhamel said...

sedih la pulak

Darkk said...

Jangan lah menangis. Huhu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails