Pages

Hari-Hari

Sekarang orang lebih suka berdoa di wall fesbuk. Lepas tu tunggu orang lain "like" doa dia.

Mat 2

Mat. Dulu Mat ada dua ekor anak kucing. Warna Hitam. Jalur-jalur warna kelabu. Comel. Sangat comel.

Tapi itu dulu. Sekarang, dua-dua anak kucing itu telah hilang entah ke mana. Mungkin dibawa pindah oleh ibu kucing. Ibu kucing warna hitam. Jalur-jalur kelabu. Comel. Sangat Comel.

Mula tarikh anak-anak kucing itu hilang, Mat jadi rindu. Rindu amat-amat pada anak-anak kucing. Tapi lama-lama, Mat jadi okay. Jadi tak rindu. Jadi biasa-biasa. Lalu Mat teruskan hari-hari biasa Mat. Hari tanpa anak kucing.

Hingga lah suatu pagi, sedang Mat mahu bersiap-siap pergi ke kelas atau lebih tepat lagi, Mat sedang mengikat tali kasut. Mat terpandang kelibat salah satu anak kucing yang dulunya Mat pernah rindu. Anak kucing - warna hitam. Jalur-jalur warna kelabu. Comel. Sangat comel. Dan semakin hebat berjalan. Tak macam dulu-dulu. Macam baru lahir dulu.

Hati Mat jadi tak tenteram. Perasaan Mat jadi gundah. Rindu Mat datang semula.

Akan tetapi, Mat tak pasti samada Mat patut rindu semula akan anak-anak kucing. Warna Hitam. Jalur-jalur warna kelabu. Comel. Sangat comel. Mat takut anak-anak kucing akan lari lagi. Mat konfius dengan perasaan dia.

Jadi apa harus Mat perlu buat, wahai Kak Dang ?

Mat
Budak Tak Reti Menari Shuffle Tapi Salahkan Lantai Tak Rata.

Update Sebab Nak Kasi Duit Mengalir.

Fesbuk.

Dulu masa awal-awal masuk fesbuk, seronok. Pasal ramai orang tulis status membina dan kelakar.

Sekarang, ramai orang tulis status ala-ala budak remaja baru kenal apa itu cinta.

Termasuk lah diri sendiri yang tulis dan gua salahkan lu yang pengaruh gua.

Dem.

Gambar Randum: GACC 2010 (Lagi)

Gambar Randum: GACC 2010

Update sikit gambar sahaja


Yang lelaki yang baju hijau itu, bukan Macha. Tetapi cosplayer watak Macha. Ya. Macha sangat popular sekarang ini sehinggakan orang sanggup menjadi dia untuk sementara waktu.

Kredit kepada Budak Tabligh kerana sudi memimjamkan kamera beliau.

Duit

Duit buleh buat kita susah hati.

Banyak duit, susah hati. Sikit duit, pun susah hati.

Kan?

Kuot Bulan Ini

"Intuisi aku mengatakan kalau taip entri panjang-panjang kali ni aku kena kejar dengan jin warna hijau bawak kopi-suami-isteri. Nak tak nak aku kena percaya intuisi. Jadi aku tulis pendek-pendek gini."

Aktiviti Terkini

Tengah cari butang reset untuk hidup.

Bukan Mat

Bila ditanya;

"Suka Spongebob?"

Pasti ramai yang mengangguk mengatakan suka. Suka amat-amat. Sampai buat mimik muka comel mengatakan suka kepada Spongebob yang warnanya kuning dan badannya berlobang-lobang. Kadang kala, melibatkan juga Sang Patrick Si Tapak Sulaiman Merah Jambu.

Tapi bila ditanya;

"Tahu Chum Bucket?"

Ramai juga yang terhiling-hiling mengatakan tidak tahu. Ada yang mengaru kepala. Ada yang tersengih sumbang. Ada yang juga yang mereka-reka fakta.

Anda tahu Chum Bucket itu apa?

Mat

Mat. Mat ada dua ekor anak kucing. Kiut miut. Warna hitam. Jalur-jalur kelabu. Baru saja lahir 1 minggu lebih.

Tetapi Mat tak pernah layan kucing itu. Kerna, Mat ego. Ya. Ego. Ego kepada kucing.

Dan bila masa anak kucing itu tiada.(mungkin telah mati dimamah tikus, atau pun dibawa pindah oleh ibunya)

Mat mula rasa rindu. Ya. Rindu terhadap anak-anak kucing itu.

Tetapi ego Mat tinggi melanggit.

Lama-lama Mat tak rasa rindu lagi.

Ini Bukan Melayu Bogel 3GP Punya Cerita

Okay. Dah jumpa keyboard untuk menaip. Tapi, taip sikit je lah dulu. Nanti kita cerita panjang lagi. Dia punya letih masih padu lagi. Maklum lah, baru lepas teruja tengok ikan dolphin*.

*Eh, satu soklan. Kalau kita nak makan ikan dolphin, kena sembelih tak? Sebabkan ikan dolphin tergolong dalam mamalia. Ke dia kira ikan jugak? Mati je buleh terus makan. Siapa-siapa buleh jawab kemusykilan saya? Ustaz-ustaz ke? Ustazah-ustazah ke? Ustaz Kaxx ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails