Pages

Jepun dan Happy Meal

Pengajaran : Happy Meal edisi Spongebob di Jepun buleh buat kanak-kanak meroyan.


"Kuala Lumpur, Aku Okay"

Eh awak! Kenapa hati saya retak, lelaki?

Sebab hati awak terjatuh di atas hati saya yang keras. Sekeras konkrit padu, perempuan.

Perempuan itu merenung hatinya. Lalu perempuan itu naik semula ke platform, melintasi garisan kuning dan kemudian melompat jatuh ke dalam landasan elarti. Hanya menunggu waktu. Dia berdiri di situ. Hanya menunggu waktu.





p/s : Cerita di atas bukan spoiler. Tapi hasil nukilan saya sendiri.
p/s : teaser "Kuala Lumpur, Aku okay" adalah teaser yang saya rasa bagus. Tapi mereka masih memerlukan sponsor untuk meneruskan projek mereka. berminat pun tahu lebih lanjut? Like fanpage facebook "Kuala Lumpur, Aku Okay"

Wao wao wao wo wo wa~ Wo wo wo wo wo wa~

Lagu tradisi keamanan untuk semua. Dengan sedikit sentuhan moden. Ada bunyi unggas unggas. Burung burung berkeliaran.Dan binatang binatang seperti dihutan rimba. Sesuai untuk anda merehatkan minda yang kepenatan bekerja mengadap komputer 12 jam dan mengetahui server di US telah down sekaligus banyak masalah anda perlu tangani secepat mungkin dan tunggu hari gaji.



KAH KAH KAH KAH KAH KAH~!

p/s : Ketahuilah anda yang menyanyi tu adalah seorang professor berkelayakan Ph.D. Di Malaysia kita hanya ada Ajai shelaku sheorang juri di mana mana pertandingan. Shebut Esh pon shushah!

.

Susah sebenarnya nak datang mood untuk menulis cerita pendek. Bila kau terlampau deep dengan persoalan;

"Bila dapat ngorat makwe korea ni? Mak dah kata okay. Ngorat je belum."

Reviu Cincai Muvi - Muvi yang Saya Tonton pada 2010

Banyak muvi saya tengok pada tahun lepas dan kebanyakkannya muvi, saya rasa puas hati. Ada juga yang saya tak puas hati. Dan ada juga saya menyampah gila. Dan yang menyampah gila tu, saya buat pedoman untuk tidak menonton mana-mana lagi muvi keluaran syarikat Metrowealth. Letak lah Lisa Surihani berbogel pun. Saya tak akan pergi tengok. Kalu nak tengok pun, saya tengok part tu sahaja. Itu pun secara download.

Secara keseluruhannya, muvi yang paling tiptop saya tonton tahun 2010 adalah Toy Story 3. Syabas Pixar dan Disney buat saya teruja pasal cerita ini. Nombor dua, jatuh kepada Inception. Chris Nolan buat saya berputar-putar teruja mengenai idealogi mimpi dalam mimpi dalam mimpi dalam mimpi.

Ketiga, Hantu Mak Limah Balik Rumah. Yey. Muvi melayu. Agak susah sebenarnya muvi melayu nak mencuri perhatian saya ini. Cerita yang buat saya ketawa terbahak-bahak. Kelakar bijak. Kelakar sinis. Kelakar menyindir. Dan stori yang bagus.

Tahun 2010 juga, saya telah menonton Star Trek (2009). Cerita yang marbeles. Sai-Fai terbaik. Dan buat saya mahu mengenali lebih lanjut apa hal hip sangat dengan Star Trek. Lalu macam biasa-biasa, saya akan bukak wikipedia. Baca wiki sampai pagi.

Babel (2006) lakunan Brad Pitt. Ini direkemenkan oleh Jay. (Jay ada hutang sandwich Subway yang paling besar dengan saya). Ceritanya dimulakan dengan 4 cerita berlainan tapi lama kelamaan, 4 cerita itu akan berkait satu sama lain. Memang genre kegemaran saya. Cuma satu sahaja saya tak berpuas hati dengan muvi ini. (Spoiler alert) Kaitan cerita orang Jepun dengan orang Arab itu sangat lah tidak logik. Kalau boleh, ceritakan lagi kenapa orang Jepun itu pergi jauh sangat memburu sampai ke Asia Tengah.

Ok lah. Saya pun rasa nak kencing sekarang ni. Rasa macam dah menulis panjang. Okey la kut kalu nak post sekarang. Ye dok?

Soalan terkumpul.

Siapa boleh garu telinga guna Siku?

Quot #2

"Sedapnya susu kacang soya. - Tapi kacang ada buah dada? Agaknya susunya datang dari mana?"

- Shin Chan, Dik Cerdas vol 42

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails